Wednesday, June 30, 2010

half time

hari ini 30 jun 2010,bermakna dah separuh tahun 2010 berlalu.kalau nak disamakan dengan bola sepak,ini bermakna separuh masa pertama sudah abes.waktu rehat untuk pemain dan manager,untuk menyusun semula strategi dan menaikan semula semangat.macam kat kilang gua,arini sebok dengan 'stok take' pertengahan tahun.semua benda perlu dikira berapa yang tinggal.tengah gua golek-golek dalam surau (musim bola,gua banyak tido dalam surau waktu rehat),terpikir benda-benda yang gua dah buat sepanjang 2010.

tak banyak benda menarik yang berlaku sepanjang 2010 bagi gua.yang paling menarik gua rasa bila gua dapat bonus bulan empat lepas.sepanjang hidup gua,tak pernah gua dapat duit seketul banyak tu.gua bersyukur kepada tuhan.tapi benda yang lain-lain,gua rasa biasa je.gua rasa hidup macam bosan,setiap hari buat benda sama.same old,same old.pagi bangun,pegi kerja,balik kerja,tengok tv pastu tido.esok sambung buat benda sama jugak.duduk kokdiang,tak banyak benda yang gua buleh buat.wayang takde,kedai makan best-best takde.sebab tu,setiap kali balik kepala batas gua entertain diri sendiri.pegi tengok wayang sorang-sorang macam loser,beli makanan yang sedap-sedap,balik rumah.gua jadi hepi.

masuk second half 2010,maknanya usia gua naik lagi setahun.hidup gua dah suku abad bulan 12 ni.umur macam gini gua kena pikir untuk naik lagi satu 'step of life' iaitu kawen.member-member gua dah ramai dah berkelamin.tahun depan semua dah ambik gilir.tak buleh jadi,gua kena berusaha.jadi kelmarin gua suruh makwe sweet buat satu benda,pegi tanya kos member gua yang baru kawen itu hari.malam tadi makwe sweet terang satu-satu "hantaran 10k,baju 3k,khemah 780,yada,yada...semua sekali busuk-busuk rm30k"...."gulp" gua telan air liur banyak sekaligus...sambil memandang diluar jendela.....tak buleh jadi,gua kena buat macam gua plan itu hari.getus hati nurani gua...

Tuesday, June 29, 2010

kambing hitam

tahun 1998..david beckham



tahun 2006..cristiano ronaldo



tahun 2010..wayne rooney



macam ni lah england setiap kali world cup.setiap kali gagal mesti cari kambing hitam.masuk tahun ni dah tiga kali england telah mengkambing hitamkan pemain man utd.disebabkan inilah gua memang tak suka dengan england.padahal game lawan jerman,memang england outclass dan outplay oleh pasukan lawan.salahkan gol tak dikira? tapi apa jadi dengan dua gol oleh thomas 'miss' muller.pertahanan england memang hancur sepanjang piala dunia.

tapi gua paling tak suka bila rooney di kambing hitamkan.semua surat khabar hentam rooney.diorang sepatut tahu,england bukan man utd.man utd bukan england.cara main,disiplin,taktikal memang tak sama.tapi bagi gua,jerman main memang macam man utd.gol counter attack muller mengigatkan gol rooney ketika lawan arsenal.kalau rooney main untuk jerman gua rasa dia buleh sukses.ini tidak,main dengan england nak dapat bola pon susah.kalau lawan korea pon gua rasa england tak kan menang.

abes dengan england,sabtu ni jerman lawan argentina.game yang terlalu awal gua rasa,sepatutnya game macam ni bila separuh akhir,baru sedap.dua-dua team feveret gua,tak kisah siapa yang menang.tapi hati gua ada soft spot untuk jerman.tak sabar gua nak tunggu hari sabtu..


maksud eh "unshakable,determine to fight,certain of victory!"

