Monday, February 21, 2011

surat kepada tv3

















dulu 5-6 tahun lepas gua memang suka tengok berita tv3.terutama sekali buletin utama.sebabnya berita dia tak nampak lemau macam berita rtm.cara penyampaian serta set pon nampak ceria.berita pon sedap,dan paham je bila tengok.takde la nampak macam jenis menyampaikan propaganda kerajaan.siapa tak ingat macam mana karam singh walia boleh jadi pengaruh kepada hidup kita.

selain cerita,penyampaian,serta jenis berita yang ditunjuk menarik,buletin utama jugak ada segmen untuk aduan rakyat.in fact,sekarang jugak ada.memang bagus,yela mana ada syarikat atau pihak-pihak tertentu nak laporan buruk tentang mereka ditunjuk di national tivi.

tapi itu semua dulu.

sekarang,gua menyampah tengok buletin utama.makin hari gua makin tak dapat nak beza antara buletin utama dengan berita rtm.gua ni bukan seorang partisan.gua bukan geng gerombolan ameno,dan bukan jugak geng serban pkr.gua tak baca utusan online atau harakah daily on daily basis.gua cuma baca tukartiub sebab kelakar.gua neutral.tapi bila tengok berita tv3 gua jadi mual.kadang-kadang gua rasa penyampai tu macam baca surat khabar utusan kuat-kuat untuk orang dengar.kenapa teruk sangat? setiap hari sama saja.berita kerjaan buat benda-benda tak faedah.lambung-lambung benda yang menteri-menteri buat.berita bik mama.pastu kutuk-kutuk geng pakatan.wadehel.gua tak buleh la tengok berita macam ni.

tapi paling gua benci dengan berita tv3 terutama buletin utama ialah sekarang ni setiap hari mesti ada berita buruk tentang penang dan selangor.hari-hari mesti ada yang tak puas hati dengan kerajaan negeri penang dan selangor.setiap kali keluar berita macam ni,mesti akan ada wakil dari ameno/mca/mic.kalau kat penang,mesti yang keluar naina merican tu.kalo hari ni keluar masalah kat penang,esok mesti selangor.ade je.macam semalam,kes ape ntah kat flat selangor.dikumpul 6-7 orang,tulis apa-apa atas manila kad.buat tunjuk perasaan.malam ni kes lain pulak.tolong la,gua duduk kedah,tapi gua orang penang.balik penang gua tengok takde pon orang kecoh-kecoh pasal kerajaan negeri.sama je macam bn perintah dulu.yang tak abes-abes nak tunjuk penang dengan selangor ni sangat bermasalah kenapa? kelantan dan kedah takde pon nak masuk setiap hari.negeri lain yang bawah gerombolan ada jugak masalah.tak percaya? tu ha kat arau,jalan raya tak siap-siap lagi since gua datang kokdiang.tak pernah pon masuk buletin utama gua rasa.

sebab tu la gua dah tak tengok sangat buletin utama.kot nak tengok pon,gua tengok berita sukan je.itu pon gua tak puas hati sebab berita bola selalu tunjuk liga mana-mana entah.gua tulis ni iklas,dari hati seorang yang bukan ada kepentingan politik bukan ada masuk mana-mana parti.gua cuma seorang rakyat yang mahukan berita yang adil dan menceritakan benda benar kepada rakyat marhein dekat malaysia ni.

No comments:

Post a Comment