Sunday, February 27, 2011

benda yang tak keluar surat khabar dan tivi

gua bukan nak puji kerajaan pakatan rakyat atau nak tunjuk kehebatan ketua menteri negeri gua.tapi kalo betol apa yang dinyatakan,kenapa media-media utama negara tak keluarkan laporan tersebut.

The PR states of Penang, Selangor, Kedah & Kelantan have beat the other BN states by attracting RM25 billion in investments comprising 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010. For the first time in history, Penang is now the new champion of investments in Malaysia, coming out top in 2010.

Penang replaced the previous 2009 champion Sarawak by recording RM 12.2 billion in 2010 as compared to Sarawak RM3.9 billion. Penang was No. 4 in 2009 with RM 2.1 billion but shot up 5 times to No.1. On the other hand Sarawak went down from No.1 in 2009 with RM 8.5 billion to No. 4 with RM3.9 billion in 2010. Penang's success in drawing in RM12.2 billion is an extraordinary vote of confidence by both foreign & local investors in the PR state govt of Penang.

benda-benda macam ni patut diberitahu dan disampaikan kepada rakyat,khususnya makcik pakcik dikampung.walaupon diorang tak kan paham,setidak-tidaknya tahu serba sedikit tentang kerajaan negeri masing-masing.tahu apa yang telah dilakukan kepada duit-duit rakyat.

Penang is going green & leading in green practices such as "No Free Plastic Bag" campaigns & waste treatment through 3R of Reduce, Reuse Recycle. Penang enjoys the cheapest water rates in the country. Penang is also the Silicon Valley of Malaysia & selected as the most livable city in Malaysia on par with KL. We have done more in 3 years what BN fail to do in 51 years.

tapi tentang kebersihan tu belum cukup lagi sekadar kempen "No free plastic bag".ada benda yang lebih besar perlu diberi perhatian.terutama kebersihan sungai di pulau,sungai air itam misalnya.sungai belakang sekolah gua tu sangat kotor dan busuk,sampai nak belajar pon tak selesa.benda-benda macam tu perlu lebih di ambil perhatian.

walau macam mana pon,kalau benar apa yang dicakap oleh lim guan eng tu,gua rasa rakyat penang perlu bangga la sebab ada ketua menteri yang bagus.even bekas adun ameno pon ada yang mengaku lim guan eng ni bagus.

" Penang is a gone case. Lim Guan Eng is simply a good leader. He is a good person. Penang is well managed. Ignore the staged protestations of the street hawkers who have not been paying the rates. Ignore Rizal Merican. The majority support LGE."

dan sekarang baru la kita buleh tau kenapa tak putus-putus geng gerombolan asek nak serang penang dan selangor.gua ulang sekali lagi.gua bukan nak cakap pasal politik atau promote parti.tapi gua cuma nak tunjuk benda-benda yang sepatutnya rakyat tau,tapi tidak disampaikan.

Friday, February 25, 2011

1998-2002 sembahyang jumaat

sembahyang jumaat hari khutbah tak seronok.cerita pasal jiran.gua dengar-dengar gitu je.tak berapa nak ambik port sangat.tengah dengar,otak gua asek terpikir zaman sekolah.keseronokan pergi sembahyang jumaat.

sekolah gua dekat masjid negeri pulau pinang.setiap jumaat,kami beramai-ramai akan jalan kaki ke masjid.selalu dalam jam 1.00 dah gerak pegi masjid.tapi itu bergantung kepada warden yang bertugas.kalo kena yang bertugas abang mus,jam 12.45 jeritan 'alrite,boys....quickly,turun..make sure semua suis kipas tutup'.abang mus cikgu english sebab tu dia panggil campur-campur bahasa inggeris.

masa form 1-3,pergi sembahyang jumaat tak berapa seronok sangat.lagi terseksa adela.pegi mesjid kena pegi pakai baju melayu,dengan sampin.pastu kena bawak buku khutbah dan pen.masa khutbah kena salin isi khutbah sebab tak nak bagi tetidur.ini semua badan tertinggi pelajar(BTP) punya arahan.memang tak boleh tak tulis.sebab balik sembahyang,teros kena hantar untuk di check.nak tiru member pon tak sempat.kalo tak buat,nanti malam lepas isyak kena ketuk ketampi 100 paling kurang.masa mula,sekolah gua saja yang buat salin-salin khutbah.tak lama lepas tu,penang free pon mula buat salin khutbah.

bila naik form 4,dah mula longgar sikit.pegi mesjid pon tak payah salin khutbah.sebab BTP pon cuma tua setahun.tak kan nak suruh ketuk ketampi lagi kalo tak buat.pegi masjid pon jarang pakai baju melayu dan sampin lagi.kecuali kalo abg mus yang on duty,kami pegi masjid pakai kain pelikat.baru nampak senior sikit.pegi pon dah mula lambat-lambat.bukan apa,kalo pegi lambat sikit,buleh ushar-ushar awek sekolah convent green lane tunggu bus depan asrama sekolah gua.steady la,bila sekolah laki ushar sekolah pompuan.dua-dua plak sekolah sejenis.memang galak.tapi apa masalah tak tau la,ushar nak.nak pegi tegor kecut.