*gua sekarang suka tengok poster nazi.memberahikan semangat hahaha




Thursday, June 24, 2010

malaysia dan judi

sekarang ni musim bola,jugak musim judi di seluruh malaysia.hari-hari tengok dekat berita tv dan akhbar tentang pembongkaran dan penyelesaian kes judi bola sepak.setiap hari ada je bookie atau tauke yang kena tangkap kerana judi haram.ya,dekat malaysia ada judi haram dan ada judi halal.tapi kenapa bila musim piala dunia je baru kecoh-kecoh nak tangkap? kalau bukan musim tak ada pon operasi yang membanteras judi ni.

sebenarnya judi ni dah sebati dengan orang malaysia.sejak kecil kanak-kanak didedahkan dengan judi.tak percaya? korang pernah dak beli jajan plastik kaler hitam,dalam ada keropok kaler kuning pastu ada kad kecik.bukak kad kecik tu ada tulis menang apa atau tak dapat apa-apa.kadang-kadang hadiah yang nak menang tu tak logik langsung dengan tikam cuma 20sen.tapi, itulah ketagihan kanak-kanak zaman gua dulu.gua masih ingat,hadiah paling besar gua pernah menang ialah RM2.gua tikam masa bulan puasa.takut rasa berdosa,gua guna duit tu beli mercun.sebab dah sebati dari kecik,sebab tu la terbawak-bawak bila besar.

sebab tu la ramai orang malaysia suka dengan judi.sebab sejak kanak-kanak otak dah dididik dengan judi.kadang-kadang benda nampak senang dan kecil,tapi sebenarnya dari benda kecil tu yang membentuk masyarakat sekarang ni.kalau kita tengok suratkhabar pon ada buat judi.contoh,teka bola dalam satu surat khabar melayu.kumpul gambar,kemudian teka bola tu sepatutnya ada dekat mana.dengan teka kalau betul buleh menang duit ribu-ribu.bukan ke itu satu judi jugak? tapi tak pulak kena serbu oleh polis.sebab itu la tadi gua ada bagitau,dekat malaysia ada judi halal dan haram.satu contoh judi halal,yang dalam surat khabar la.

jadi tak payah la polis nak kalut-kalut banteras judi bola sepak world cup.sebab masa bukan musim bola,banyak lagi judi-judi yang tak dibanteras.epl,la liga pon gua rasa diorang dok main bet.tapi gua pikir polis ni mungkin nak tolong diorang cover balik silap bagi lesen judi itu hari.tak pon,pak menteri baru perasan judi tu haram..

Wednesday, June 23, 2010

gambar kelakar



apakah makcik baju putih di belakang itu sedang buat?
a) betulkan spender
b) garu kurap
c) cari duit syiling
d) tengah istinjak pakai pasir

kihkihkih...celaka,gambar ni buat gua gelak satu hari...

Tuesday, June 22, 2010

sebab kerajaan nak hapus UPSR dan PMR

korang semua tau tak kenapa kerajaan nak mansuh UPSR dan PMR?

15 Things You Should Know About Breasts
Via: Online Schools


Belajar kat internet lagi best dow.dulu cekgu biologi gua malu-malu nak ajar.hahaha...

Monday, June 21, 2010

penjara pudu

sekarang ini sedang kecoh diperkatakan tentang bangunan dan tempat kerajaan nak runtuh dan bangunkan.antaranya penjara pudu,parlimen dan kampung baru.penjara pudu kalau tak silap dinding akan mula diruntuhkan hari ini.perkara-perkara sebegini buat gua tak paham dengan kerajagaan malaysia.kenapa tempat yang mempunyai nilai sejarah sanggup digadaikan untuk mengisi poket cukong-cukong yang hanya melihat kepada untung tidak kepada nilai sejarah.kenapa langsung tiada sensitiviti dalam diri menteri berkenaan?

