satu benda yang gua tak berapa nak suka dengan kompeni gua ialah mesyuarat dan taklimat yang terlalu banyak.mesyuarat pulak buat merata tempat.minggu ni saja,gua tak pernah melekat sehari dekat opis.mesyuarat pulak selalu melalut dia punya panjang.memang standard bila mesyuarat dengan orang-orang tua.contoh macam pagi tadi,nak bincang pasal gotong-royong pon makan dekat sejam.pum-pang-pum-pang diorang punya sembang.gua malas nak celah,sebab gua tau nanti kalau gua bagi idea,top up lagi sejam diorang punya sembang.
dalam borang penilaian prestasi pekerja tahun lepas,slumber je gua tulis kelemahan diri gua tak tahan mesyuarat panjang-panjang.mesyuarat punya pasal gua punya kerja menimbun jadi banyak.orang lain dah balik,gua dok opis lagi sekarang.pasni gua ingat nak mintak kat hr bagi ada elaun mesyuarat.buleh jugak gua buat claim bila pegi mesyuarat.
dah,gua nak sambung buat kerja..
No comments:
Post a Comment