naik form 5,jadi senior lagi seronok.pegi masjid pakai tshirt dengan kain saja.balik masuk masjid,masuk dewan makan junior-junior tengok penuh kagum.otai betol senior diorang.masa tu,bukan main bangga kitaorang.yela,pakai macam tu warden pulak tak kata apa.tapi lagi seronok masa form 5,pegi masjid ada misi lain.abes sembahyang tempat yang dituju bukan asrama.tapi stesen minyak dekat dengan mesjid.masa tula,masa pegi beli rokok.walaupon stesen minyak menyimpang jauh dari jalan balik asrama.tapi takde hal.sebab sembahyang jumaat bukan outing.ade had masa.lepas beli rokok,lepak pulak makan cendol sebelah stesen minyak.beli rokok tak pernah kantoi.sebab dulu ade jual kotak 7batang.selit celah lipat kain pon tak perasan.hari jumaat makan dewan makan tak sedap.masak asam pedas ikan dengan kangkung masak air.gua memang tak berapa lalu.

oh ya,sekeliling mesjid negeri penang banyak sekolah yang berasrama.sekolah gua,penang free,teknik batu lanchang,dan teknik tarp.selalu kalo ada majlis apa-apa kat mesjid negeri,semua sekolah dijemput.masa form 5 memang bersemangat nak pegi kalo ada majlis.seronok sebab buleh ushar budak-budak sekolah teknik.masa form 1-3,tak buleh lagi.sebab tak sama umur.

ushar memang berani,tapi nak tegur semua kecut.seronok dulu pegi sembahyang jumaat masa sekolah.walaupon niat nak ke masjid tak berapa nak betol sangat,tapi setidak-tidaknya ada jugak la terasa nak ke mesjid.tapi walaupon gua dah banyak masjid gua sembahyang jumaat.ada satu uniknya sembahyang jumaat di mesjid negeri penang.sebelum azan,ada satu bacaan yang dialunkan oleh bilal.setakat ni, gua tak pernah dengar dialunkan di masjid lain.ada lagi ke tak sekarang gua tak tau.

Tuesday, February 22, 2011

khabar dari kyoto-hokuriku

semalam cik tunang pegi outstation.petang tadi baru balik.katanya ke hokuriku,2 hari 1 malam.ikut colleague buat audit dekat cawangan lain kilang kompeni dia.sebelum pegi cik tunang kata kawasan dia nak pegi tu,kawasan kampung.tapi the best part katanya,kawasan tu terletak tepi laut.laut jepon la kot.gua mana tau.
































ini kilang yang dia pegi kat hokuriku.memang betol terletak di kawasan laut.gua tengok kilang ni nampak macam sunyi je.mungkin disebabkan terletak dikawasan luar bandar.itu yang nampak sunyi je tu.






























gua selalu outstation,selalu pegi kl.setiap kali pegi kl gua selalu tido hotel mahal.cik tunang selalu jeles dengan gua.tapi kali ni,dia dapat tido hotel lagi besar.tengok la tu,duduk sorang tapi katil dua.dah macam apartment pulak gua tengok.















































macam biasa,dia travel naik train.comel pulak gua tengok train macam gitu.tengok la harga tiket tu.kalo convert duit malaysia lebih kurang RM275.itu sehala je.tapi cik tunang cakap travel naik train ni lagi efektif.kalo naik kereta 4 jam lebih.macam drive penang-kl.tapi naik train cuma 3jam lebih.kalo naik ktm,penang-kl 8jam.tak sama kan? kebanyakan gambar on the way dia ke hokuriku tu.gua tengok sekali imbas macam kat dekat kampung pida, kokdiang.bezanya bendang kat kokdiang ni tak ada la kena timpa salji.tapi apa pon,gua harap nanti malaysia buleh jadi macam jepun.kawasan kampung pon ada train masuk.sekarang ni tak.bus pon tak lalu depan kilang gua.













































tiga gambar ni memang buat gua terliur.disebabkan kawasan ni dekat laut,cik tunang cakap sushi memang super duper sedap.sangat fresh.dan sushi yang betol-betol true.nasi lagi sikit dari isi.tengok la unagi dia.puas kalo dapat telan 2-3 ketul.air liur gua dah menitik..celah mana pulak gua nak cari kedai sushi kat kokdiang ni.dem.