perkara begini dah bermula lama.masa gua belajar UM,kawasan rumah sewa gua pon dah mula dibangunkan.tempat asal yang dinamakan kampung kerinchi dah ditukar nama jadi Bangsar South.kool la konon bila dengar nama cam gitu? tengok bagaimana perlahan-lahan elemen-elemen melayu mula hilang di kuala lumpur.apa salahnya nama kampung kerinchi? terlalu taksub untuk kelihatan maju,semua nak bagi nampak urban,nampak mcam mat saleh,sampai nama kampung pon tergadai.inilah realiti kuala lumpur sekarang.sepatutnya kerajaan perlu beterima kasih dengan adanya kawasan seperti kampung kerinchi,kampung baru,pantai dalam dan lain-lain.sebab disini lah golongan marhein yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan dapat hidup secara aman dan dengan kos yang agak berpatutan.walaupon blok-blok penempatan nampak buruk tapi,orang-orang disitu la yang mencorak kan kehidupan malaysia di kota.tidak di bangsar atau hartamas,ini kerana daerah tersebut merupakan daerah yang orangnya mengada-ngada,plastik dan penuh tipu durja.

selain kawasan penempatan,kerajaan juga mahu mengubah bangunan-bangunan di malaysia.paling heboh sekarang ini ialah bangunan parlimen dan penjara pudu.kalau kita tengok negara-negara eropah,mereka selagi boleh,akan menggunakan bangunan tersebut sehingga rosak teruk.tapi tidak di malaysia.gua baca dalam suratkhabar ramai ahli sejarah tidak setuju bangunan parlimen ditukar.bagi ahli sejarah mereka memandang bangunan itu sebagai simbol kepada malaysia sehingga masa depan.tetapi tidak bagi yang nampak bangunan sebagai sumber untuk mendapat duit poket jika dibuat baru.itu yang telah terjadi kepada penjara pudu hari ini.ya,walaupon penjara bukan tempat atau bangunan yang memberi simbol baik,tetapi ia tetap sebahagian daripada sejarah malaysia.dulu masa kecik,betapa excited gua nak tengok mural terpanjang dekat dinding penjara pudu.tapi nanti bila gua ada anak,gua dah tak buleh nak tunjuk apa-apa kat anak gua.setakat tunjuk klcc takde maknanye.

sebab tu la,kita kena simpan benda-benda sejarah begini.memang nampak buruk,tapi kalau dijaga,dipelihara ia akan jadi tarikan.macam penang,ya macam penang.penuh dengan bangunan lama.kadang-kadang buleh rasa macam dalam fairytale town.sebab terlalu banyak bangunan lama.

Sunday, June 20, 2010

mamak

piala dunia kali ni paling pelik.sebab tv tak berbayar tak tunjuk live game.kalau ada pon rtm.itu pon bukan semua game diorang ambik.game yang diorang ambik pon,game yang tak berapa nak sedap.kalau 2006,gua ingat lagi game gilir-gilir antara rtm dan tv3.tapi 2010 takde dah.lagi gua kesian,berita sukan tv3 pon cerita world cup tunjuk gambar je,highlight pon tak beli.apa punya kedekut la stesen tv.promote bagai nak rak,tapi game live tak ambik pon.

hujung minggu aritu gua balik kepala batas.sebabkan rumah mak bapak takde astro,gua terpaksa layan bola dekat mamak.sejak gua kerja,ini la kali pertama budaya lepak mamak sambil tengok bola hidup balik dalam aktiviti hidup gua.sebenarnya,budaya ni ada dalam hidup gua bermula masa gua kat asasi UM.yang introduce kat gua budaya ni ialah member gua nama batek.gua masih ingat,first time lepak masa game epl man utd lawan newcastle.game debut untuk cristiano ronaldo masa tu.kami berdua lepak dekat mamak kat bangsar.batek cakap,"duduk kl,tengok bola kat mamak ramai-ramai.baru bujang.ada stail".gua yang baru nak kenal hidup kolumpo masa tu teros setuju,tambah-tambah kiri kanan gua penuh dengan lelaki yang datang lepak dengan awek-awek pakai hot pants.

