Wednesday, September 29, 2010

masa kecik dulu otak memang suci

dulu.masa gua umur 5-6 tahun barangkali.lama dulu.sebelum gua tau tentang seksualiti.sebelum gua kenal dengan maria ozawa.zaman yang masa tu belum ada henset yang buleh rakam video 3gp sendiri.sebelum zaman internet yang buleh download macam-macam.otak gua sangat suci.

sangat suci dan bersih macam kain putih.

sangat suci sampai gua pikir anak adalah hadiah yang diberi hari kita kahwin...

hahaha..suci kan otak gua?


p/s:tapi ada sorang member gua lagi terok.dah lepas SPM masuk matriks baru dia tahu beranak keluar ikut mana.sebelum tu dia ingat keluar ikut jubor hahaha...

Monday, September 27, 2010

0198999351

kepada pemilik nombor tepon 0198999351,mat indon kalo tak silap..gua mintak maap sebab tak dapat matikan lampu.lampu bilik ke apa ke gua tak paham.gua jugak nak mintak maap kalo lu tunggu lama untuk gua datang sebab nak makan sekali.

gua bukan ape..

gua suka layan orang silap nombor kihkihkih....

maap zahir batin...tak baik raya-raya marah..

Update
petang semalam tengah gua kemas-kemas nak balik keje, mamat ni telefon gua balik.dia tensen tunggu gua lama.bila dia tanya gua kat mana.gua pon jawab dekat kokdiang.teros dia mintak maaf silap nombor kihkihkih..
oh ya,nama mamat ni bahtiar..

Sunday, September 26, 2010

makanan pon buleh merajuk

sejak kecik gua memang suka dengan jagung.tambah yang mak gua kukus panas-panas.tapi,hubungan gua dengan jagung terputus tengah jalan.dulu gua pakai braces.bila pakai braces,nak makan jagung tongkol bukan main seksa.besi suka sangkut dekat sarung dan batang jagung.bila makan,celah besi dengan gigi penuh dengan kuning-kuning jagung.jadi sebab braces hubungan gua dengan jagung jadi rengang.gua pakai braces sejak lepas SPM.gua bukak lepas abes belajar u.bapak lama gua pakai.dekat 6 tahun.

sebab tu,dah kira 6 tahun gua tak makan jagung.hubungan yang terputus dengan jagung gua rasa jagung dah merajuk dengan gua.masuk perut,dia jadi macam tak nak layan gua.tahun lepas gua makan,tapi tengah-tengah tidur gua terjaga.dunia pusing masa tu.gua nampak lantai dan katil berputar.makin lama makin laju.perut rasa laen macam.terhoyong hayang gua jalan cari bilik air.tak sempat sampai jamban,gua muntah keluar jagung atas lantai jamban.

minggu lepas,gua telan tiga batang jagung gurun.ya,dekat kedah jagung gurun memang feymes sebab sedap.cantek.isi penuh,kuning emas.tapi lepas makan,tak sampai sehari gua cirit birit.sepanjang masa.time tidur pon terkeluar.bukan maen penat bontot gua.

memang tak syak lagi jagung dah memang merajuk dengan perut gua.dah tak gu kalo kata orang kedah.jadi mula hari ni,demi kepentingan perot dan badan, gua dah malas nak makan jagung.gua boikot...

sebenarnya memang dah ada gejala allergic dengan jagung.gua jumpe website tentang allergic jagung.dah tak syak lagi gua dah jadi cornophobia.

korang jangan ingat awek je buleh merajuk.makanan pon ada perasaan.

Friday, September 24, 2010

Hamba Teknologi

malam tadi ada pelancaran iphone 4 kat kl.gua tak tahu,tapi gua tengok dalam berita je.tapi dalam berita tu ada tunjuk barisan manusia beratur yang panjang kononnya untuk menjadi antara orang terawal dapat guna Iphone 4.serentak tengok barisan tu gua mula terpikir.

kenapa ada manusia yang sanggup nak beratur panjang padahal dalam seminggu dua lagi berlambak iphone tu ada dekat kedai.

kenapa yang duduk JB or penang sanggup datang padahal seminggu dua lagi akan banyak dijual di merata tempat.

kenapa?

ini kerana manusia sekarang sudah jadi hamba kepada teknologi.zaman sekarang ni ialah zaman siapa lagi up to date paling cool.sebab tu kalau pegi kl tengok anak-anak muda sekarang di leher mesti ada DSLR,dalam poket ada Iphone/Blackberry dan telinga sumbat dengan Ipod.

