Saturday, February 19, 2011

marah dan gaduh




















gua memang tak pandai gaduh.seingat gua,dalam hidup cuma dua kali saja gua gaduh.first fight gua masa darjah tiga.gua gaduh sebab ada sorang budak kelas gua menconteng papan hitam masa gua tengah padam.fight kedua gua masa kerja.gaduh dengan kontraktor.sebab gua tak puas hati dengan pekerja dia.gua tegur,dia tak puas hati.kata gua kerek,marah-marah gua.tapi gua buat muka rilek dengar je dia bising-bising.abes dia marah-marah,gua teros blah.

sebenarnya marah-marah dan gaduh ni benda paling buang masa bagi gua.orang yang suka marah dan gaduh ni selalu jenis ego tinggi.dan suka percaya dia tak bersalah.kalo lawan bercakap,memang macam-macam keluar dari mulut dia.kadang-kadang cakap tak pakai otak pon.meroyan,semata-mata nak buktikan dia tak bersalah.macam gua gaduh dengan kontraktor tu.gua ada rekod pekerja dia tak datang.tapi dia tetap tak mengaku.gua bukan jenis macam tu.gua memang tak pandai bergaduh mulut.

gua lebih percaya kepada perkataan 'maaf' atau 'sori'.bagi gua,ini la perkataan paling berkuasa dalam hidup kita.cuba korang bayangkan,kita gaduh atau marah dekat seseorang.orang tu mungkin tak bersalah.tapi dah ditakdirkan salah sorang pendek umur.sampai tak sempat nak mintak maaf macam mana? tak kan nak mintak maaf dekat kubur pulak.ye dok? bahaya sebenarnya perangai macam ni.marah dan gaduh kerana ditindas tak apa,tapi selain dari itu memang salah mengikut perangai syaitan.

nabi pon suruh kita elak jadi seorang yang pemarah.rasa gua ada dalm satu hadis sahih,yang mengatakan ada seorang lelaki ni datang mintak wasiat dari rasul.dijawabnya jangan jadi seorang pemarah.jadi,kepada yang kuat marah,kuat gaduh tu berubah la.jangan keraskan hati tu.cuba lembutkan,bersihkan dengan amal ibadah.cuma cara tu saja yang boleh menambah kesabaran dalam jiwa kita.

omputeh ada cakap.gua tak ingat sapa.lebih kurang macam ni bunyi dia.'for every minute you angry,you lose sixty seconds of happiness'

gua tulis macam gini sebab gua tengok ramai sangat orang suka marah-marah dan gaduh

No comments:

Post a Comment