bila sambung belajar,gua duduk rumah sewa.kitaorang ada astro,jadi budaya lepak mamak gua terhenti balik.tapi kadang-kadang terpaksa lepak jugak,sebab bil astro yang tak dibayar.final world cup 2006,kami satu rumah tengok kat kedai makan simpang tiga bukit angkasa,kerinchi.tapi bila hidup kat kl,jenis hidup duit tak berapa banyak,makan kat mamak tempat paling murah.cuba bayang nak makan malam dekat kerinchi,kalau pegi kedai sup makan nasi goreng sama air dah RM5 lebih.tapi kalo pegi mamak,roti canai dua dengan air baru RM3.kalau megi goreng pon sepinggan baru RM2.50

bila kita tengok balik,kat mana-mana sekarang ni mesti ada kedai mamak.dengan modal skrin besar dan lcd,mamak membuatkan orang yang tak mampu langgan astro tengok bola.meja dibuka di tempat parking,walaupon makan kat tempat gelap mamak tetap jadi tempat paling sedap nak tengok bola selepas rumah sendiri.

Thursday, June 17, 2010

random 2

balik kelantan ahad aritu gua demam terok.on the way balik,gua terketar-ketar dalam innova.virus kelantan apa yang masuk gua tak tau.dekat mana gua kutip pon tak tau,wakaf cek yeh ke atau pasar khadijah.bila jumpa doktor,dia cakap ada tanda-tanda H1N1.doktor pon satu,bagi ubat ntah ape-ape.paling gua rasa tertipu ubat batuk yang dia kasi.langsung takde kick.gua telan dua sudu pon tak ngantok.ntah-ntah ubat dia bancuh sendiri.dua hari gua tertiarap atas tilam depan tv.doktor pulak bagi 2hari mc.yeah,mc di musim world cup memang macam orang ngantok disorongkan bantal.buleh kata semua game gua tengok.

semalam baru gua dapat kerja balik.itupon kena pegi hq sebab ada presentation projek.grup gua sepatutnya kena hari ni tapi sebab semalam ada masa lebih,gua mintak nak present.nak bagi lapang otak sikit.standard,dah mc 2hari,prepare ape pon idak,result dia present lebih masa gua tersemput-semput nak cakap dengan batuk.tapi gua rela tadah telinga,janji beban dah lepas.gua pon sebenarnya buat projek tu bukan untuk menang.tapi motif gua nak tunjuk macam mana bila kesilapan design,dan bila tender ada kesilapan kecil boleh memberi kesan kepada operasi dan pekerja kilang gua.sebab tu semalam panel dalaman ada puji grup gua tentang benda yang gua nak sampaikan.dan gua tersenyum puas bila orang nampak apa yang kita nak tunjuk dan bukan nampak apa yang kita nak show off.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

pusingan pertama first game kumpulan baru abes malam tadi,dengan pasukan primadona spain kalah dengan tali barut german hahaha.gua puas hati, bukan apa bila tengok sportcenter semua pundit puji melangit spain ni.sampai kata german tak kan lepas dengan spain.fakap la,tengok team mana yang maen paling sedap? gua rasa spain dengan korea utara pon belom tentu dapat menang.gua mintak-mintak la sultan bola tengok game brazil-korea utara.tak silap gua cuma 3orang je player yang main liga luar dari korea,tapi macam mana diorang main? tak tau la,mungkin diorang main untuk nyawa,atau pon mungkin player tu sebenarnya player klon dari semua player kat dunia, korea utara tetap misteri.

tapi gua rasa world cup kali ni tak brape best.game bising dengan bunyi bingit vuvuzela dan banyak sangat game seri.yang lagi gua tak paham bila banyak yang kritik bola jabulani.kata keeper susah nak tangkap.tapi bukan ke itu bagus,lagi banyak gola.tapi yang gua baca,team atau palyer yang kritik cuma yang bukan disponsor oleh adidas.gua syak ini mungkin taktik nak ambil alih sponsor...bila tak gol lu bising,tapi bila gol tak kritik pon.tapi kalo dah macam robert green tu tak kan nak salah bola jugak kot..