khabar dari kyoto-osaka

disebabkan tiada tempat yang menarik untuk bershopping di kyoto,tak macam di tokyo.cik tunang dengan kesungguhan telah pergi ke osaka yang jauhnya lebih kurang 40km lebih dari kyoto. semata-mata untuk shopping.bernafsu sungguh ye kamu.













































macam ni la keadaan dekat osaka katanya.memang banyak shopping complex dan butik-butik yang kalo kat malaysia cuma ada dekat kl.dekat perlis jangan harap.tapi apa yang gua tertarik ialah,walaupon bandar besar,lu orang tengok jalan dia.tak jam,takde sesak-sesak macam kat kl atau penang.bila ada sistem pengangkutan yang super efektif,macam ni la hasil dia.tak la macam kat penang.jalan sempit,kereta banyak.monorel,mrt atau lrt langsung tak ada.

ahad lepas,dia cuba mencari tempat shopping di kyoto.tapi katanya tak ada jugak yang menarik.instead,cik tunang pegi melawat shrine dekat kyoto tu.








walaupon jepun negara maju,diorang tetap menghargai semua warisan macam bangunan dan pakaian.tengok macam mana tempat-tempat warisan dikekalkan.sama seperti dulu.bangunan-bangunan baru dibina jauh dari tempat-tempat warisan,supaya kawasan warisan tidak tenggelam ditengah-tengah bangunan tinggi.mana-mana negara pon sama.tiada bangunan dibina berhampiran dengan tempat warisan.kecuali la malaysia.

signboard dalam gambar no tiga tu ada tulis 'Now,life is living you'....nice to ponder.

Monday, February 21, 2011

surat kepada tv3

















dulu 5-6 tahun lepas gua memang suka tengok berita tv3.terutama sekali buletin utama.sebabnya berita dia tak nampak lemau macam berita rtm.cara penyampaian serta set pon nampak ceria.berita pon sedap,dan paham je bila tengok.takde la nampak macam jenis menyampaikan propaganda kerajaan.siapa tak ingat macam mana karam singh walia boleh jadi pengaruh kepada hidup kita.

selain cerita,penyampaian,serta jenis berita yang ditunjuk menarik,buletin utama jugak ada segmen untuk aduan rakyat.in fact,sekarang jugak ada.memang bagus,yela mana ada syarikat atau pihak-pihak tertentu nak laporan buruk tentang mereka ditunjuk di national tivi.

tapi itu semua dulu.

sekarang,gua menyampah tengok buletin utama.makin hari gua makin tak dapat nak beza antara buletin utama dengan berita rtm.gua ni bukan seorang partisan.gua bukan geng gerombolan ameno,dan bukan jugak geng serban pkr.gua tak baca utusan online atau harakah daily on daily basis.gua cuma baca tukartiub sebab kelakar.gua neutral.tapi bila tengok berita tv3 gua jadi mual.kadang-kadang gua rasa penyampai tu macam baca surat khabar utusan kuat-kuat untuk orang dengar.kenapa teruk sangat? setiap hari sama saja.berita kerjaan buat benda-benda tak faedah.lambung-lambung benda yang menteri-menteri buat.berita bik mama.pastu kutuk-kutuk geng pakatan.wadehel.gua tak buleh la tengok berita macam ni.

tapi paling gua benci dengan berita tv3 terutama buletin utama ialah sekarang ni setiap hari mesti ada berita buruk tentang penang dan selangor.hari-hari mesti ada yang tak puas hati dengan kerajaan negeri penang dan selangor.setiap kali keluar berita macam ni,mesti akan ada wakil dari ameno/mca/mic.kalau kat penang,mesti yang keluar naina merican tu.kalo hari ni keluar masalah kat penang,esok mesti selangor.ade je.macam semalam,kes ape ntah kat flat selangor.dikumpul 6-7 orang,tulis apa-apa atas manila kad.buat tunjuk perasaan.malam ni kes lain pulak.tolong la,gua duduk kedah,tapi gua orang penang.balik penang gua tengok takde pon orang kecoh-kecoh pasal kerajaan negeri.sama je macam bn perintah dulu.yang tak abes-abes nak tunjuk penang dengan selangor ni sangat bermasalah kenapa? kelantan dan kedah takde pon nak masuk setiap hari.negeri lain yang bawah gerombolan ada jugak masalah.tak percaya? tu ha kat arau,jalan raya tak siap-siap lagi since gua datang kokdiang.tak pernah pon masuk buletin utama gua rasa.

sebab tu la gua dah tak tengok sangat buletin utama.kot nak tengok pon,gua tengok berita sukan je.itu pon gua tak puas hati sebab berita bola selalu tunjuk liga mana-mana entah.gua tulis ni iklas,dari hati seorang yang bukan ada kepentingan politik bukan ada masuk mana-mana parti.gua cuma seorang rakyat yang mahukan berita yang adil dan menceritakan benda benar kepada rakyat marhein dekat malaysia ni.