sebenarnya,teknologi ni idea geng-geng kapitalis.mereka sedang membina satu budaya yang membolehkan manusia keep on spending money untuk beli latest model.contoh macam iphone.mula dengan Iphone,kemudian Iphone 3gs,lepas tu apa bala gua tak tau sampai malam tadi Iphone 4.dari perkembangan Iphone kita buleh lihat,macam mana budaya tu dah bermula.

bila budaya diri-perlu-up-to-date-latest-gadget,sebab atau tujuan untuk membeli sesuatu barang itu dah berubah.dulu masa tahun 1998 manusia membeli handphone sebab senang untuk dihubungi bila ada di luar rumah.sebab tu dulu dipanggil 'mobilephone'.mobile.tapi sekarang beli iphone 4 untuk apa? tak percaya ada orang cakap dia beli Iphone 4 sebab senang dihubungi bila dia keluar rumah.

ya,gua pon ada beli benda-benda teknologi ni.contoh henfon gua.tapi gua beli 2nd hand blackberry.itupon sebab handphone lama gua rosak.dan gua beli bukan sebab nak internet atau nak update status fesbuk 24/7,tapi sebab nak guna telefon dan sebab qwerty pad yang senang untuk gua type mesej masa tengah drive.itu je.oh ya,gua pon ada beli compact camera lumix LX 3.gua beli camera ni bukan untuk gantung dekat leher,tapi lebih kepada nak tangkap gambar dan belajar tentang kamera.

tapi cuba tahan budak-budak yang gantung DSLR dekat leher.cuba tanya tentang aperture.diorang tau atau tak.tak pon cuma tanya B&W tu apa.kalau itu pon tak tahu memang budak tu cuma terpengaruh kawan untuk beli DSLR.

sebenarnya,teknologi ni cuma cara nak kaut duit je.gua suka tengok teknologi TV.mula-mula dulu skrin besar,lepas tu flat screen,kemudian LCD,lepas tu LED,sekarang 4 colour.tapi yang banyak orang beli tetap jenis tiub.pakcik makcik dekat kodiang ni tetap berhutang dengan apek kedai elektrik beli jenis TV tiub.

teknologi ni bagus,ia buat kita lebih kreatif,lebih memikir.tapi macam mana kreatif sekalipon,macam mana canggih sekali pon.ia perlu kembali kepada tugas hakiki.

Tuesday, September 21, 2010

ops sikap

wikend lepas gua drive penang-seremban-penang.naik highway utara selatan.musim-musim raya memang rancak ops sikap polis.gua tak tau la ops sikap ni apa tujuan dia.untuk speed trap,atau untuk buat catitan statistik je.

disebabkan operasi tengah rancak,gua tengok berlambak khemah polis kat tepi highway.boleh dikatakan dekat setiap R n R ada sebijik khemah biru putih.itu memang khemah polis,bukan khemah orang jual lemang.

disebabkan ada khemah,gua bawak slow bila lalu kawasan R n R.jadi gua memang buleh tengok aktiviti encik polis dalam khemah tu.tapi apa yang gua nampak?

encik polis tengah gayut/maen henset..

encik polis tengah baca paper..

encik polis tengah berborak dua tiga orang..

encik polis tengah mengeteh..

jadi,tak hairan la ops sikap ni memang tak berkesan setiap tahun.gua harap tahun depan sepatutnya ops sikap ni bukan untuk driver.tapi untuk abang-abang polis..

Sunday, September 19, 2010

tips berjalan jauh

memandu long distance pergi balik dalam keadaan perut cirit birit memang azabnya tuhan saja yang tahu...
tambah-tambah bila highway penuh kereta..

nak cari tandas serupa macam celaka..

senget badan gua masa drive, tahan tak nak bagi terkentut..cirit tu weh..bahaya..


Tuesday, September 14, 2010

anjing tersepit

bila dah bagi peluang untuk cari makan untuk anak bini.cari la betul-betul.dah tau keluarga susah.anak cucu makin bertambah.berusaha la lebih sikit.jangan cari jalan senang.tak ada short cut untuk senang.kalau buat untuk makan diri sendiri takpe la jugak.ini untuk keluarga.kesian anak yang kecik tu.tak pasal-pasal kena telan benda haram.

ya,atas dasar kesian keluarga susah diberi peluang kerja cari sesuap nasi untuk keluarga.nanti kalau tak tolong,banyak pulak bunyi.tak tolong bangsa sendiri lah.lebihkan orang luar la.tapi orang luar tak buat benda yang lu orang buat.orang luar tak belek semua suis dan kabel.orang luar kerja betul-betul sebab dekat tempat diorang susah.nak cari duit pon kena sorok-sorok.kena patuk ular.ini bani melayu.dah bagi peluang.tak buat betul-betul.

bagi kerja,buat bersepah.suruh buat seribu buat cuma tiga ratus.malam pulak buat kerja lain.mencuri..

bodoh betol..

