Thursday, July 29, 2010

haluan hidup

"apa yang ko cari dalam hidup?" itulah soalan feymes member gua nama batek masa asasi UM dulu.soalan ni selalu dia tanya untuk buat lawak.kadang-kadang bila kitaorang lepak ramai-ramai atau tengah study,dia akan keluar soalan ni.bikin orang yang kena tanya jadi tercengang.kebanyakan orang tak ada jawapn untuk itu.

gua bukak cerita ni bukan apa,ada seorang pelanggan kat kilang gua ni.gaya dia memang warak,pakai serban,berbaju melayu,berkain dan berjanggut.kalau pegi mana-mana kenduri tak kira la kat kilang gua ke,sekolah pondok,memang dia ada dan selalu duduk depan masa tahlil.tapi apa yang membuatkan staf kilang gua sakit hati ialah,bila dia datang beli beras benda yang dia cerita ialah tentang harta dia.contoh macam pagi tadi,dia datang cerita pasal tanah yang dia baru beli minggu lepas dengan harga 100k.minggu depan dia nak beli lagi sekeping tanah harga 50k.tu tak masuk cerita pasal anak-anak beli kereta pulak.jugak cerita dia nak pegi haji untuk kali ke enam dan akan berenti pegi haji bila dah cukup 10 kali.

gua memang tak paham dengan pak haji ni.apa sebenarnya tujuan dia cerita apa semua tu? ingat semua orang nak dengar ke tentang harta benda yang haji kumpul? gaya dan pakaian dah islamik bagai macam gaya wali,tapi bila bercerita penuh dengan riak dan bongkak.tak perlu lah nak belagak,orang lain pon ada harta jugak.baik tanggalkan jela serban apa semua tu.buat malu orang warak yang lain je.

sebenarnya bagi gua,walaupon soalan dari batek tu cuma bertujuan untuk gurauan,tapi hakikatnya soalan tu la yang mencorak kan hidup seseorang.contoh kalo seorang kapitalis bertanya soalan itu kepada dirinya sendiri,dah tentu jawapan nya duit.sebab itu dimana saja ada peluang,dia akan rebut dan buat duit untuk kepuasan diri.yang jadi masalah bila seseorang tu dia tak tau apa yang dicari.sebab itu terjadi konflik dalam diri,bergaya macam wali tapi akhlak keji.

mula lah persoalkan diri kita.apa yang kita cari dalam hidup ini.masa depan belum tertulis lagi.satu soalan sudah cukup untuk mengubah hidup kita.jangan jadi macam orang-orang politik kat malaysia.pangkat pon mahu,bisnes pon mahu.yang jadi mangsa rakyat jelata.tapi jadilah macam ahmadinejad.dia tau apa yang dia cari dan apa yang perlu dia buat.

The Fox News TV (US) asked the Iranian President Mahmoud Ahmadinejad; " When you look into the mirror in the morning what do you say to yourself"?

He answered: I see the person in the mirror and tells him "
Remember, you are no more than a small servant, ahead of you today is the heavy responsibility, and that is to serve the Iranian nation".

Tuesday, July 27, 2010

muka hensem macam ronaldo pon tetap ada masalah begini

satu rahsia tentang diri gua ialah gua tak sikat rambut setiap hari.last kali gua sikat rambut secara betol tak silap gua masa tingkatan dua atau tiga.minyak rambut lagi la,gua tak ingat bila last kali gua beli.tapi yang semestinya gua tak pernah sikat rambut sejak dari bangku sekolah.

benda ni bermula bila gua bertukar dari seorang yang berimej kemas sikat rambut belah tepi kepada gaya seorang grunge.ya,gua masa sekolah berimej grunge.budak lain kalau outing masa asrama pakai kasut hitam atau kasut pejabat gua selambe pakai converse.budak lain pakai seluar slack tempah kaki 20-24 pastu siap iron,gua pulak pakai seluar dockers season.bila nak outing atau pegi sekolah,budak laen sikat rambut siap minyak berkilat yang kadang-kadang bila peluh pon menitik kaler putih,tapi gua tidak.abes mandi,gua lap rambut dengan tuala terus gua pakai baju.sampai dah besar gua buat tabiat sama.pegi kelas ke,pegi interview pon gua takde nak sikat-sikat rambut.bagi gua,rambut tak penting sangat yang penting imej lu menarik.rambut tak sikat pon kalo imej menarik tetap sedap orang nak tengok.kadang-kadang gua tak paham,gua tengok adik gua belik wax untuk rambut sampai puluh-puluh ringgit tapi takde menarik pon.

