Wednesday, April 17, 2013

GE 13 - Pandangan seorang non-partisan

untuk pilihanraya ini,aku akan memilih parti yang menghormati intelektual para rakyat sekalian.maksud aku,parti tersebut perlu bijak dalam menyampaikan manifesto atau janji-janji pembangunan yang akan dijalankan sekiranya berjaya menang.dan tolong la jangan ada gutter politic atau main race card.ini fitnah bersepah dan tak berasas pulak tu..

sebagai contoh,lihat bagaimana kedua-dua blok bn dan pr semasa membentangkan manifesto.walaupon pr menolak jemputan 10 minit siaran rakaman dan ditayangkan sekali je, tapi anda boleh cuba cari di youtube bagaimana mereka present manifesto.kalau bn,yang diberi siaran live selama hampir 2 jam di beberapa channel tengok bagaimana najib present.10 minit cerita tentang manifesto,bakinya penuh dengan hentaman kepada pr.beza dengan pr,lihat bagaimana mereka membawa bersama fakta,sumber kewangan dan bagaimana untuk memlaksanakan.walaupon tak semua manifesto yang mereka kisahkan itu aku setuju,tapi setidak-tidaknya mereka menghormati intelektual aku supaya kita boleh berfikir dan mencongak risiko janji-janji tersebut.

pada pandangan aku lah,sebenarnya seronok kalau duduk dalam negeri dalam pemerintahan pr ni.selain setiap malam dapat masuk buletin utama,setidak-tidaknya berbagai isu-isu yang remeh dapat diselesaikan.biasa anda semua dengar masalah rakyat perlis dalam buletin utama? hospital rembau yang baru rata tanah tu.kalau negeri sembilan tu bawah pr,silap-silap dah dua tahun hospital rembau tu siap.

jadi pada pandangan aku pilihanraya bagi yang atas pagar ni bukan untuk memenangkan parti.tapi untuk menghasilkan pembangkang yang kuat,baru kerajaan akan betol-betol buat kerja.dan lagi satu,kalau nak tukar kerajaan,jangan tunggu sampai 50 tahun lebih pulak nak tukar semula.bagi dalam 5 tahun tukar balik,kemudian tukar balik.benda-benda ni semua negara lain dah buat.malaysia je belom.radiohead ada pesan dalam lagu diorang 'bring down the government,they don't,they don't speak for us'....

selamat mengundi.

Wednesday, April 3, 2013

memiliki hartanah

terok jugak nak membeli hartanah ni ye.kena menjolok semua lubang yang ada.bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian kata orang.

"percayalah,kita cuma akan sesak dalam sepuluh tahun saja lepas ni.abes sepuluh tahun nanti,kita boleh bernafas semula" kata aku kepada isteri sambil mata membelek buku asb yang baki sudah tinggal empat digit.

tapi percayalah, membeli hartanah ni memberi kepuasan maksima berbanding membeli kereta sport atau superbike.