Sunday, September 12, 2010

hari raya 2010




dunia ini untuk orang muda.hari raya untuk kanak-kanak.hari raya kali ini,penuh dengan bermain.dari pagi sampai malam.mercun pum-pang-pum-pang.sampai ada yang luka jari tangan.petang raya main buih sabun.pegi rumah orang main macam dekat taman permainan.iya,raya kali ini setiap masa kami bermain.
leka main.sampai gambar raya gua pon cuma dapat sekeping....itu pon pakai timer,tangkap sendiri...
apa pon..selamat hari raya..maaf zahir batin..

Tuesday, September 7, 2010

malaysia circa 90 an - hari raya

entri bersiri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan gua mengenai kehidupan semasa dekad 90.dimana kehidupan malaysia yang paling happening berlaku.

raya di zaman kanak-kanak dulu sangat seronok.di zaman yang belom ada astro,psp,blackberry dan segala mak nenek gajet.raya zaman gua kanak-kanak to be specific sekitar 90-an sangat true.raya memang betul-betul disamabut.

bagi gua,raya bermula bila hari ke 20 puasa.masa tu gua memang dah mula sibuk.bukan sibuk buat kueh.tapi sibuk pasang pelita.masa kanak-kanak gua memang rajin.memang langsung tak ada sape yang suruh.gua sendiri-sendiri.bapak dan adik gua langsung takde tolong.jadi gua la yang cari kayu,beli pelita,buat sumbu.kadang-kadang sampai tergolek gua sebab penat sehari buat panjut.mana maen tiga empat bijik pelita.paling koman 20 bijik.laman rumah gua besar.sebab tu kena banyak.bila malam je,tak sempat-sempat lepas buka pose teros pegi pasang.malam gua bukan main senyum puas.

dekat-dekat hujung pose.datng aktiviti baru.bakar mercun dan bunga api.dulu bulan pose bukan main simpan duit belanja sekolah.pegi sekolah mak kasi seringgit,balik sekolah pon ada seringgit dalam poket.mana buleh belanja,nanti lari bajet.zaman gua sekolah,mana berani nak mintak-mintak duit.kemuncak main mercun,bila malam raya dan pagi raya.malam raya macam orang gila main mercun.pernah sekali gua baling mercun masuk poket baju akak gua.pagi raya pulak lepas subuh,tengah gelap-gelap lagi gua pegi bakar mercun.kejut orang bangun hari raya.

hari raya dulu bukan macam sekarang.dulu mana ada astro.yang ada pon tiga channel je.tv memang tak menarik masa zaman kanak-kanak gua.sebab tu abes je sembahyang raya,teros pegi beraya rumah orang.dialog biasa bila pegi rumah orang "kami tak mau makan,nak beraya je".tak kira la rumah orang kaya ke miskin ke.penah jugak sekali tu pegi rumah mak cik tua.raya dia hidang teh o je.duit raya pon dia bagi 20sen.tapi dah perangai kanak-kanak.sebat jela.bukan nak reti kesian.

gua kira-kira tak silap duit raya yang gua kutip masa raya kanak-kanak tu ada dekat tujuh lapan ratus.tapi gua tak guna duit tu.bapak gua marah.dulu dia siap bukak bank pertanian untuk simpan duit raya yang dapat.gua masih ingat,masa mula-mula bukak dapat tabung bentuk kelapa,kaler hijau.sampai hari ini duit tu masih ada lagi selamat dalam akaun asb gua.nanti,kalau gua kawen ke,duit raya zaman kanak-kanak gua masih ada bagi sumbangan.

bila umur dah meningkat,gua pulak masuk asrama.satu-satu gua tinggalkan.dah tak ada panjut,dan pegi beraya.tapi main mercun masih gua amalkan.tapi kali ini lebih kepada melayan anak-anak buah gua.mana buleh pisahkan raya dengan mercun.

tapi hari ini,semangat raya dah jadi lain.technologies kill tradition.panjut dah diganti dengan lampu lip-lap.kad raya dah ganti dengan sms dan mms.mercun bunga api dah haram.diganti dengan playstation,psp dan xbox.ketupat dah ganti dengan nasi himpit plastik.dan lagi teruk raya tahun ni ada pulak pak haji lebai santa.silap-silap nanti baju kurung,baju melayu dah jadi macam baju astronaut.

tapi gua bersyukur,setidak-tidaknya gua telah berjaya melalui kehidupan di dalam dekad yang masih ada unsur-unsur tradisi.