Saturday, February 19, 2011

marah dan gaduh




















gua memang tak pandai gaduh.seingat gua,dalam hidup cuma dua kali saja gua gaduh.first fight gua masa darjah tiga.gua gaduh sebab ada sorang budak kelas gua menconteng papan hitam masa gua tengah padam.fight kedua gua masa kerja.gaduh dengan kontraktor.sebab gua tak puas hati dengan pekerja dia.gua tegur,dia tak puas hati.kata gua kerek,marah-marah gua.tapi gua buat muka rilek dengar je dia bising-bising.abes dia marah-marah,gua teros blah.

sebenarnya marah-marah dan gaduh ni benda paling buang masa bagi gua.orang yang suka marah dan gaduh ni selalu jenis ego tinggi.dan suka percaya dia tak bersalah.kalo lawan bercakap,memang macam-macam keluar dari mulut dia.kadang-kadang cakap tak pakai otak pon.meroyan,semata-mata nak buktikan dia tak bersalah.macam gua gaduh dengan kontraktor tu.gua ada rekod pekerja dia tak datang.tapi dia tetap tak mengaku.gua bukan jenis macam tu.gua memang tak pandai bergaduh mulut.

gua lebih percaya kepada perkataan 'maaf' atau 'sori'.bagi gua,ini la perkataan paling berkuasa dalam hidup kita.cuba korang bayangkan,kita gaduh atau marah dekat seseorang.orang tu mungkin tak bersalah.tapi dah ditakdirkan salah sorang pendek umur.sampai tak sempat nak mintak maaf macam mana? tak kan nak mintak maaf dekat kubur pulak.ye dok? bahaya sebenarnya perangai macam ni.marah dan gaduh kerana ditindas tak apa,tapi selain dari itu memang salah mengikut perangai syaitan.

nabi pon suruh kita elak jadi seorang yang pemarah.rasa gua ada dalm satu hadis sahih,yang mengatakan ada seorang lelaki ni datang mintak wasiat dari rasul.dijawabnya jangan jadi seorang pemarah.jadi,kepada yang kuat marah,kuat gaduh tu berubah la.jangan keraskan hati tu.cuba lembutkan,bersihkan dengan amal ibadah.cuma cara tu saja yang boleh menambah kesabaran dalam jiwa kita.

omputeh ada cakap.gua tak ingat sapa.lebih kurang macam ni bunyi dia.'for every minute you angry,you lose sixty seconds of happiness'

gua tulis macam gini sebab gua tengok ramai sangat orang suka marah-marah dan gaduh

Thursday, February 17, 2011

dekat dua bulan baru sedar

hari sabtu lepas,gua pegi kerja.oh,bukan pegi kerja tapi saja je ke kilang sebab hari jumaat gua tengok dekat board tampal kad kawen, ada satu kenduri customer hari sabtu.so,boleh jugak gua makan pree di hari minggu.panas-panas macam sekarang,layan sirap kenduri sedap jugak.gua pegi naik motor sebab nak save minyak kereta.lagipon kerja di hari cuti gua layak claim elaun mileage.naik motor lagi untung.

disebabkan jarak agak jauh,gua singgah pekan sehari kokdiang dulu beli kueh buat bekal makan atas motor.baru ada feel merempit sambil mengunyah.lagipon perot kena alas dulu,jadah eh nak pegi rumah kenduri jam 11 pagi.lain la kot gua nak pegi menyiang daging pegi awal-awal.

elok gua lap masuk simpang nak ke kilang ada polis buat road block.'celaka!' gua nyumpah dalam hati.motor gua ni road tax dah mati.gua lepas minyak kasi slow sambil dalam otak, gua tengah pikir nak patah balik atau korner masuk jalan tali air.dua-dua pilihan gua tak jadi.sebab kalo patah balik atau melencong ke arah lain nampak benar gua salah.lagipon brader polis semua pakai kuda putih.perah minyak dua kali pon dah boleh kejar motor cabuk gua.

gua pon straight je menuju ke arah road block.dari jauh polis suruh gua ke tepi.gua patuh,pelan-pelan berenti.datang polis agak veteran rapat ke motor.gua pon angkat visor,sambil senyum mesra sekali.dalam hati bedebor bukan main.
'nak ke mana encik.bagi ic' kata polis yang agak berumur.
'nak gi kerja cik.tu haa,depan tu kilang saya'gua balas sambil hulur ic
'bagi lesen' arah polis tu.
'jap saya ambik' gua godek wallet keluar lesen yang ade gambar tu terus bagi kat polis tu.
polis tu belek lesen gua sambil cakap 'yang slip renew lesen tu?'
gua godek cari.tak jumpa.gua godek lagi,lama gua cari jumpa terselit kat belakang kad medic gua.jumpa.terus gua hulur.sambil ada sorang brader polis lagi sorang datang tengok sama.
'dah kawen?' tanya polis tu sambil senyum.
'blom lagi encik' gua heran.dalam hati gua konpius.polis ni kenapa? tengok lesen tanya soalan peribadi pulak.
'bila nak kawen? kerja besar cepat-cepat la sikit kawen' kata polis tu sambil gelak kecil.
gua senyum nipis.sambil simpan balik semua benda gua borak dengan polis tu.rupanya diorang buat road block sebab ada budak belasan tahun maki hamun diorang.lepas borak lebih kurang,gua mintak diri.