Thursday, June 10, 2010

harapkan pagar,pagar makan padi



gambar atas tunjuk aset atau inventori yang hilang daripada pihak polis sejak 2001.menurut menteri yang bertanggungjawab terhadap polis,senjata dan kenderaan merupakan dua kategori logistik PDRM yang sering berhadapan dengan masalah kehilangan.

gua tak terkejut dengan berita macam gini,sebab enjin jet yang besar pon boleh hilang,tak kan revolver yang sebesar tapak tangan tak boleh hilang kat malaysia ni.tapi bila berita macam ni keluar rakyat malaysia perlu risau.bila polis yang sepatutnya menolong rakyat membanteras kejadian curi,rompak dan samun tetapi dalam polis sendiri pon ada kecurian.lagi menakutkan,senjata yang dicuri jatuh ke tangan siapa? samseng? mafia? mob? senjata yang dibeli dengan duit rakyat (taxpayer money) akhirnya menembak rakyat semula.kesian betul rakyat malaysia.

dari tadi gua cuba buat simulasi macam mana pistol polis boleh hilang.mula-mula pistol tu disimpan di gudang atau kat mana-mana depot.katakan sarjan A (bukan A Galak) nak pakai pistol.arahan dikeluarkan oleh superior dia,untuk ambik pistol kat depot A.bila dekat depot A,sarjan A bagi surat arahan dan pihak depot akan keluar pistol.gua tak pernah godek pistol polis,jadi gua bayangkan pistol ada nombor siri masing-masing.pihak depot akan listkan pistol revolver,nombor siri AE39839IL,dan nama penerima.ini secara basic jela.lepas dapat pistol,sarjan A pergi buat ronda kawasan naik moto.pistol baru mesti kena show off.dah ronda separuh hari sarjan A lapar dan dahaga sebab hari panas terik.Sarjan A pon singgah la mapley untuk pekena sepinggan dua nasi.lepas dapat port baik,dengan ray ban masih melekat di mata anne dipanggil untuk ambik order.masa makan dia letak pistol atas meja.bagi nampak garang bila budak-budak tengok.tapi sarjan A cuai,masa basuh tangan lepas makan nasi kandar,pistol baru tadi dibiarkan atas meja.balik dari basuh tangan,pistol dah hilang kena curi.

sarjan A buleh buat dua benda,sama ada buat report atau terus tak balik kerja sebab takut superior marah.kalau dia buat report dengan jujur,dia buleh didakwa akibat cuai.atau kalau dia tak report,semasa stok take polis buleh detect pistol hilang dan siapa bagi hilang.jadi polis buleh tangkap dan bawa ke muka pengadilan.

yang gua buat simulasi ini sebab,walaupon hilang tapi kenapa tak ada seorang pon yang kena dakwa? takkan pistol hilang sebab tikus makan? atau hilang sebab ada toyol datang masuk depot.tahyul gila kalau polis pikir cam gitu.ada csi pon takkan la polis tak buleh nak detect pencuri.oh ya,kalo ikut menteri tu lagi sampai hari ni cuma 4 semi auto dan 24 revolvers je yang berjaya dijumpai.

ok,dulu gua kadet polis.gua masuk pon bukan sebab apa,sebab kadet polis selalu dapat pegi keluar training kawat dengan sekolah-sekolah lain.time training buleh la nak riki-riki budak convent green lane,tak pon budak sri mutiara.sangap punya pasal sekolah lelaki,ada je jalan nak tengok pompuan.gua masih ingat dengan cakap seorang polis yang mengajar kitaorang kawat, kata dia "korang tau tak kenapa perkataan polis mula dengan huruf P? sebab buleh jadi macam-macam Pencuri,Perogol,Penyangak dan macam-macam lagi". buleh percaya jugak dak?

