Wednesday, December 21, 2011

nasihat seorang loser

zaman remaja gua dibesarkan di asrama sebuah sekolah mubaligh islam yang semua lelaki.disebabkan sekolah mubaligh islam,jadi bercakap serta bergaul dengan golongan awek seolah-olah harom.kerana ia perkara maksiat.syaiton nir rajim senang nak dekat.

disebabkan gua begitu tekun menuntut ilmu-ilmu islam,jadi pembesaran zaman remaja gua sedikit terbantut terutama dari segi bergaul dengan awek-awek.sampai hari ini,gua masih tak buleh serta tahu macam mana nak tegor perempuan yang tak kenal.

pernah jugak la gua cuba-cuba jugak nak ngorat awek.yang gua ingat dua kali kalo tak silap.sorang awek satu kumpulan masa kursus btn.sorang lagi awek kadet polis sekolah convent green lane.dua-dua bila gua dah dapat nombor telefon dari member,gua haram tak telefon langsung.segan dan takut.apa? lu ingat macam sekarang ke ade henfon buleh sms je.dulu tepon rumah tahu tak? nak telefon,belum bubuh syiling dalam public phone asrama dah ketar lutut ni,takut bapak awek tu angkat.

dah abes sekolah,masuk asasi um gua berkawan dengan jenis sekepala.jenis yang langsung tak reti nak tegur awek.dalam bilik semua sembang kencang,tengok awek tu cun la,nak tackle awek itu ini.tapi bila jumpa depan-depan semua kecut telor.jadi,memang bab-bab awek ni gua agak loser.tak percaya tengok friend list fesbuk gua.berapa kerat je awek.

so,macam mana lelaki macam gua ni boleh berkawen?

jawapan dia senang je,hati dan tuhan.bila hati ni dah berkenan sangat dengan sumone,mintak pada tuhan banyak-banyak.gua percaya sikit demi sikit tuhan akan buka jalan dan hati masing-masing.tapi yang penting,kena tetapkan hati dan jangan gatal dengan banyak pompuan.gua tulis ni berdasarkan pengalaman.


*dulu gua pernah terpikir,kalo masuk umur 28 masih tak kawen,gua nak suroh mak gua cari cikgu buat calon.cikgu sejarah.sebab nanti kalo anak tanya pasal sejarah,dia buleh ajarkan.gua lembap sejarah.

Friday, December 16, 2011

hidup tengah indah

hidup gua tengah indah sekarang.tak tau macam mana nak cerita.dari satu alam,berubah ke satu alam lain yang baru.seronok.kalo gua tau hidup berkahwin seronok macam gini,dari umur 5 tahun lagi gua dah mula simpan duit buat bajet kahwin.

bulan lepas,gua berjaya kahwin pada usia agak muda.yeah,dari dulu gua rasa umur paling ideal untuk gua kawen ialah 27-28.tapi tak sangka pulok gua berjaya kahwin pada umur nak hampir 26 tahun.rezeki dari tuhan dan kesabaran gua menyimpan,akhirnya kantung duit untuk kawen cukup.

syukur kepada tuhan,segalanya berjalan lancar.gua dengan sekali lafaz,dan jadi suami seseorang.setelah berkenalan sejak 2004,mulanya sebagai kawan sms saja,tujuh tahun kemudian kitaorang kawen.

majlis kahwin memang sangat meriah di kedua-dua belah pihak.sampai hari ni,gua seronok tengok gambar kahwin.majlis kawen pulak,memang seperti apa yang gua nak.di rembau,gua nak majlis kampung,yang ada rewang,ada gotong royong,lauk kampung (perot gua masih lagi terasa lauk kerbau).memang penat,tapi sangat berbaloi.apa? lu ingat pengantin tak kena buat kerja ke? dekat kepala batas pulak,majlis yang sederhana (belah lelaki) tetapi yang penting orang suka dengan makanan yang disediakan.walaupon,gua agak risau buat kenduri di musim hujan tapi syukur cuaca yang sangat baik semasa kenduri di dua-dua tempat.

gua nk up sikit gambar sekitar majlis


Saturday, December 10, 2011

Happy birthday!!

My dear husband syg,

Hahaha 1st entry ni.
Happy birthday!! 6thn sambut besday as makwe, setahun as tunang n sekarang as isteri..harap it will continue i'allah sampai kt tue till death do us part..may all ur wishes come true!! mmm xtau nk tulis ape haha..
I heart u!! I love u!! あいしてる!! Haha

http://www.youtube.com/watch?v=9CkKuA86Mis&feature=youtube_gdata_player

With love,
Aini

Sunday, December 4, 2011

alhamdullilah


dengan sekali lafaz,gua dah jadi hasben orang.genap dua minggu dah.
nantilah gua cerita laen...