malam semalam
gua ada nak isi form dalam internet.dimintak dalam form tu butiran tentang lesen memandu.gua capai wallet.tarik balik slip lesen yang gua simpan kemas lepas road block tu.form tu mintak tarikh lesen mati.gua tengok tarikh mati bulan 1/2012.gua terkejut.gua rasa,lesen gua mati bulan 6.apahal tahun 2012.gua tengok nama.wadehel.

bila masa pulak ic gua nombor last genap? nama gua pulak ada binti? magik apa pulak yang jadi ni.gua perati lama nama atas lesen tu.apehal lesen cik tunang boleh ada kat gua pulak ni? otak gua ligat pikir.lama gua pikir.baru gua teringat.itu hari masa tengok bola final cik tunang tak bawak purse.main tumpang dalam wallet gua.ini kes silap bagi ni.pergghh,hebat jugak dah dekat dua bulan baru perasan.patut la brader polis tu bukan main tanya soalan peribadi.kehkehkeh..

Monday, February 14, 2011

raikan cinta

setiap tahun 14 februari sebok semua orang nak sambut valentine day's.yang melayu,kebanyakan yang baru-baru nak naik mula tergedik-gedik nak sambut.sebenarnya ramai yang sambut,dan ramai yang menentang.untuk pengetahuan, dalam sejarah sangat kabur mengenai valentine day.tak percaya tanya lebai google.

bagi gua,hari valentine day ni hari yang mengarut.cuma cara geng kapitalis untuk buat duit.harga coklat,bunga,dan benda-benda lagha laen pasti meningkat.ini kerana,masa ini saja lah benda-benda tersebut laris dan permintaan tinggi.setengah website ada mengatakan jualan kad ucapan semasa valentine kedua tertinggi selepas krismas.lu orang tengok la betapa banyak duit boleh dibuat oleh golongan kapitalis.

gua tak pernah sambut.dan gua tak pernah larang pon siapa-siapa nak sambut.sebab bagi gua,semua orang ada pikiran dan boleh berpikir kewajaran menyambut valentine day.tak silap gua majlis fatwa ada keluar fatwa haram.tapi sama je macam rokok.ada fatwa,tapi orang tak ikut pon.

tapi tadi masa gua tengok berita ada tunjuk jawi,jais buat tangkap basah merata tempat.banyak jugak melayu-melayu yang kena cekup.tapi yang gua heran,kenapa geng-geng ni cuma serbu hotel-hotel murah? memang la melayu ni tak banyak duit.tapi gua rasa yang geng-geng dato' ramai je yang menyontot kat hotel-hotel mahal.tak pegi serbu pulak?

lagi satu yang gua heran,kenapa masa valentine je buat serbu besar-besaran.padahal,gua rasa malam-malam lain pon ramai je yang buat maksiat.malam tahun baru contohnya.gua pernah je tengok awek pakai bra berjalan kat klcc malam tahun baru.itu belom kira sambutan-sambutan lain.macam st patrick's day,octoberfest dan lain-lain lagi.berapa ramai melayu yang mabuk-mabuk? kat fesbuk pon buleh tengok.

jadi kepada semua,tak salah sekiranya nak meraikan cinta pada hari-hari tertentu.macam faisal tehrani,mencadangkan 1 zulhijjah sebagai hari meraikan cinta.tapi bagi gua,setiap hari perlu diluahkan rasa cinta tersebut.cinta pada tuhan kita luahkan dengan berzikir setiap hari.rindukan rasul selawat ke atasnya.cinta sesama manusia,lafazkan dengan kata-kata.jadi raikan la cinta anda,tika ia masih ada..

'all you need is love,all you need is love,all you need is love,love,love is all you need'~the beatles

Need You Now -Lady Antebellum
video

disebabkan lagu ni menang grammy,gua nak letak.sebab cik tunang pernah bagi kat gua lagu ni tak lama dulu.sweet kan?