Monday, September 6, 2010

iklan raya tv3

iklan raya tv3 gua baru tengok tadi.dekat youtube.sebab yang kat tv gua jarang tengok.selain itu,gua jugak cari apa yang membuatkan iklan jadi kontrovesi sampai nak kena mintak maaf dalam berita.gua jumpe blog ni.betul-betul semangat brader ni teliti iklan.semua benda ada kaitan dengan illuminati dan apa bala lagi.

ok,bagi gua buat kajian serupa gitu sangat la mengarut.buang masa.tak payah la nak tengok iklan.kat tepi-tepi jalan pon buleh nak samakan benda-benda dengan lambang agama lain.contoh tiang talipon yang bentuk macam salib.songkok putih pulak disamakan dengan pope.tak silap gua dulu raihan ada pakai songkok putih.takkan diorang geng pope jugak kot.kehkehkeh.

cepat betul melatahnye brader ni.daripada rajin benar membelek iklan ni,baik pikir masalah moal islam yang lain.masalah bik mama masuk mesjid tak pakai tudung ke.kan lagi elok.ini tidak,yang merepek-repek di cari nya.lagipon sedar la,melayu ni memang banyak cedok budaya lain.contoh macam bagi duit raya.cedok dari budaya cina.pasang pelita,cedok dari india.jadi tak heran la mula cedok dengan kristian pulak.r

tapi,
gua tak kata setuju dengan iklan tu.gua tengok,haram tak rasa nak raya pon tengok iklan tu.carilah story yang nampak raya.nak bodek 1malaysia bik mama pon ikut-ikut padan la.cukup la setiap hari membodek.biar raya dengan tema aidilfitri..tak payah nak 1malaysia...

Sunday, September 5, 2010

berokband

semalam secara tak sengaja gua terbeli broadband.oh ya,sebenarnya gua termakan pujuk amoi salesgirl.gua tanya kalo macam kokdiang buleh dapat ke dapat coverage.amoi tu jawab,kokdiang tu kampung.line mungkin tak steady.ayat selamat nak bagi gua tak lari.

pum pang pum pang dekat setengah jam.gua cair.gua angkat satu nak balik test.

balik rumah gua pasang.petang tak dapat line.malam dapat kejap-kejap.pagi lepas sahur tak dapat.gua rasa nak kunyah je broadband tu.menyesal.membeli ikut nafsu.

sebabkan kilang gua lagi terpencil dari rumah gua kat kokdiang tu.at least dekat kokdiang dah ada bangunan kedai dua tingkat.megat dewa takde.jadi,gua tak yakin langsung dengan coverage.saja gua bawak broadband tu datang opis.

sampai ofis gua on laptop.pasang broadband.

perghhh,bukan main sedap bley pakai...laju je..

apa? korang jangan maen-maen dengan kawasan megat dewa...hahahaha

Wednesday, September 1, 2010

dua tahun dah...

lepas abes praktikal jadi operator cum cleaner dekat kilang,gua dilanda dilema.ya,sepanjang final year gua pikir sumthing tentang masa depan dan karier.kalo buleh gua nak cari kerja yang buleh berbakti kepada masyarakat.giving back to society kata omputih.

sebab gua pikir kalo kerja yang cam gitu,at least gua buleh jugak dapat pahala.dosa dah la banyak.iye dok? yela,gua nak le jugak berjasa kepada nusa dan bangsa.tapi time tu,yang gua terpikir cuma jadi cekgu atau lecturer je yang betol-betol dapat beri sesuatu kepada masyarakat.tapi gua tak nak jadi cekgu.gua memang out dalam bab mengajar.memang gua tak reti.sepanjang tahun gua terpikir kerja apa yang gua patut buat.gua doa,tuhan tolong la bagi kerja yang macam gua nak.

abes belajar,gua mula-mula kerja kat shah alam.kilang buat leadframe.first kerja memang buat gua excited.tapi masuk minggu kedua gua tak hepi.gua rasa kerja kat tempat macam gini cuma tolong kapitalis yang datang buat duit kat malaysia.sebab cheap labour.lagipon dengan leadframe ni ape yang buleh buat gua tolong makcik-pakcik kat kampung tu? orang kokdiang bukan tau apa benda leadframe tu.

tapi satu hari doa gua termakbul.gua dapat offer yang susah untuk ditolak.ya,gua dapat kerja yang memang dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,terutama golongan pesawah di kedah ni.

bila gua process hasil tuaian pesawah dan jadi end product untuk dibeli oleh pesawah gua puas.dari muka diorang bila beli beras.gua dapat satu feeling yang susah nak gua terang.itu belum lagi dengan penduduk sekeliling kilang gua.bahan buangan kilang gua,berebut diorang kutip untuk buat makanan ayam,itik.sangat seronok dapat tolong orang macam tu.

hari ini genap dua tahun gua kerja kat sini.dan gua masih seronok macam hari pertama gua bekerja.