Thursday, April 29, 2010

gua terasa nak kawen

selepas kecewa tengok bola bayern lawan lyon, pagi tadi gua tengok jugak game inter lawan barcelona.walaupon gua tak suka bola itali,tapi gua tetap nak barcelona kalah.bagi gua barcelona sangat one-man-team dari dulu.gua puas bila barcelona terkeluar.standard la,bila asyik menang barcelona sangat susah terima kekalahan.

habis tengok bola,gua pekena tido.dua tiga kali golek kiri kanan gua terlelap.tengah tido,tiba-tiba satu mimpi datang.mula-mula gua nampak orang ramai pakai cantik-cantik.sekali gua nampak makwe sweet pakai stail orang nak kawen-kawen.siap sanggul ada letak apa benda ntah..tetibe masuk scene rumah gua pulak.gua nampak diri sendiri,tengah rilek-rilek pakai kain pelikat tak pakai baju sambil jinjit buah kelapa bawak pegi dapur.dekat dapur rumah,ramai betul orang.dari halaman depan rumah,gua dengar orang jerit "woi,diorang dah nak sampai".kelam kabut gua mandi-mandi pakai baju melayu sepasang siap sampin.hensem-hensem siap pakai semua,gua pegi ke depan rumah area ruang tamu..perghh,rupe-rupenya aritu gua nak bernikah.tok kadi ada tengah tunggu.ramai kat ruang tamu senyum-senyum kat gua,ade jugak yang tegur.gua jadi tak sabar,gua ke depan nak tengok kereta rombongan masuk dalam kawasan rumah.

"vroomm,vroomm" bunyi enjin kereta berenti.."tit,tit..tit,tit" bunyi alarm kereta dua tiga kali punya la kuat..gua ingat bunyi kereta dalam mimpi.rupanya kereta orang rumah sebelah buat gua terjaga.."celaka,gua tengah sedap-sedap mimpi nak bernikah..orang sebelah buat bising pulak" kata gua dalam hati.gua cepat-cepat sambung tido,tak nak bagi mimpi terputus.mana la tau,bley sambung sampai malam pertama kihkihkih..

jangkaan gua meleset,mimpi gua terputus sampai situ je.kecewa betol gua bila bangun.sampai sekarang gua asyik terpikir pasal mimpi tu.cuma satu yang gua heran dan konpius..
apa pasal gua bernikah kat rumah sendiri? bukan sepatutnya bernikah kat rumah sebelah pompuan ke?

gua kena cari penilik mimpi nih...

Wednesday, April 28, 2010

carut-carutan

dari pagi gua tulis entry,gua padam balik.tulis lagi,publish satu post pastu gua delete post.otak gua laen macam sikit ini hari.semua macam tak kena.kerja opis yang banyak,buat gua tak tau nak buat yang mana satu.malam tadi gua layan bola,tengah hari tadi gua tak dapat nak tido kat surau.kepala jadi pusing sejak pagi sebab tak cukup tido.

gua rasa nak mencarut-carut je hari ni.rasa macam pms pon ade.tak buleh nak mencarut dekat orang,gua pegi mencarut kat internet.gua bukak semua enjin carian internet,gua taip benda carut-carut, gua ketik search.hasilnya benda-benda porn memang banyak yang keluar.tapi,satu benda yang gua tertarik.gua bukak wikimapia,gua taip carut-carut.result yang gua dapat..nah


klik gambar kalo nak skodeng kihkihkih...

ada jugak nama tempat yang carut-carut.macam mana la rupa kampung ni agaknya...gua mesti try pegi satu hari nanti...


Monday, April 26, 2010

lawak tentang orang kedah

semalam time gua dalam taklimat sistem punch card baru.fasilitator tu buat lawak tentang orang kedah..

"kalo korang semua nak berguru,kalo buleh janganlah berguru dengan orang kedah" kata fasilitator tu..

"huh,kenapa pulak??" jawab orang ramai sambil buat muka tak puas hati

"sebab orang negeri kedah menuntut tak habis..orang negeri lain menuntut sampai huruf lam alif,hamzah,ya'..tapi orang kedah dok sangkut kat 'sat','sat','sat'(merujuk kpd huruf sod).." selamba jawab beliau..

kihkihkih...gua bantai gelak...