Sunday, February 13, 2011

janji melayu

hujung bulan lepas,gua dapat satu surat.datangnya dari pejabat gomen.jabatan apa gua tak pasti,tapi bahagian perusahaan.ikut alamat,surat tu datang dari kedah jugak.isi kandungan surat tu tulis,seorang penolong pengarah jabatan tersebut nak datang melawat kilang gua.

tujuan lawatan nak mengharmoni hubungan antara jabatan kerajaan dan perusahaan swasta kot.macam tu la kot lebih kurang.dalam surat tu diletak la sekali borang keterangan mengenai kilang gua yang perlu diisi.

jadi pagi tadi gua pon ingatkan staff gua supaya bersihkan sikit kilang dan cuci apa-apa yang patut.gua pegi keje lambat sikit sebab nak pegi klinik ambik ubat dulu.masa kat klinik doktor tanya nak kerja atau tidak.tapi disebabkan gua teringat ada lawatan,gua cakap kat doctor nak kerja.gila lu,kalo penolong pengarah tu ada komplen apa-apa tak ke naya aku di kemudiana hari.settle jumpa doctor,tros aku pegi kilang.ngam-ngam lagi sejam sebelum penolong pengarah tu nak datang.

kalo ikut surat,dia nak datang jam 11 pagi.gua pon settlekan la borang,beli makanan untuk hidang dan kemas-kemaskan sikit.

bila jam tunjuk jam 11 gua dah mula redi.kitaorang semua tunggu.jam 11.20 masih belum datang.dalam hati gua dah mula panas.takpa,janji melayu memang macam ni.gua cuba sabarkan diri.11.30 masih tak sampai.gua dah mula geram.jam 12.00 masih tak nampak batang hidung.12.30 pon tak sampai-sampai lagi.celaka apa macam ni.bukan datang dari kl,pejabat dari alor setar.tak mungkin sesat.sampai jam 2.30 memang gua rasa dia dah tak kan datang.gila apa janji jam 11.00 tapi datang jam 3 petang.gua pon cakap kat staff,memang dia tak datang.jom kita makan benda yang dah dibeli.takut basi,bazir pulak.

gua memang geram bila orang buat janji macam ni.menyusahkan.kalo tak boleh datang pon,bagitau la.dah la gua sanggup tak ambik mc semata-mata lawatan korang.rm30 mee goreng staff gua belikan.tak ke membazir? kerja gomen ni,buat la professional sikit.nak datang punya beriya-iya dengan surat apa semua.nak cancel tak kan tak buleh nak talipon? dem btol.

Saturday, February 12, 2011

khabar dari kyoto













































cik tunang sangat sibuk 'bekerja' dikilang buat masa ini.hari-hari kena bangun awal pagi,sebab perlu masak untuk dibuat bekal semasa rehat.katanya memang dah jadi budaya kerja di kilang sana masing-masing bawak bekal.semestinya tiada budaya,'ilek lu,isap rokok dulu' ataupon 'jom pekena dulu' yang sangat feymes di negara kita.disebabkan,kyoto ni macam bandar tradisional jadi hari minggu banyak dihabiskan untuk membeli belah barang-barang cenderamata.































ini gambar dari rumah cik tunang.jumaat hari tu salji turun renyai-renyai di kyoto.walaupon sekejap katanya,tapi bagi gua dia dah merasa pengalaman salji..bila la gamaknya gua nak dapat main salji nih? haiishh..

#update hari isnin
hari ini cik tunang cakap salji lagi.katanya hari ni lagi panjang masa salji dia.punya la seronok dia cerita.siap up lagi gambar suruh letak kat sini.




























































ini antara gambar yang cik tunang bagi.gua pilih gambar yang ada banyak salji dalam dia.gambar last tu walaupon tak nampak muka,tapi gambar tu mengingatkan gua tentang lawak lama cik tunang masa belajar dulu.lawak mengenai hari hujan takde payung.gua malas cerita takut tak kelakar.

tapi kepada cik tunang.'payung takde, kenapa tak pakai helmet?' kehkehkeh...

Friday, February 11, 2011

cara diet berkesan...

kepada yang terasa diri dia gemok,perlukan bantuan dR Rozmey untuk kempiskan perot.tengok video ni.cara berkesan kuruskan badan mengikut gaya jack black.kelakar betol.

video

amacam? buleh ikut? nak seribu daya,tak nak seribu dalih...

Wednesday, February 9, 2011

benda paling rindu gua nak buat

sekarang ni tengah musim panas kat kokdiang ni.kalo orang kedah panggil panas lit lit kalo gua tak silap.sangat panas.dari pagi sampai petang matahari terik.gua geram dengan cuaca macam ni.dari kecik,terutama zaman kanak-kanak,cuaca macam ni memang gua paling suka.setiap hari kalo lepas zohor,gua doa agar petang tak kan hujan.kalo nak hujan pon tolong berenti sebelum jam 530 petang.

gua beriya-iya tak nak hujan dan nak sangat hari panas supaya gua boleh main bola sepak kat padang.gua memang dari kecik suka main bola.terutama petang-petang.masa sekolah rendah,gua punya sekolah agama habis pukol 6 petang.elok sampai rumah,gua cari seluar dengan tshirt teros pegi padang dekat taman depan rumah gua.setengah member gua yang mak bapak tak hantar gi sekolah agama dah stanby dekat padang.main padang depan sebuah kedai mamak.mamak ni memang anti dengan kami.sebab gol kitaorang buat betol-betol depan kedai dia.asal skor je,bola teros masuk kedai dia.pernah dia kejar dengan parang belah kelapa sebab bola asek masuk dalam kedai.