mak gua memang tak larat nak bising.sebenarnya gua tak sikat rambut pon sebab salah dia.dulu gua sekolah rendah,dia tolong sikatkan.tapi masuk asrama dia takde,sape nak sikat kan? tak kan nak suruh warden kot.jadi disebabkan gua yang tak berapa ambik kisah tentang rambut menyebabkan kepala gua kelemumur.mula bila gua tak sedar, tapi sampai hari ni kelemumur masih ada.banyak cara gua dah cuba,macam lumur air limau purut tapi tak berjaya.ntah apa degil bebenor kulit kepala gua ni.syampu dah macam-macam gua cuba.tapi tak berjaya jugak.gua tak risau sangat sebab gua tengok iklan syampu untuk basmi kelemumur model lelaki semua hensem contoh ronaldo iklan syampoo clear.setakat ni gua takde la jumpa lagi model syampu yang muka tak hensem jenis muka pecah rumah.mungkin tuhan nak bagi adil kot,yang muka hensem tapi kepala kelemumur...tapi takpe la kelemumur kat kepala buleh nampak,tapi kalau kelemumur kat tempat lain..tak ke rasa lain kihkihkih...

gua merepek ni bukan apa,gua baru beli syampu bawang sabtu aritu.gua angkat sekali dengan perapi.masa bayar gua terasa lelaki metroseksual gila beli syampoo dengan perapi.syampoo bawang macam celaka bau dia,bau bawang busuk..tapi mintak-mintak la berkesan..i malu la bila pakai baju hitam ada putih-putih kat bahu...

Sunday, July 25, 2010

dah besar baru nak sedar

dalam kereta semalam,lepas berjaya membuang duit sambil mencuci mata di bandar alor setar,gua balik rumah.hari dah mula nak gelap,nak dekat-dekat maghrib.radio kereta gua tengah bising cd nirvana maen lagu in bloom.sebab hormat waktu nak maghrib gua tutup cd,bukak radio.saja tune cari stesen yang sedap dilayan waktu senja.tekan-tekan dapat stesen IKIM.tengah ada bacaan quran sebelum masuk waktu maghrib.gua berenti tekan dan biar kan radio tu.otak gua melayang pegi balik lapan tahun lepas.

8 tahun yang lalu,di sebuah sekolah di tengah-tengah georgetown

tengah sedap main bola kat padang,dengar loceng bunyi.jam 6.30 petang,tanda waktu main dah abis.dari padang kami boleh dengar suara warden abg mus menjerit "okay boys,hurry up..." memanggil budak-budak supaya berhenti main dan naik bersiap-siap untuk makan malam dan ke surau.waktu yang sama surau menukar dari alunan nasyid kepada bacaan alquran.kami senior,tak naik dorm.kami pegi belakang dewan makan,cepat-cepat bubuh makanan dan makan dekat belakang DM atas court volleyball.warden dah letak syarat nak makan dalam DM kena pakai baju melayu.tapi shit lah peraturan,kami senior kena tunjuk rebel.kena melawan sikit,baru junior takut dan kagum.dari kagum ni la,junior akan buat benda sama bila jadi senior nanti.

abes makan,baru naik atas dorm.bunyi bacaan alquran kami buat tak tau.budak-budak junior dah mula penuhkan surau.atas dorm dengan perot yang kenyang kami pekena lepak bawah kipas untuk keringkan peluh atau mula cari port hisap rokok itupon kalau line clear.dah dekat gelap,baru nak mula gerak mandi.oleh sebab speaker dekat hujung bangunan,dan bilik air jugak dekat hujung kami mandi dengan dengan selang seli bunyi bacaan quran.tapi selalunya bacaan alquran tersebut tenggelam dengan gelak dan bising main tarik kain basah,carut-carut sebab tuala kena sorok,atau siram air atas orang tengah berak.selalunya abes bacaan quran atau bila warden abg mus atau en mael naik bawak rotan baru kami mula turun surau.bacaan quran yang geng surau pasang langsung tak bagi kesan dekat kami.

tapi semalam dalam kereta gua rasa lain.gua rasa macam bersalah,sayu bila dengar alunan bacaan quran dekat radio.gua sedar sejak tinggalkan sekolah,gua jarang dengar bacaan quran macam tu lagi.kalo dengar pon,masa lepas waktu azan berbuka ramadhan tak pon,gerai-gerai islam dekat pasar malam pasangkan.padahal,masa sekolah setiap hari setidak-tidak dua kali surau asrama pasang bacaan quran.tapi gua langsung tak rasa apa.bacaan alquran tu tak lebih dari panggilan ke surau,kalau tak ke surau kena tibai dengan warden.gua terpikir,kalau dulu masa sekolah gua ada feeling macam gitu,dah tentu sekarang gua ada dekat al-azhar mesir,tak pon gua buleh letak nama al-hafiz belakang nama gua.tapi benda dah lepas,gua berangan pon dah tak buleh jadi apa.gua nampak masjid sebelah kiri,gua terus bagi signal singgah sembahyang jemaah.....

Thursday, July 22, 2010

apa yang gua dapat di internet (1)

ustat gua dulu dah pesan.ada ilmu kasi turun sikit dekat orang lain.ilmu ni macam MLM jugak.ajar dekat tiga orang,lepas tu yang tiga orang tu akan ajar lagi kepada lagi tiga orang.jadi akan berganda la amalan gua.perghh,dah macam ayat nak jual jusmate 5 ddr plak..hahaha.ok,tak nak cakap banyak korang enjoy la ilmu yang gua nak ajar hari ini.

1. korang semua ingat komputer perfect ke? buleh buat semua benda ke? tak percaya?

bukak my documents atau kat desktop pon buleh>ketik mouse sebelah kanan (right click)>amek new>ketik folder>keluar folder baru>rename folder tersebut kepada "con" (tanpa quotes)>tekan enter...

ape jadi dengan nama folder? kihkihkih...

2. kali ni gua nak ajar korang buat magik

bukak notepad (kepada yang tak tau notepad,cari sendiri) > cuba korang taip "Bush hid the facts" (tanpa quotes)>save file>tutup notepad>bukak balik file tersebut

ape jadi? kihkihkih...haa,jangan nak pandai-pandai kata konspirasi yahudi pulak.gua pon jumpa kat internet.

3. buat magik guna word pulak

bukak microsoft word> dekat barisan pertama taip "=rand(200,99)"(tanpa qoutes)> tekan enter...

apa jadi? kalo rajin korang baca la.mana tau ntah bill gates ada nak bagi duit kalau orang jumpa benda ni.tiga benda yang gua ajar cuma relevan untuk microsoft..kalo yang lain gua tak tau la...

*gua rasa nak buat benda bersiri dengan tajuk ni..buleh banyak pahala sikit..ni asek kutuk kerajaan je..kihkihkih

Wednesday, July 21, 2010

pengaruh hitler

dari minggu lepas gua dapat email tentang thesis mengenai adolf hitler pro islam.tak silap 2-3 orang yang forward email yang sama.gua baca sekali,kemudian yang lain gua terus delete.gua cuba ambik beberapa benda yang gua rasa tak perlu diagungkan.

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

memang zionisme kejam kerana kisah israel-palestin,akan tetapi Holocaust itu satu perkara yang tidak diterima dalam islam.nabi dah pesan dalam perang jangan dibunuh wanita,kanak-kanak,dan orang tua.tapi bagaimana dengan Holocaust? kalo korang tonton filem seperti the pianist atau lagi best schindler's list kita boleh lihat bagaimana kanak-kanak dan wanita yang ditembak dan dibakar.dalam satu scene dalam schindler's list abu mayat yahudi yang dibakar melayang jauh macam salji.benda ni pro islam ke? gua bukan pro yahudi,tetapi kita harus ingat tak semua yahudi adalah zionis.ada jugak yahudi yang menentang zionis.tetapi disebabkan hitler,perang dunia meletus.dan jangan lupa,tanah melayu jugak terlibat sama.dan ada nenek moyang yang terbunuh masa itu.kenapa orang islam malaysia nak agungkan hitler?

2. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

come on lah,siapa-siapa pon buleh petik ayat al-quran.tak kan korang dah lupa,macam mana wakil rakyat DAP guna ayat alquran tak lama dulu,bukan main melenting golongan serban dekat malaysia ni.abes,bila hitler ada orang kata dia guna ayat alquran nak di agungkan pulak.sepatutnya kita perlu risau,bagaimana dari dulu lagi terdapat manusia yang sanggup menggunakan ayat alquran untuk mendapat sokongan orang islam.pengaruh alquran cuma dalam ucapan,bukan dalam hidup Hitler.nak sibuk kan hitler dipengaruhi alquran,padahal yang kita ni.alquran nak baca sehari sekali pon liat.

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

ini lagi kelakar,tak kan la sebab tak minum arak buleh nak claim dia pro islam? banyak lagi orang bukan islam tak minum.abes yang jenis vegetarian tak makan babi pro islam jugak ke? pendek sangat la pemikiran orang macam ni.yang artis malaysia,remaja muda-mudi yang lagi banyak tonggang arak tu lagi banyak perlu dipikirkan dari nak menyokong hitler yang tak minum arak.

jadi,tujuan gua tulis hari ini untuk menunjukkan macam mana fikrah sesetengah golongan terutama yang selalu pakai kopiah dan serban dekat malaysia ni.pemikiran terlalu mudah sangat dibeli dengan nama islam.asal ada nama islam je hebat,bagus.abes dosa yang menimbun dibuat hilang macam tu saja.kalo nak dikagumkan hitler dengan keberanian atau strategi perang tak apa lah.tapi kalau sampai nak dikaitkan dengan islam ni cari lah orang lain.ramai lagi orang islam yang buleh diceritakan.

Tuesday, July 20, 2010

lapar

dulu makwe sweet langsung tak makan sushi.bila keluar gua ajak makan sushi dia tolak.kalau pegi jusco,gua pegi pilih sushi die cebik.buat-buat muntah tak tahan bau hanyir ikan kononnnya.gua pilih dia pegi jauh,dan kata nanti jumpa dekat cashier.tapi mula tahun lepas,ada sekali keluar pegi jusco dia ajak pegi pilih sushi.gua terkejut,dia kata dia dah mula makan sushi.mula dari disuruh cuba oleh kawan,dia mula terjebak.sedap katanya.bila memilih sushi,dia pilih lagi banyak dari gua.sampai sekarang kalau beli sushi gua perli-perli dan membahankan dia.

gua tulis cerita ni sebab gua tengah lapar sushi.celaka,celah mana gua nak cari sushi kat kodiang ni....kedai pasembor banyak la..dem,gua seriyes sangap sushi....

Sunday, July 18, 2010

kata-kata kerajaan

sepanjang minggu lepas,dua benda yang menarik perhatian gua tentang kerajaan.pertama pasal harga gula naik dan yang kedua cubaan untuk menjadi tuan rumah piala dunia.gua tak tau la apa kena dengan kerajaan kita sekarang ni,gelabah semacam dan suka buat lawak.ok kita pergi ke isu pertama,isu harga gula.

kalo dilihat tajuk-tajuk akhbar,sekarang ni dah tak tulis tajuk harga naik,tapi diubah kepada pengurangan subsidi,pelarasan subsidi.adakah untuk mengaburkan mata rakyat atau nak elak rakyat marah? selepas harga dinaikkan,mula pulak timbul isu harga gula naik bantu rakyat hidup sihat.gua tertanya dengan harga naik 25sen buleh ke bantu? sampai semua pengawai-pengawai berkaitan kesihatan kena buat statement tentang naik harga satu langkah yang bagus.rokok yang setahun 4-5kali harga naik tak buleh pon nak bagi perokok berenti.kebanyakan yang menghidap penyakit,bukan berpunca daripada gula semata-mata.gula juga buleh terhasil daripada makanan itu sendiri.