Sunday, April 25, 2010

perangai orang kita yang gua tak suka

bila pegi sembahyang jumaat,satu benda yang gua suka tengok ialah masa tabung masjid mula bergerak.tak kira la,sebelum khutbah ke,semasa khutbah ke,atau selepas selepas selesai sembahyang.kadang-kadang dekat setengah masjid macam masjid hillpark atau usj diorang tak guna tabung.ada orang yang berjalan sambil bawak kantung isi duit.mungkin masjid-masjid dekat kl tak percaya dengan sistem tabung.

yang gua nak cerita kat sini ialah,bila tabung tu bergerak gua tengok tak semua jemaah masukkan duit dalam tabung tu.bagi gua,walaupon derma tu bukan sesuatu yang wajib,tapi tolong lah sedar sikit.kita datang masjid,kita guna air untuk wuduk dan istinjak,elektrik untuk kipas dan sistem mikrofon.letrik dan air semua tu kan berbayar.masjid pulak,sumber kewangan bukan nya ada yang tetap.mana lagi nak dapat duit kalau bukan dari sumbangan jemaah yang datang.

masa belajar dulu gua selalu sembahyang jumaat dekat masjid PPUM.gua kadang-kadang rasa malu bila sembahyang kat sana.yang datang sembahyang jumaat bukan kepalang orang.semua doktor-doktor,dress up atas bawah semua jenama bukan main.dekat tangan siap dengan PDA apa semua.tapi bila tabung lalu depan,slumber je tolak kat orang tepi.tak kan la RM1 pon tak buleh nak hulur? apa la sangat nak banding RM1 dengan gaji doktor yang beribu-ribu.

jumaat hari tu lagi gua rasa malu.sebelah kanan gua orang melayu kita,sebelah kiri gua mat bangla yang badan berbau mungkin lepas kerja tak sempat mandi,teros datang sembahyang jumaat.masjid kokdiang tabung bergerak lepas bagi salam sembahyang.bila tabung sampai kat orang kita,dia tolak teros kat gua.lepas habis turn,gua tolak sebelah kat mat bangla ni.sampai dekat mat bangla ni,terkial-kial dia cari duit.seluk poket baju tak jumpa,kemudian seluk poket seluar depan blakang.ada la terselit duit RM1 celah-celah kertas yang banyak dalam poket belakang seluar dia.gua senyum bila tengok dia sambil mengemas balik kertas-kertas dia yang melambak atas karpet.

tapi dalam hati,gua rasa malu sangat.mat bangla yang susah,merantau cari rezeki dekat negara orang pon buleh hulur kepada masjid.tapi orang kita,yang agak senang sekupang pon tak buleh nak hulur...

Thursday, April 22, 2010

bila gua betol-betol sibuk

satu benda yang gua tak berapa nak suka dengan kompeni gua ialah mesyuarat dan taklimat yang terlalu banyak.mesyuarat pulak buat merata tempat.minggu ni saja,gua tak pernah melekat sehari dekat opis.mesyuarat pulak selalu melalut dia punya panjang.memang standard bila mesyuarat dengan orang-orang tua.contoh macam pagi tadi,nak bincang pasal gotong-royong pon makan dekat sejam.pum-pang-pum-pang diorang punya sembang.gua malas nak celah,sebab gua tau nanti kalau gua bagi idea,top up lagi sejam diorang punya sembang.

dalam borang penilaian prestasi pekerja tahun lepas,slumber je gua tulis kelemahan diri gua tak tahan mesyuarat panjang-panjang.mesyuarat punya pasal gua punya kerja menimbun jadi banyak.orang lain dah balik,gua dok opis lagi sekarang.pasni gua ingat nak mintak kat hr bagi ada elaun mesyuarat.buleh jugak gua buat claim bila pegi mesyuarat.

dah,gua nak sambung buat kerja..

Wednesday, April 21, 2010

bung mokhtar sekali lagi...

hulu selangor sekarang tengah bising-bising pasal pilihanraya kecil.yang gua seronok baca hari-hari pasal zaid ibrahim.mula-mula cerita kaki botol,pastu kaki kuda,lepas ni tak tau la kaki apa la pulak.mengarut betul,dulu masa dia jadi ahli parlimen dan menteri takde pon orang bukak cerita.dah masuk pembangkang baru nak korek cerita.ini baru sorang,yang ahli parlimen lain tak kan takde yang buat benda pelik-pelik lain.

yang belah pembangkang pulak,dulu zaid ni bukan main hentam pasal hudud apa semua.tapi alih-alih sokong pulak.walaupon dia cakap dia tak judi kuda,tapi bukan ke kuda lumba tu bila lumba orang akan bertaruh.kan ke syubaha nama nya tu? orang-orang yang alim dalam pas tak kan tak tahu.mana ideologi islam yang dibawa?

bila fikir balik,parti-parti politik malaysia semua tak true.sanggup buat apa saja semata-mata nak menang satu kerusi.bila je nak pilihanraya,sibuk nak bagi projek,naik taraf itu ini.bila habis pilihanraya,tunggu karam singh walia report dalam tivi baru nak sibuk buat kerja.

tapi tadi gua habis baca pasal hulu selangor,ada satu berita yang buat gua tergelak.pasal ahli parlimen jugak.ini kaki apa pon gua tak tahu lah.kat parlimen cakap berapi-api.orang ni betul,orang tu tak betul.tapi kat rumah,nak cakap dengan bini pon penakut.kihkihkih....



"dekat parlimen bukan main hero .nak kawin lagi satu pon takut nak bagitau ke?"

Tuesday, April 20, 2010

jiwang tak patut

Tahun 1997, gua darjah enam masa tu.setiap hari pegi sekolah mak gua bagi RM1.50sen untuk sekolah pagi,50sen sekolah agama belah petang.tapi gua tak guna habis,gua simpan sikit-sikit.dalam otak gua nak beli satu benda yang tengah meletup-letup waktu tu.bukak tv ada,bukak radio lagi la.tambah-tambah segmen pilihan bersama radio muzik.perghh,lagu diorang setiap malam memang wajib ada.gua tengah cerita pasal KRU.

pelan-pelan gua simpan.bila dah cukup,lebih kurang RM16 gua teros pecut lepas sekolah pegi pekan kepala batas.dalam otak cuma satu tempat je gua nak pegi,kedai kaset nyonya sebelah kedai orang tikam sport toto.masuk kedai gua dah
nampak kaset krumania.tak pikir panjang gua capai kaset tu,teros pegi bayar.

sejak hari tu gua rasa,gua lah budak sekolah paling stailo.budak-budak lain semua bising cerita pasal power rangers putih dan merah,tapi gua tak layan semua tu.budak-budak sangat gua rasa,walaupon time tu gua belum akil baligh lagi.masa tu jugak gua ada syok dengan awek yang duduk sebelah gua dalam kelas.setiap masa,duduk sebelah dia gua nyanyi lagu 'janji tinggal janji' tak pon 'apa saja' konon ditujukan kepada awek tu.mak aih memang jiwang abis gua masa tu.penangan kaset KRU tu memang dahsyat.bukan setakat gua jadi jiwang tak patut, dalam karangan bahasa melayu pon gua ada selit lirik lagu KRU.

sebab jiwang berlebihan, gua rasa awek tu tak suka kat gua.gila apa darjah 6 nak paham jiwang-jiwang macam gitu.lepas gua masuk asrama,kaset tu tak tau ada kat mana.penat gua cari balik keliling rumah.jumaa
t hari tu masa lepak kat Mcd shah alam,gua teringat balik zaman sekolah rendah.sebab teringat gua download full album krumania tu.sampai hari ni gua dengar tak berenti.lepas ni kalau pegi karaoke gua nak test lagu KRU pulak.gua nak berduet-duet lagu 'janji tinggal janji'.'getaran jiwa' pon sweet kan? kihkihkih...


"korang memang buat gua jadi jiwang"

Monday, April 19, 2010

percutian kecut

sebagai menyahut cabaran makwe sweet di fesbuk itu hari,wikend lepas gua pegi main skytrex dekat Taman Pertanian Shah Alam.pantang dicabar,gua suruh tempah yang extreme trail,baru buleh gua rasa jadi macam john rambo sket.


nak pegi tempat skytrex tu,kena naik bus



sebelum naik bus, gua pekena stretching sepam dua lebih kurang.nak bagi otot-otot pejal dulu,baru stamina macam lembu buleh datang.


yang gua konpius,makwe sweet buleh rilek-rilek maen hanset.gua dah sound awal-awal,jadi apa-apa gua tak nak tanggung.

disebabkan tak buleh bawak camera,gua tak dapat nak tunjuk aksi-aksi gua jadi john rambo.tapi main skytrex ni bukan calang-calang.flying fox melampau tinggi, jalan gayut-gayut atas tali tak kire lagi.tapi paling celaka dia punya tangga.dah la licin buat dari pvc pipe,dia punya tinggi lagi lah.pancit jugak gua tengah tengah panjat.paling champion,gua punya peluh.baju yang gua pakai dah serupa macam kena rendam dalam air.

dah dua hari tapi tangan gua masih sakit,area ketiak gua rasa nak tercabut.belum badan gua yang telanggar batang pokok masa landing flying fox.kalo korang nak merasa sakit atau nak try jadi hero depan awek pegi la tempah online kat www.skytrex-adventure.com.ada bran?

Friday, April 16, 2010

gelak sampai nak berak

benda ni benda lama.
tapi tiap kali tengok,gua buleh gelak sampai nak terkeluar berak...


video

macam gampang kan?

Thursday, April 15, 2010

sambungan semalam

lepas subuh gua pekena tidur.dalam kol 8 pagi gua bangun perot terasa nak berak.abes berak gua angkat handset gua.
"ketapp,ketapp" gua ketik pad handset."bos,gua cuti rehat dua hari, hari ni dan ahad".pastu gua tekan send..
gua silent handset sambung tidur balik.
bangun tidur gua tengok ada mesej masuk kat skrin handset."ok" bos gua reply.
senang kan gua nak cuti.kihkihkih

Wednesday, April 14, 2010

salute



kepada kakak atas ni gua memang tabik.kalau artis nak kawen,akademi fantasia ke,atau apa apa event yang popular lain memang banyak kompeni berebut rebut nak taja.sampai juta juta ringgit untuk baju saja pon ada.tapi bila kakak ni buat benda baik,tak banyak nak tolong.dia tetap buat jugak.gua memang respek la kakak ni.nak tau cerita lebih lanjut korang baca kat sini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi tadi gua check lejer cuti tahunan.tahun ni punya cuti 20 hari langsung tak usik lagi.cuti tahun lepas pon ada lagi balance 8 hari.itu hari masa isi borang carry forward baki cuti tahunan,gua tulis "terlalu sibuk untuk bercuti" dekat ruangan alasan cuti tidak dihabiskan.dalam otak gua bajet bila HR tengok alasan macam gitu,markah untuk prestasi gua memang tip top kihkihkih.cuti 10 hari yang dicarry forward tu, gua kena habiskan sebelum bulan 6 ni.

jadi gua ingat nak cuti minggu ni.makwe sweet pon ada ajak pegi skywalk ape benda ntah kat shah alam tu sabtu ni.dengan camera pon dah ada, gua nak try jadi macam budak budak KL, gantung DSLR kat tengkok sambil jalan jalan dekat dalam town.stailo kan? hahaha.


dari hari ahad haritu gua dah blaja sikit sikit pakai camera tuh.gua memang start dari zero dengan camera ni.jadi gua nak letak 2-3 gambar yang gua snap dari meja opis.nanti bila dah terer buleh gua buat gambar sebelum gua terer dan selepas terer,alaa macam iklan jus mate Dr Rozmey.kihkihkih






Sunday, April 11, 2010

ohmaigod

sabtu lepas gua pegi exam "memasuki perkhidmatan awam gred 41".gua punya jawatan kalau ikut surat jemputan pengawai tadbir dan diplomatik.sebab gua terasa nak kerja dekat kedutaan Malaysia kat dubai atau amsterdam gua stadi bersungguh-sungguh.tempat exam bukan calang-calang tempat,dekat MRSM Balik Pulau.lepas subuh gua dah keluar rumah,semangat memang berkobar-kobar orang kata.sampai awal gua ada borak-borak sikit dengan orang yang datang,bagi mood periksa datang.tapi sembang-sembang buat gua sakit hati,celakak rupa-rupanya dekat kepala batas pon ada exam.tapi kenapa SPA tak letak nama gua exam kat sana? takde gua susah payah nak panjat bukit balik pulau pagi-pagi.memang kes sabotaj nak lemahkan semangat gua.

soalan exam gua jawab dengan ekselen.karangan bahasa melayu memang sedap gua goreng.tapi yang gua tak berapa nak buleh skor soalan pemahaman bahasa melayu.dia punya soalan jenis bahasa karam singh walia.pepatah satu haram gua tak pernah dengar.pilihan jawapan pon buat gua konpius,rasa macam exam untuk mat bangla memohon kerakyatan Malaysia pon ada.abes jawab semua paper gua blah.terasa hati nak pusing komtar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

dah 8 tahun gua tak masuk komtar.time sekolah,ada duit atau tak setiap minggu mesti datang bila outing.terkejut gua tengok komtar hari ni.dah tak happening macam dulu,dah serupa pekan rabu gua tengok kedai-kedai dalam komtar.keluar komtar gua masuk satu kedai kamera.orang ramai kat dalam,tapi kedai tu kecik je.gua belasah masuk,sempit-sempit campur bau badan orang pon gua redah.pum-pang-pum-pang dalam sejam dengan tokei kedai.gua keluar kedai dengan hati berbunga.

masa konvo gua takde gambar,bersunat kecik-kecik dulu pon gua takde gambar.gua tak nak nanti kawen pon gua takde gambar.so gua angkat satu kamera..


"omaigod"

sexy kan camera gua? kihkih.G-code,M-code,C++ semua gua buleh handel,tak kan yang ni gua tak boleh?