berita gu petik kat sini

Monday, June 7, 2010

world cup

piala dunia datang lagi tahun ini.untuk lebih tepat,minggu ini piala dunia secara rasminya akan berlangsung.bagi gua,piala dunia bagaikan virus yang untuk semua umat manusia.semua orang akan ditimpa virus bila piala dunia berlangsung.yang tak pernah tengok bola,yang langsung tak tau pasal bola sepak pon tiba-tiba mula sibuk cerita pasal bola.awek-awek yang tak kenal Ricardo Izecson dos Santos Leit pon tetiba bubuh nama kaka dekat hujung nickname facebook (semalam gua dengar hot.fm ada dj pompuan ni bubuh nama kaka hujung nickname dia).tapi pedulikan,bagi gua cuma sukan dapat menyatupadukan semua manusia.tak percaya? tengok apa jadi kepada afrika selatan masa piala dunia ragbi 1995? agama pon belum tentu dapat satukan sesuatu umat.jadi marilah kita semua meraikan fiesta yang cuma datang sekali setiap empat tahun.

semalam bila gua tengok berita sukan tv3,ada ditemuramah pemain-pemain bola malaysia tentang pasukan pilihan.kembar 2 orang yang lagi banyak berita di urtv daripada segmen sukan suratkhabar tu pilih brazil,sorang lagi yang gua langsung tak kenal pilih spain.gua dah agak jawapan diorang.orang malaysia memang berfikiran standard, suka sangat benda-benda popular.gua percaya,ramai orang malaysia pilih brazil sebab diorang menang lima kali.yang pilih england pon ramai,sebab setiap minggu tengok epl.tak pon beranggapan salah,'gua sokong chelsea,jadi gua kena sokong england sebab ada fat lampard dan cashley cole".yang pilih spain pulak,sebab dulu suka ronaldo,sekarang ronaldo main la liga,automatik suka s
pain.walaupon ronaldo tu main untuk portugal.tambah pulak spain baru menang euro 2008.semua itu sangat 'malaysia'.

tapi gua bukan macam orang lain.walaupon gua peminat separuh mati man utd,gua langsung tak sokong england.kenapa? sebagai seorang pengikut
republik of mancunia,sememangnya semangat united>england sangat tinggi.ini kerana,setiap minggu semasa perlawanan liga,penyokong lawan akan memanggil rooney sebagai 'ogre' atau'fat bastard'.semasa sambutan memperingati munich 1958,penyokong pasukan lain akan boo upacara tersebut.jadi kenapa perlu bersama hipokrit untuk menyokong england? brazil pulak bagi gua,terlalu sempurna untuk setiap edisi piala dunia.gua percaya ramai yang lebih suka tengok game brazil kalah daripada tengok mereka menang.spain pulak, terlalu diva sangat selepas menang euro 2008.



pasukan pilihan gua tak lain tak bukan die nationalmannschaft, Germany.iya,jerman adalah dimana bola sepak dimainkan secara ikhlas dan jujur.jika epl berdasarkan untung dan rugi,la liga yang penuh dengan primadona dan galaticos,serie A penuh dengan skandal.tetapi tidak di bundesliga.bola sepak jerman lebih kepada sukan untuk rakyat.harga tiket bola sepak jerman adalah yang termurah,dan walaupon semua perlawanan disiarkan secara langsung,stadium sentiasa penuh.ikatan antara pemain dan penyokong sangat kuat,sebab itu kalau selepas setiap perlawanan para pemain akan melakukan gerakan HUMBA,sebagai menghargai sokongan penyokong. disebabkan kejujuran dan keikhlasan bola sepak inilah,jerman dikurniakan begitu ramai pemain-pemain yang boleh mewakili pasukan kebangsaan.tengok saja barisan penyerang,kem england terkial-kial mencari partner untuk rooney,tapi jerman selamba boleh ada enam orang penyerang.banyak lagi yang buleh dicerita pasal pasukan jerman.gua pon ada second team,argentina.world cup yang lepas gua letak argentina first team,germany second.tapi tahun ni team les albicetes gua musykil sket.team lain kalut-kalut buat friendly,diorang satu pon tak buat.entah-entah diorang tengah khusyuk buat usrah dengan tabligh-tabligh maradonista.