cara kerajaan yang konon nak membantu rakyat lebih sihat memang kelakar.dah macam ketam ajar anak dia berjalan.sepatutnya,nak bagi rakyat sihat bukan naik kan harga gula.rakyat akan lebih sihat kalau persekitaran tempat tinggal yang bagus.ini tak,tanah semua di gondol buat perumahan,padang-padang atau tempat rekreasi sangat kurang.macam mana rakyat nak lagi hidup lagi sihat.dan sebab menggelabah sampai kerajaan ni lupa,bahawa terdapat jugak rakyat yang memerlukan gula untuk lebih sihat terutama yang kekurangan dalam badan? buleh lagi sihat ke kalau harga gula naik.

benda kelakar kedua yang kerajaan buat ialah kononya cuba menganjurkan piala dunia 2026.gua bukan nak kata malaysia tak buleh,tapi cuba la tengok keadaan malaysia dulu.menteri ni ntah pernah pegi tengok bola malaysia ke ntah le.cuba bayangkan kalau malaysia anjur piala dunia dan layak selaku tuan rumah,satu kumpulan dengan jerman.england dan argentina pon kena titik 4bijik.malaysia? memang la lambat lagi,kira-kira 16 tahun lagi.tapi tengok keadaan persatuan bola malaysia buleh ke buat macam jerman? ya,jerman bermula selepas kegagalan piala dunia 1998 dan euro 2000 untuk mencipta skuad piala dunia 2010.

apa la yang menteri ni pikir kat opis dia? apa dia ingat nak anjur piala dunia murah ke? kos penganjuran di afrika selatan ialah sebanyak $3.7 billion.cuba bayangkan bila tahun 2020 nanti berapa kos dia melambung.celah mana malaysia nak cari duit? stadium kat malaysia ni pon mana buleh pakai.cukup la pak menteri woi.cuba-cuba la fikir benda logik dan membina sikit.cuba fikir macam mana nak elokan bola sepak malaysia.macam mana nak kembangkan bakat-bakat,cari bakat terpandam dan paling penting meningkatkan mutu liga bola sepak tempatan.setidak-tidaknya jadi la juara piala asia dulu baru mimpi nak main piala dunia.ini setakat baru menang pingat emas sukan sea,dah berangan nak anjur piala dunia.cheeiitt...

Friday, July 16, 2010

apa gua jumpa di sarawak?


gua jumpe banyak tattoo..laki pompuan semua banyak tattoo..palik gua suka corak tradisional sarawak.kalo tattoo halal,gua ingat nak angkat satu.

gua jumpa banyak booze.mungkin sebab banyak etnik,booze dah jadi macam biasa di sana.gua pegi rainforest music festival terkejut tengok ramai minum booze.pak arab pon selambe.gua ingat kalo rainforest buat dekat perlis atau perak,mau melompat ibrahim ali dengan nik aziz.
gua jumpe rumah panjang.paling gua suka rumah panjang etnik orang ulu.sebab ada corak ni.dari dulu gua memang suka corak sarawak ni.kalau ada orang pegi sarawak gua tak pesan kek lapis atau gambir,gua cuma pesan baju corak sarawak.

ini gambir sarawak,melambak jual dikaki lima kedai.gua tak tau apa guna gambir ni.tapi orang cakap,nak bagi kuat 'barang'.

ini laksa sarawak dan teh c.makan kat sarawak kena rilek.nama kedai cina,tapi dalam gua tak tau.nak makan punya pasal,gua telan.memang sedap.

ini di seriken,dekat sempadan sarawak-indon.lebih kurang wang kelian di perlis.sini jual barang-barang indon yang sangat murah.makwe sweet beli tikar dekat gerai makcik ni.makcik ni sangat jujur dan baik,kami mahu beli guni dia RM50 dia tak nak.takut bos marah.tengok gaya kami beli tikar,macam datang rumah sedara.

ini di kedai kek lapis dayang salhah.mencuba makan macam datang beraya.makan sampai kenyang,sampai tak tau nak beza rasa setiap kek lapis.gua tak tau apa hebat kek lapis dayang salhah ni.masa gua balik,mak gua melompat gembira tengok plastik bag dayang salhah.

tempat beli ikan terubuk masin ni gua tak tau apa nama dia.makwe sweet memang tak tau langsung tentang terubuk masin.dia ingat ikan tu macam ikan kering.

sehari sebelum pegi gua mimpi buruk.gua dengan makwe sweet kena tinggal flight.tapi mimpi tu memang bengong sebab nak ke klia kena merentas paya.masa merentas tu kitaorang terlepas flight.orang tua kata mimpi mainan tidur.tapi kali ni tidak,mimpi jadi realiti cuma bukan kena dekat gua.kena dekat orang lain.kihkihkih...

kesimpulannya trip ini sangat seronok.tapi gua masih tak puas hati,sebab tak jumpa lagi dengan burung kenyalang dengan bujang senang.trip jadi tak lengkap,macam pegi kedah tak jumpa sawah padi,pegi penang tak jumpa char koew tiaw,pasemboq,sotong kangkung,laksa penang,mee udang ok gua dah melalut.....

Monday, July 12, 2010

world cup final

gua tengah dekat sarawak..berjoget dalam hutan dengan bob AF messraaaa,bersampan membeli kek lapis,shoppin benda indon di sariken dan makan di kedai cina..semua tu cuma dapat di sarawak..sebelum datang gua ingat sarawak macam perak,tapi gua salah..kalau letak gambar baru sedap nak cerita.tapi sekarang gua tengah tunggu final world cup..malam ni kem jerman gua tutup,dan bukak kem belanda.tadi dekat sariken,orang indon semua balik awal dari meniaga sebab nak tengok belanda.orang malaysia memang patut sokong belanda,sebab spain tak pernah jajah malaysia.durian belanda,macam belanda dapat tanah,ayam belanda,dan beberapa lagi perkataan..tengok? hubungkait melayu dengan belanda.takde pon spender sepanyol ke,kelapa sepanyol ke,babi sepanyol ke,takde semua tu.sebab tu melayu kena sokong belanda.ok,gua dah melalut pasal melayu dah bunyi macam ibrahim ali..korang semua tahu apa kaitan gua dengan robben dan sneijder?

laju dan pandai menggelecek?

bijak dan pandai merancang?

-

-

-

-

-

yeah,kami semua muda,yakin dan botak...hahahaha...

Thursday, July 8, 2010

gua dengan kapal terbang

gua memang suka tengok kapal terbang.dari kecik kalo gua dengar bunyi kapal terbang,gua akan lari keluar rumah dongak ke langit cari kapal terbang.rumah gua dekat dengan basement tentera udara,jadi selalu jet melintas atas rumah gua.

sebab kapal terbang gua jadi injineer sekarang.masa kecik,gua selalu tanya mak gua,macam mana kapal terbang buleh terbang.gua jugak selalu tanya "kalau kita bukak pintu kereta,lepas tu bawak laju-laju buleh tak terbang".gua tak tau sama ada mak gua malas layan atau betul-betul mengharap,dengan selambe dia jawab "kau jadi la injineer,nanti kau buat la kereta buleh terbang".bila gua pikir balik dah tua-tua ni,gua rasa itu satu soalan yang sangat bodoh dan annoying.tapi gua kecik lagi masa tu,jadi buleh la dimaapkan.

oh ya,buku pertama yang mak gua ajar membaca masa umur 5tahun
(5tahun gua dah pandai membaca) jugak berkenaan dengan kapal terbang.bukan kapal terbang sangat,tapi kapal angkasa.kisah buku itu berkenaan dua adik-beradik bersama anjing mereka yang menceroboh pagar NASA,dan hijack kapal angkasa.mereka berjaya menerbangkan kapal angkasa tu.tak logik kan cerita tu? angkasawan malaysia yang pegi aritu siap berlatih komando bagai,tapi budak-budak ni selambe je buleh teros bawak kapal angkasa.buta-buta je gua kena kencing dengan penulis buku itu.

tapi yang paling sedih,umur gua dah 24tahun.tapi gua tak pernah langsung naik kapal terbang.kesedihan ni gua pendam sepanjang hidup.tapi minggu ni gua tak sedih lagi,gua dapat naik kapal terbang..gua nak pegi sarawak.ada clubbin dalam hutan.nanti balik gua cerita.tak sabar dah ni...tata titi tutu..


kasi bakar sket "vrooom,vroooomm"

Wednesday, July 7, 2010

carut-carutan dua

gua pening kepala....tengah hari tadi gua kena sembur kiri kanan...tanya pulak yang bukan-bukan..padahal benda dah jadi..gua buat benda ikut cakap.tapi bila ikut cakap,lain pulak jadinya..bila gua tanya-tanya siasat balik,memang bukan salah gua..tapi gua yang kena..

pundek betol perasaan cam gini...shit aahh..

Tuesday, July 6, 2010

gossip artis

gua baca paper hari ini.ada jakim tegur pasal pelakon berbogel masa shooting filem.gua cari balik berita pasal dia bogel.dalam pancaindera ada interview dengan pelakon tu.dalam banyak-banyak ayat,ini ayat paling kelakar bagi gua...

"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak “anu” saya kerana saya sudah “menyembunyikannya”"

gua rasa ini ayat paling bodoh.pelakon ni buat statement ntah apa-apa.gila,ingat orang pervert sangat ke nak tengok "anu" lu tu? kihkihkih....

bagi gua,lu nak bogel ke,tidak ke tak kisah la.cara tu lu nak bagi dapat feel lebih ke,nak bagi berlakon lagi nampak real ke lantak la.tapi jangan la cakap benda merepek macam tu.geli sial baca.takde sape la nak tengok anu lu.dah la kecik,sebab buleh sembunyi-sembunyi kihkihkih...

p/s-kepada dR Rozmey,kenapa 2alam dah turun target jadi RM12juta..takut ke? kihkihkih..

Monday, July 5, 2010

waka-waka

"malam ni lu jangan call macam biasa,gua sibuk" kata makwe sweet pagi tadi.

"apsal? lu nak pegi masjid ke?"sindir gua.

"tak,gua ada kelas menari...nanti gua dah terer,buleh buat menari waka,waka macam shakira depan lu..hahaha"jawab dia riang

"huh,tak kan menari macam shakira je? lap dance,pole dance lu tak belajar sekali ke?" tanya gua balik (ok,ayat ni gua tipu)


*kepada makwe sweet,gua kena tulis dekat sini..sebab nanti senang gua nak tuntut janji.terlajak perahu buleh undur,terlajak kata...kihkihkih

Sunday, July 4, 2010

england sayur,argentina lagi sayur




perlawanan jerman lawan england dan argentina bagi gua,adalah permainan tercantik,serta paling taktikal dalam piala dunia kali ini.walaupon perlawanan paling terbaik bagi gua adalah uruguay lawan ghana,sangat dramatik dan paling penting jelmaan 'hand of god' kembali.tapi permainan jerman yang buat gua terpesona dan berfikir.kenapa jerman sangat berdisiplin? apa strategi yang buatkan england dan argentina dititik?

persetankan pundit-pundit di astro starsport.dari sebelum mula piala dunia mereka dah 'write off' jerman.paul mccesfield (pundit espn,ejaan nama gua tibai),awal-awal lagi kat "sorry germany,you can pass england".sebab tu gua tak pernah tengok diskusi sebelum perlawanan.sebab mereka berat sebelah,lebih memihak kepada pasukan yang ada bintang-bintang epl atau la liga.

apa pon,kepada yang terpesona kepada perlawanan jerman,kita patut berterima kasih kepada perang dunia kedua.kenapa gua kata cam gitu? kalo tengok korang suka tengok dokumentari tentang perang di national geographic,discovery atau history channel kat astro,ada satu taktik perang jerman telah diaplikasi di oleh die nationalmannschaft atas padang bola.ia dipanggil 'blitzkrieg'.

"Blitzkrieg was named so because it included surprise attacks, "Lighting fast" rapid advances into enemy territory, with coordinated massive air attacks, which struck and shocked the enemy as if it was struck by lightning. The German military in World War 2 achieved most of its great victories with the Blitzkrieg tactic."

kesemua gol jerman lawan argentina adalah serangan balas dan bermula disebelah kanan padang argentina.kalo diikutkan 'blitzkrieg' bertujuan untuk menyebabkan barisan pertahanan 'off balance',tak seimbang dan goyah supaya sukar untuk respon secara efektif.itu yang telah digunapakai oleh pasukan jerman.pertahanan sebelah kanan argentina otomendi nama dia,awal-awal perlawanan dah goyah.ditambah pula dengan argentina yang bermain tanpa taktik yang padu,jurulatih yang lebih mengharapkan dan percayakan keajaiban tasbih dari percaturan strategi menyebabkan dengan mudah argentina hancur.

joachim loew bukan seorang saja jurulatih yang mengaplikasikan taktik perang dalam strategi bola sepak.sir alex ferguson pon guna sun tzu 'art of war' dalam perancangan pasukan sepanjang musim.sebab tu dia boleh bertahan dekat sebuah kelab gergasi selama 24 tahun.

inilah sebenarnya bola sepak,ia bukan setakat permainan sepak bola dan lari.paling penting ia jugak memerlukan otak dan fikiran.kalau jerman atau man utd tak gunakan taktik perang sebagai inspirasi,mungkin pemain akan bermain macam pemain malaysia.sepak jauh-jauh,kejar-kejar tak dapat,bola keluar padang,lepas tu 'thumb up' dekat pemain yang sepak tu.kelakar kan?

Friday, July 2, 2010

web kelakar semalam



ni web yang gua bagitau semalam.gua bukan anti sangat dengan dia,tapi gua cuma nyampah dengan cara dia.orang lain meniaga jugak,tapi patut-patut padan la.sampai setiap hari nak masuk paper.iklan 2-3 muka surat.pastu projek filem 2 alam dia yang konon nak capai RM 20 juta.gila ke? ada ke orang nak tengok.20 juta,kata tiket RM10 mau 2juta orang yang kena pegi tengok.itu belum tolak kos.

aahh,gua malas nak buat bidaah hari-hari jumaat ni...tapi gua cuma konpius,kenapa nama dia dR rozmey? ape beza Dr dengan dR?

"ambition makes you pretty ugly"-Paranoid Android (Radiohead)




Thursday, July 1, 2010

gua takde alim sangat,tapi gua tau jugak hukum

tadi gua dengan orang kilang pegi kenduri dekat sekolah pondok.untuk pengetahuan,sekolah pondok ni ialah tempat yang ada pondok kecik-kecik keliling masjid.dari budak-budak sampai orang tua buleh duduk.sekolah pondok cuma belajar agama dekat masjid dari pagi sampai malam.lebih kurang macam sekolah nak jadi 'monk' untuk agama hindu atau buddha yang macam national geographics selalu tunjuk tu.dekat kedah ni,memang banyak pondok-pondok.tapi kalo nak cari kat key el,setahu gua memang takde lah.tapi tak tau la kot-kot kat ceruk-ceruk bangsar ada pondok.disebabkan asek belajar agama,kebanyakan dekat sini berpakaian macam orang arab.berjubah dan berserban.gua tak tau la kenapa dekat malaysia ni ada mindset macam tu,asal tempat-tempat agama je, mesti nak pakai serban dan jubah.

berbalik kepada cerita kenduri,gua sampai teros makan.masak gulai daging memang sedap,makan pulak dengan ulam dan ikan kering.mak aih,terangkat selera.elok abes makan,azan berkumandang.agar tidak dipandang serong,gua masuk jemaah zohor dalam masjid.masa nak masuk saf,gua masuk tepi sorang berjubah ni.gaya dia takbir,nampak jenis alim jugak,gua syak tahap ustaz pon ade.masuk rakaat kedua,tengah gua khusyuk tiba-tiba bunyi telefon.lagu nasyid,raihan.bila rukuk gua tengok skrin orang sebelah menyala,ada tulis 'nor memanggil'.hanset dia masih lagi bunyi.elok imam sujud,gua nampak dia terjun cepat je sujud sama,tangan pulak terkial-kial cari butang 'cancel' panggilan.hilang bunyi.elok je naik balik dari tahiyat,bunyi balik hanset dia.gua sempat intai, nor jugak yang tepon..

dari cerita tadi korang pikir ek, gua tengah sembahyang,tau bunyi nasyid raihan,tau pulak 'nor memanggil'.apa maksudnya?......dem,hilang khusyuk sembahyang gua..abes,siapa nak jawab kalau nanti gua kena soal...

*gua jumpe page kelakar..klik sini..