Wednesday, January 25, 2012

happy chinese new years


sekarang baru gua tau macam mana rasa jadi pekerja petronas bila iklan raya diorang keluar setiap tahun.

Thursday, January 12, 2012

dilema bos

kebingungan menjadi seorang bos ialah bila memberi markah prestasi kepada pekerja.kot ada yang dapat terlebih mula ada yang mengumpat,ada yang mengata dan ada pulak yang tak puas hati.

kalo ada yang dapat kurang,ada pulak yang kata tak adil,dah takde motivasi nak kerja.

senang-senang bagi sama semua.markah berdasarkan prestasi.nak mengata tak buleh,nak tak puas hati pon tak ada point.tengok kiri dapat sama,tengok kanan dapat sama.

itu yang gua buat pada anak buah dekat kilang ni.

tapi bila bos gua pulak bagi markah gua kurang daripada anak buah gua dapat dari gua.macam mana pulak? sheep btol...

Thursday, January 5, 2012

to keep the food on table

awal minggu ni,gua kena masuk interbiu kenaikan gred oleh kompeni.sebenarnya,november lepas gua dah dapat.tapi sebab tengah cuti kawen,gua mintak postpone.jadinya minggu lepas,ada emel jemputan dan gua pon setuju untuk masuk interbiu.

panel yang interbiu gua ada tiga orang.salah seorang panel ni gua terkejut dengan kehadiran dia.sekitar tahun lepas, dia kena strok dekat pejabat.menurut cerita staf lain,dia koma selepas kena strok.tengah interbiu gua tertarik tengok dia.tangan sebelah kanan kurang berfungsi.terpaksa menulis tangan kanan.bila gua hulur tangan nak bersalam,terpaksa diluruskan tangan kanan guna tangan kiri sebelum dihulurkan.badan yang agak berisi dahulu agak kurus sekarang.jalan terpaksa menggunakan tongkat.bila ditanya,rupanya baru sehari sebelum itu dia mula bekerja.

usai interbiu tu,otak gua asek terpikir dengan apa yang baru lepas gua tengok.masa drive balik,kepala gua merewang berpikir.something strike my mind time tu.gua terpikir,semasa koma dan di hospital macam mana dia boleh naik kan semangat untuk kembali sihat dan bekerja? dalam keadaan koma atau kurang sedar,macam mana dia motivate dan beri kekuatan bukan saja untuk sedar,tapi untuk kembali hidup seperti sebelumnya. sebab gua percaya kebanyakan orang mungkin cepat putus asa,dan cepat ingin memohon pencen ilat.

semakin lama,semakin terpikir tentang diri sendiri.macam mana kalo terjadi kepada kita sendiri? ada ke kekuatan nak melawan sakit dan semangat untuk sembuh supaya dapat mencari rezeki kembali.eminem ada menyebut dalam lagu mockingbird

'cause daddy felt like a bum,see daddy had a job. but his job was to keep the food on table for you and mum.and at the time every house that we lived in,either kept getting broken into and robbed'

mungkin itulah yang memberi semangat kepada lelaki terutamanya.walaupon baru berkahwin,belom ada anak tapi still kena sediakan makanan.zaman bujang boleh la,terlepas makan pon tadahal.biskut cicah milo kosong pon ok.lunch makan megi pon buleh jadi sangat sedap.tapi bila dah berkahwin? sudah datang satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

jadi bersempena tahun baru ni,gua nak kerja dengan lebih bersemangat dan mula jaga kesihatan.sebab sekarang dah ada table yang gua kena isi dengan makanan.

Sunday, January 1, 2012