Monday, June 21, 2010

penjara pudu

sekarang ini sedang kecoh diperkatakan tentang bangunan dan tempat kerajaan nak runtuh dan bangunkan.antaranya penjara pudu,parlimen dan kampung baru.penjara pudu kalau tak silap dinding akan mula diruntuhkan hari ini.perkara-perkara sebegini buat gua tak paham dengan kerajagaan malaysia.kenapa tempat yang mempunyai nilai sejarah sanggup digadaikan untuk mengisi poket cukong-cukong yang hanya melihat kepada untung tidak kepada nilai sejarah.kenapa langsung tiada sensitiviti dalam diri menteri berkenaan?

perkara begini dah bermula lama.masa gua belajar UM,kawasan rumah sewa gua pon dah mula dibangunkan.tempat asal yang dinamakan kampung kerinchi dah ditukar nama jadi Bangsar South.kool la konon bila dengar nama cam gitu? tengok bagaimana perlahan-lahan elemen-elemen melayu mula hilang di kuala lumpur.apa salahnya nama kampung kerinchi? terlalu taksub untuk kelihatan maju,semua nak bagi nampak urban,nampak mcam mat saleh,sampai nama kampung pon tergadai.inilah realiti kuala lumpur sekarang.sepatutnya kerajaan perlu beterima kasih dengan adanya kawasan seperti kampung kerinchi,kampung baru,pantai dalam dan lain-lain.sebab disini lah golongan marhein yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan dapat hidup secara aman dan dengan kos yang agak berpatutan.walaupon blok-blok penempatan nampak buruk tapi,orang-orang disitu la yang mencorak kan kehidupan malaysia di kota.tidak di bangsar atau hartamas,ini kerana daerah tersebut merupakan daerah yang orangnya mengada-ngada,plastik dan penuh tipu durja.

selain kawasan penempatan,kerajaan juga mahu mengubah bangunan-bangunan di malaysia.paling heboh sekarang ini ialah bangunan parlimen dan penjara pudu.kalau kita tengok negara-negara eropah,mereka selagi boleh,akan menggunakan bangunan tersebut sehingga rosak teruk.tapi tidak di malaysia.gua baca dalam suratkhabar ramai ahli sejarah tidak setuju bangunan parlimen ditukar.bagi ahli sejarah mereka memandang bangunan itu sebagai simbol kepada malaysia sehingga masa depan.tetapi tidak bagi yang nampak bangunan sebagai sumber untuk mendapat duit poket jika dibuat baru.itu yang telah terjadi kepada penjara pudu hari ini.ya,walaupon penjara bukan tempat atau bangunan yang memberi simbol baik,tetapi ia tetap sebahagian daripada sejarah malaysia.dulu masa kecik,betapa excited gua nak tengok mural terpanjang dekat dinding penjara pudu.tapi nanti bila gua ada anak,gua dah tak buleh nak tunjuk apa-apa kat anak gua.setakat tunjuk klcc takde maknanye.

sebab tu la,kita kena simpan benda-benda sejarah begini.memang nampak buruk,tapi kalau dijaga,dipelihara ia akan jadi tarikan.macam penang,ya macam penang.penuh dengan bangunan lama.kadang-kadang buleh rasa macam dalam fairytale town.sebab terlalu banyak bangunan lama.

No comments:

Post a Comment