Steht auf, wenn ihr deutsche seid...Steht auf, wenn ihr deutsche seid.....







Thursday, June 3, 2010

cuti sekolah datang lagi

perghh,tajuk gua macam entry cekgu-cekgu sekolah pulak dah.gua bukan apa,cuti sekolah mula esok kat kedah ni.bila cuti sekolah mula,maknanya musim kawin pon datang.bila musim kawin datang,makna minggu gua makan free pon datang.dulu gua dah cerita,salah satu tanggungjawab kompeni gua,mesti pegi kenduri-kenduri pelanggan.walaupon tak pernah kenal.

cuti sekolah ni jugak member gua ramai yang kawen.tak silap ada la dalam 5-6 orang yang kawin cuti sekolah ni.standard la bila dah masuk umur-umur macam gua sekarang.semua dah mula pakat-pakat cari pasangan hidup mati.jadi,bila gua pegi mana-mana kenduri atau lepak dengan member-member soalan yang wajib ialah "bila nak lu nak kawen?".setiap kali kena tanya gua pon selalu jawab "ilek lu,gua nak seronok-seronok hidup bujang dulu".kawan-sekerja-gua-yang-kawen awal ada pesan "masa bujang ni la lu patut seronok-seronok,beli barang-barang lu nak dengan gaji semua.nanti dah kawen ada anak,nak beli baju sendiri pon susah"..

nak kawen bukan senang,masalah paling besar tentu pasal financial.lu ingat modal nak kawen sikit ke? kawan-sekerja-gua-yang-kawen-awal pernah kata,"lu kalau takde 15ribu dalam bank jangan berangan la nak kawen".itu baru nak kawen,pasca kawen pulak macam mana? nak cari rumah sewa,deposit,barang-barang rumah dah ribu-ribu.tak kan lepas kawen nak duduk rumah mak bapak kot.line tak clear la nak jimba-jimba kat ruang tamu.

kadang-kadang gua terpikir,kawen ni dah jadi macam satu trend pulak.bila tengok kawan-kawan kawen,dia pulak suka-suka nak kawen.kawen dah tak jadi satu ibadah.ya,kawen itu satu ibadah.sebab tu dia ada hukum wajib,haram macam solat jugak.kenapa gua cakap kawen satu trend? dari cerita-cerita yang gua dengar,setengah orang sanggup buat loan bank untuk kawen.kenapa perlu buat loan bank? walaupon cuma pinjam 5ribu.kalau masih tak mampu,sabar la sikit.tunggu la cukup duit baru kawen.dah la tu,masing-masing berlumba-lumba untuk buat majlis yang besar-besar.ada itu ini,konon lain dari yang lain.sesetengah kenduri kawen yang gua pegi,banyak sangat pembaziran.bagi bunga telor,tapi telor tu orang tak makan pon.haisshh..

jadi,gua selalu terbayang gaya kawen yang menjimatkan.tapi tak pernah pon gua dengar ada orang buat.korang nak tiru buleh la.gua tak ambik caj pon.mula-mula tarikh kawen buat dalam bulan ramadhan.ya,bulan di mana semua orang berpuasa.lu tak gaduh-gaduh nak tumbang lembu buat kenduri bagai.sebab orang tak makan.abes kuat pon kalau nak buat kenduri,lu buat la morey kat masjid lepas sembahyang terawih.menu pon simple,beli murtabak dekat param sorang seketul.kad jemputan pulak,lu buat macam name card.depan tulis nama dan tarikh,belakang letak la peta.gua rasa dalam 2-3ribu pon lepas modal.cuma satu la gua nak pesan,bunga telor jangan la buat pakai telor ayam.pakai telor masin,sedap jugak makan masa berbuka puasa.iye dak? kihkihkih...

Wednesday, June 2, 2010

smile...



"You make me smile like a sun, Fall outta bed
Sing like a bird, Dizzy in my head
Spin like a record, Crazy on a Sunday night
You make me dance like fool, Forget how to breathe
Shine like gold, Buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Oh, you make me smile"-uncle cracker


sekarang baru gua tau kenapa gua suka beraksi gila bila jalan-jalan dengan femly atau dengan makwe sweet.sweet kan? kihkihkih...

Tuesday, June 1, 2010

huh,pantang ditegur sikit

ok,hari ini keputusan exam SPA keluar.walaupon dalam surat kata keputusan keluar 17/05/2010, tapi baru hari ni buleh check.gua tak tau la orang SPA ni kerja macam mana.jauh benar lari tarikh nya.itu kalo kerja dengan kompeni besar,mampos kena pecat.kecewa dengan perangai SPA,hari ni gua check.berjaya mencapai jangkaan awal,gua gagal.mak aih,first time dalam hidup gua gagal exam.eh,eh second time.first time dulu exam lesen kereta.itu pon sebab jpj yang celaka.gua tengah nak gerak dari tengah bukit,tetibe jpj sorang ni panggil nama gua.kaki terlepas clutch,kereta gua mati.pundek betol,tak pasal-pasal gua kena bayar RM50 nak repeat test.

berbalik kepada exam SPA,gua memang syak tak lulus.gua tak percaya buleh lulus sebab jawapan dalam soalan esei bahasa melayu gua.dalam jawapan,gua selambe hentam kerajaan.mari kita tengok balik apa yang gua jawab.soalan dia lebih kurang gini,"macam mana Malaysia hendak mengurangkan kebergantungan import barangan makanan dari luar".mula-mula tengok soalan gua dah rasa idea datang bertubi-tubi.gua cuma terpikir dua benda,gua nak jawab stail noh omar atau hishamuddin rais.gua konpius,gua pilih jadi kedua-duanya.

isi pertama esei gua ialah kerajaan langsung tak menjaga kawasan pertanian.gua cakap benda betul.tak percaya korang datang tengok kat kedah ni.macam mana tanah bendang banyak dibiarkan ditambun untuk buat TESCO,buat taman-taman perumahan,buat projek-projek tak faedah.jadi macam mana nak bagi produktiviti lebih? benda simple je untuk dipikir,bukan rocket
science pon.isi kedua yang gua bagi,kerajaan tak peka kehendak penduduk.korang tengok bila hari raya,sebelah utara buat ketupat palas guna beras pulut.kuih muih yang mengisi tembolok kita semua banyak guna pulut.tapi ada kerajaan suruh petani tanam padi pulut? kalau ada pon,terlalu sikit di terengganu berbanding permintaan pengguna.kerajaan tak nampak ke semua tu.dahla tanah pertanian makin sikit,variasi pon tak ada.jadi macam mana nak kurangkan import? pastu gua hentam lagi kerajaan cuma lebih banyak buka tanah untuk pembangunan berbanding pertanian.yada,yada...

makin lama tulis makin sedap gua hentam kerajaan.gua langsung tak jadi noh omar,yang pasti akan memuja setiap langkah-langkah kerajaan.tapi bagi gua,apa yang gua tulis tu betul.sebab gua sendiri berada dalam industri makanan malaysia.dah hampir tiga muka surat gua goreng ayat baru gua sedar.gua patut puji kerajaan kalau nak kerja dengan gomen.sebagai balasan langsung tak meng'up' kan kerajaan gua gagal exam tersebut.jadi harini gua dapat satu pengajaran berguna.dem btol.tak dapat gua nak kerja dressing smart-smart masuk kerja pukul 8 pastu pekena teh sampai pukol 10...