gua punya semangat tinggi suka main bola bapak,diperati dari jauh oleh bapak gua.masa gua darjah empat,bapak gua tebas semak tepi rumah,upah traktor bagi rata tanah buat padang bola.siap padang,gua dengan member dua tiga orang kumpul duit beli bola sebijik.buat team bola sendiri.pernah dua tiga kali budak-budak kampung lain datang friendly dekat padang sebelah rumah gua.meriah betol rumah gua setiap petang masa tu.

masuk sekolah menengah gua duduk asrama.gila main bola setiap petang tetap sama.setiap hari lepas baca maathurat kat surau,teros naik tukar baju.itu masa junior la.masa senior seluar baju semua rembat dekat ampaian.mana gua pernah ada baju sukan masa jadi senior.sekolah gua dalam pekan.padang memang sempit,kecik.padang bola pon takde.jadi hari-hari kena berebut.tapi bila senior,setiap hari padang memang milik kitaorang.kalo budak junior main,selamber kitaorang masuk main,bawak bola lain.lepas tu junior teros blah cari tempat lain.






tengok padang sekolah gua.kecik gila.besar tu la nak sumbat dari budak form 1 sampai form 5 nak main.masa zaman gua sebelah asrama tu ada la jugak padang.tapi sekarang dah takde.









masuk um,masa asasi nak main bola setiap petang memang takde hal.masa asasi gua duduk kolej 11.sebelah ada padang kosong,sebelah pusat sukan.masa asasi kawan-kawan gua memang semua kaki bola.dekat kolej,kiub kami yang simpan bola.jadi setiap petang budak-budak semua kena tunggu kami turun baru buleh main.masa asasi jugak la,gua baru mula main bola pakai boot setiap petang.sebelum ni main kaki ayam saja.

bila sambung belajar dekat um jugak,gua dah hilang geng bola.walaupon ada dua tiga orang yang selalu main bola,tapi jarang dapat main selalu.jadi gua cari alternatif lain.gua dengan tebal muka mula datang menempek main dengan staff um dekat padang sebelah bangunan keselematan dan DTC.mula-mula gua segan jugak.semua gua tak kenal,mostly orang kelantan pulak tu.lepas tu,main kalo kena gol dulu kena bukak baju.bertambah gua segan.tapi semangat nak main bola punya pasal, pelan-pelan gua dapat masuk.sampai jadi regular.selalu jugak gua masuk team diorang main friendly setiap pagi ahad atau sabtu.






atas padang ni la paling banyak gua main.main pulak kadang-kadang separuh bogel.awek lalu buat-buat tuff.masa asasi pernah jugak gua main pertandingan atas padang ni.tak menang,tapi dapat ayamas berkotak-kotak masa pesta konvo 2003.






tapi sekarang dah tak ada lagi main bola sepak setiap petang.sekarang jam 6 petang baru nak balik rumah.sampai rumah dah penat.gua rindu bau rumput padang masa musim panas.rindu makan rumput bila slide tackle main dalam hujan.tapi paling gua rindu ada lebam dekat betis kering.sakit tapi puas...

Monday, February 7, 2011

love your jobs

minggu lepas ada seorang staff gua bersara.sebagai bos,gua pon organize satu majlis ringkas sempena persaraan beliau.seperti dirancang,majlis berjalan lancar.gua turut berucap masa majlis.terasa sebak ada jugak bila berucap dalam majlis-majlis macam gini.

yang pencen,seorang yang dah khidmat sungguh lama.sejak kilang gua ni bukak kalo gua tak silap.tapi yang gua percaya dia dah bekerja selama 20 tahun lebih.tapi,kalo nak diikutkan memang semua staff kat kilang gua macam tu.semua dah bekerja lebih dari 15 tahun.umur masing-masing semua 40 tahun ke atas.gua paling muda.yang ada muda pon tak silap gua umur lewat 30 an.awek langsung la.tak ade sorang pon.gua ni kalo diikutkan generasi kedua selepas kompeni diswastakan.sebelum ni kompeni gua kepunyaan gomen.

staff kilang gua kebanyakan bermula dari bawah.ada yang bermula dari pekerja bergaji hari.ada yang sudah bekerja belasan tahun baru dapat jawatan tetap.tapi diorang tetap setia bekerja sampai hari ini.gua ada terpikir mengenai perkara ni sebaik tamat majlis.setelah gua pikir dan analisa segala kemungkinan,didapati terdapat beberapa perkara yang membuatkan staff gua kekal bekerja sehingga puluhan tahun.tapi salah satu daripada perkara tersebut ialah rawatan kesihatan yang diberikan.