Thursday, April 8, 2010

merpati sejoli

dulu lepas sekolah rendah,dengan result UPSR yang sedap-sedap dipandang,gua dapat masuk sekolah yang dipandang tinggi la jugak dekat penang.dahla sekolah semua lelaki,sekolah agama pulak tu.gua tak kisah,janji dapat duduk asrama.5 tahun membesar serta menghadapi zaman remaja dengan semua budak lelaki membuatkan gua tak berapa reti nak bercakap dengan awek.gua ngaku sampai ke hari ni gua tak ekselen dalam bab-bab nak tegur atau borak dengan awek,lagi-lagi yang gua tak kenal.gua memang takde sifat nak bertegur sapa dengan budak awek.

tapi 6 tahun lepas, sorang awek ada tegur gua.seingat gua,itula first time awek tegur gua.omputih kata making first step.masa tu first year,tengah kelas lab autocad.gua yang agak terer autocad siap buat assignment cepat.lepas save dalam disket,gua tunggu tutor nak kutip assignment.tengah gua bersiulan maen solitaire ada awek sorang ni tegur."woi,tolong gua jap.macam mana nak save..yada..yada".nak mintak tolong benda runcit-runcit,tapi cerita macam buat report polis kes kena pukul suami.tanpa banyak cakap beserta gaya cool yang memang tersemat di tubuh,gua amek mouse pc awek tu.gua ketik dua tiga kali,tak sampai seminit siap.pastu gua sambung maen solitaire balik.macho kan gua? gua rasa mula hari tu la awek tu suka kat gua...

kepada makwe sweet,walaupon lu tak nak ngaku tapi gua tetap nak up kan diri gua kihkihkih...


"and everything you love,you fear you will lose" eric cantona

Wednesday, April 7, 2010

Malaysia International Shoe Exhibition

korang tau tak kenapa minggu lepas rosmah mansor rasmi "Malaysia International Shoe Exhibition"?

kenapa bukan PM Najib yang rasmi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
korang tengok dalam otak pompuan ada ape?




dalam otak orang pompuan banyak betol pikir pasal kasut...kihkihkih..

p/s-cube korang searh google images type "male brain"..gua malas nak komen..hahaha

Sunday, April 4, 2010

ayat sinis seorang bapak

macam biasa,gua kalau balik kampung selalu bawak balik beras kasi kat mak.gua tak pernah bawak balik rumah sewa,sebab rice cooker kat umah tu,housemate gua dah buat tempat masak megi.lagipon,kodi gila la bujang-bujang nak masak nasik.beras yang gua bawak balik gua beli dengan harga kakitangan.dapat murah sikit.minggu lepas sebab gaji dah masuk,wayang pon ada cerita sedap, gua buat keputusan balik kampung.sebelum keluar opis gua tapau beras satu kampit nak bawak balik.

sampai rumah,gua angkut kampit beras dari dalam kereta straight pegi ke dapur.tengah gua lalu depan bapak,dia buat satu ayat."anak gua sorang ni kerja kilang beras,setiap kali balik rumah selalu bawak balik beras.tapi anak gua lagi dua orang keje bank.tapi bila balik tak pernah pon nak bawak balik duit bank"...

amboi..amboi..amboi,laser jugak bapak gua ni..kihkihkih..

Thursday, April 1, 2010

bila kompeni buat april fool



Dari dulu,dari zaman kompeni gua masih lagi gomen sampai semalam, kompeni gua pakai rekod kedatangan jenis tradisional, stail bubuh kad kemudian dia print waktu macam gambar atas.tengok betol-betol gambar tu ada tulis 'hak kerajaan malaysia'.klasik kan opis gua? punch jenis gini memang terbaik.dari segi rekod kehadiran pekerja memang ekselen,memang orang cakap on time lah semua.print kaler merah memang susah nak cari.tapi kadang-kadang check kat kad,tulis dah masuk keje dah, tapi bila cari tuan punya badan,batang hidung pon tak nampak.kalo korang kat rumah pon,buleh call orang opis tolong punch kan.

tapi,mula hari ni kompeni gua dah buat perubahan drastik.punch card tradisional dah tukar kepada jenis scan mykad.berubah mengikut peredaran zaman kononnya.rekod keluar masuk pulak online teros pegi ke sumber manusia hq kat kuala lumpur.gua dah terkena,tadi bila tersilap daftar mycard gua,straight hq kuala lumpur telefon suruh daftar semula..demmit btol,takkan gua nak tinggal mycard dekat opis pulak kot?



"celakak,lu punya pasal gua dah tak boleh golek-golek layan MTV lepas subuh"