kompeni gua memberikan rawatan kesihatan percuma kepada pekerja serta keluarga termasuk ibu bapa.peruntukan bernilai puluhan ribu ringgit disediakan bagi setiap pekerja setiap tahun.sebab itu,kebanyakan pekerja atau keluarga yang sakit dapat menerima rawatan dari salah satu hospital terkemuka di kedah ni.kalo ke hospital tersebut boleh dikatakan pekerja kompeni gua mesti ada.

jadi bagi gua,benda inilah penyebab paling kuat semua pekerja dikompeni gua bertahan begitu lama.gua tak ada anak mungkin tidak terasa sangat.tapi sesetengah tu,yang ada anak dibedah kerana appendiks,dibedah kerana tonsil semua secara percuma.semuanya kerana ditanggung oleh majikan.sebab tu gua dah berazam,kalo nak cari atau tukar kerja baru.cari kompeni yang besar,yang bagi kemudahan macam kompeni gua sekarang.

tapi apa-apa pon gua tertarik dengan satu quotes yang gua jumpa kat mana tak ingat.

'love your jobs,not your company.because you never know when your company not love you anymore'

Sunday, February 6, 2011

never forget

kepada yang menyokong man utd.yang konon true fans tapi jersey pon beli siam grade A punya.yang nama kat fesbuk pon ade rooney atau vidic.yang selalu butthurt atau emo bila fans team laen bakar.
tapi bila ditanya apa kena mengena 6 february dengan man utd? jawab tak tahu.baik pegi sokong felda united.

'Oh, England's finest football team its record truly great,
its proud successes mocked by a cruel turn of fate.
Seven men will never play again, who met destruction there,
the flowers of English football, the flowers of Manchester
'

video

juga kepada salah seorang fergie fledglings.thank you.













here are some of his best words.

“I have had 20 years of people slagging me off, then I retire and people start to praise me,”
" I can’t stand Liverpool, I can’t stand Liverpool people, I can’t stand anything to do with them."
"You are caught up in the moment and for a few seconds you can go bananas. What are you meant to do? Smile sweetly and jog back to the halfway line?"

Thursday, February 3, 2011

khabar dari tokyo-kyoto

dari hari isnin aritu cik tunang dah bagi gambar untuk letak kat blog.tapi gua yang selalu buat-buat sebok dan konon tak ada masa tak sempat nak tempek kat blog.cik tunang dah pindah dari tokyo ke kyoto.tempat kompeni dia.training selama sebulan sebelum balik malaysia.






























dari tokyo,dia naek bullet train atau dalam bahasa jepun eh nama dia shinkansen.katanya tiket bapak mahal.macam tiket kapal terbang.tapi memang padan le harga dengan speed train tu.katanya kalo naik kereta mau 6-7jam.tapi naik shinkansen 2 jam.














































sepanjang jalan,katanya dia tengok kampung orang jepon.tengok bendang orang jepon.dan jugak melalui gunung fuji.dari dalam shinkasen jugak dia tengok tempat yang ada salji tebal.

















dari duduk tempat macam hotel,dia dah pindah ke apartment.tapi gua tengok pelik gila kalo macam ni dikatakan apartment.kalo kat malaysia,memang gua rasa takde sape nak sewa apartment macam ni.

Wednesday, February 2, 2011

selamat tahun baru cina




















masa gua first year,gua duduk kolej 12, UM.sebelah bilik gua bilik budak cina.nama dia ong.budak melaka.satu fact dengan gua tapi dia budak mechanical.badan besar,otak cerdik tapi setiap hari lepak dekat luar balkoni cerita lucah-lucah dengan gua.sampai hari ni dia masih baik dengan gua,selalu tepon gua.

gua keje sekarang,banyak connect dengan kontraktor,tukang-tukang cina.semua baik dengan gua.sampai ada ajak pegi pulau berehat-rehat, tak pon pegi danok.tapi gua layan kan saja.raya cina tahun ni,gua dapat dekat 20kotak limau.diorang hantar dalam bilik gua.sekotak gua bawak balik rumah,yang lain gua bahagi-bahagikan antara staff gua.

jadi gua nak ucap kat semua...

'happy chinese new year'

gua masih konpius..'gong xi fa chai' atau 'kong hey fat choi'..

Tuesday, February 1, 2011

hati gundah gulana

sejak petang semalam hati gua tak tenteram.resah.dan sedikit kecewa.ia membawa ke malam dan sampai sekarang.hati gua tak boleh nak tenang.otak gua ligat berpikir.macam-macam gua pikir.gua perlukan sesuatu untuk dibaca.jadi tadi gua terjumpa satu cerita.gua nak kopipes kat sini.

A little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter:
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said:
"No, Dad. You hold my hand."
"What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's a big difference," replied the little girl.
"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours...