Monday, July 30, 2012

sekali lagi

dua ramadhan sebelum ini iaitu tahun 1994 dan 2008, terdapat kematian dalam keluarga gua.ramadhan tahun 1994, atuk sebelah bapak gua meninggal.ramadhan 2008,beberapa hari sebelum raya opah gua sebelah mak  meninggalkan dunia ini.

jumaat lepas,satu lagi kematian terjadi.kali ini disebelah keluarga wife gua.wan (nenek) wife gua meninggal di pagi hari.pengalaman yang sama seperti ketika opah meninggal, ketika bangun kami dapat berita mengenai kematian tersebut.

alfatihah kepada kesemua arwah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

berdasarkan kepada pengamatan, yang ketiga iaitu anak yang soleh adalah paling penting.ini kerana,dari anak yang soleh akan menghasilkan cucu yang soleh dan akan turut mengirim doa kepada arwah.

Monday, July 23, 2012

puasa pertama

sebagai seorang yang memegang kepercayaan bahawa kebahagiaan sesebuah rumah bermula dari dapur,jadi  juadah berbuka pon dimasak semuanya secara sendiri.sepanjang dua hari berbuka bersama-sama buat kali pertama sebagai suami isteri langsung takde makanan yang dibeli di param.keseronokan dan kesungguhan untuk masak bersama sungguh berbaloi.ada pulak tu kadang-kdang bergaduh tentang resepi.

wife ada jugak mengajak untuk berbuka luar,beli buffet atau pegi ke restoran-restoran yang selalu di pegi masa bulan puasa sebelum-sebelum ini.jawapan gua kepada dia "dah 7 tahun kita asyik berbuka diluar,atau restoran.cukup-cukup la".memang gua lebih selesa berbuka di rumah.lapang,tak perlu kalut nak sembahyang maghrib.nak bekejar pegi terawih pulak lepas tu.sebab tu gua lagi senang berbuka depan tv di rumah.dan paling penting puas makan masakan sendiri walaupon kurang menjadi.

selalu wife mintak rate brp bintang masakan dia.as always gua bagi 3/5 bintang.bila dia tak puas hati, gua pon jawab "mak kita dah masak lebih dari 40 tahun.memang la sedap.mungkin masa diorang sebaya kita masak tak sesedap sekarang".penuh diplomatik dan rasional gua jawab.tak percaya? tengok la bila dah tua nanti.

sedihnya,hari ini gua kena menghadap param semula.membeli lauk dan kuih untuk berbuka serta sahur.seperti tahun-tahun sebelum ini.

Juadah hari pertama : ayam masak madu,terung sambal,temenung masak lemak dan kuih keria.all homemade!

Thursday, July 19, 2012

perihal lampu isyarat

kalo gua balik shah alam, sabtu malam atau ahad malam baru balik semula ke kokdiang.biasanya gua akan sampai ke shahab perdana dalam pukol 4.30 atau 5 pagi.kemudian gua akan drive lebih kurang dalam 30-40 minit ke kokdiang.melalui jalan biasa.bukan highway.

drive sorang-sorang dalam kepekatan pagi ke kokdiang boleh juga membawa kepada perasaan seram-seram kuku.seram paling power berlaku bila sampai ke traffic light.terutama bila merah.yang buat gua tak paham,kenapa jalan yang lengang pon perlu menyala lampu merah.memang selalu gua check,sebelum kereta gua sampai memang takde kereta yang keluar dari salah satu simpang traffic light tu.

takut tuh duduk sorang-sorang dekat trafik light.kot ade orang ketuk cermin kereta,culik gua macam mana? jadi gua terpikir,kenapa tak dibuat traffic light yang guna sensor? kalo tak silap gua ada terbaca tentang magnetic sensor dipasang underground kat setiap cabang jalan di traffic light tu.sensor tu yang akan mengawal lampu merah dan hijau untuk setiap traffic light.tapi yang gua perasan, kebanyakan traffic light malaysia dikawal guna timer.sebab tula bila kereta takde pon lampu akan tukar jadi merah.

bercakap mengenai traffic light,ada lagi satu masalah dekat malaysia ni.sesetengah trafic light,ada yang akan tukar hijau satu demi satu lorong.sebagai contoh gambar bawah ni.


lorong kiri boleh jalan,lorong kanan belom boleh jalan.yang menjadi masalahnya bila yang nak terus masuk lorong kanan.dah hijau, terpaksa la tukar lorong.mengarut bukan.dari kokdiang ke jitra kalo tak silap ada empat trafik light yang macam ini punya fesyen.kenapa tak diseragamkan? takde ke orang yang buat kajian benda ni? ke nak tunggu najib lancar lampu isyarat 1malaysia?

banyak lagi sebenarnya masalah trafik light ni.belum lagi yang lampu merah tunggu sampai 90 saat,tapi lampu hijau cuma 15 saat.

tapi gua paling benci orang langgar lampu merah,dan tak hormat orang yang berbasikal.semalam nyaris gua nak kena langgar.

Thursday, July 5, 2012

nikmat

Sejak lately ni,masa rehat gua kat opis gua banyak melayan youtube.dah kurang tido kat surau.kebanyakan video yang gua tengok adalah mengenai agama.entah sejak bila gua dapat hidayah.kalo tak sebelum ni kot bukak youtiub kira nak layan lagu saja.

video tentang islam yang gua tengok kebanyakan mengenai muslim yang convert atau mungkin boleh dipanggil islam convertor kot.most of the video cerita tentang macam mana diorang boleh jumpa islam.terlalu banyak cerita dan cara diorang dapat hidayah.ada yang secara tak sengaja macam ada seorang tu dia tertarik dengan cara orang islam duduk,makan di restoran dia.dan ada yang membuat kajian secara serius tentang agama.bukak bible yang ada berbagai jenis,kemudian compare pulak dengan alquran.itu dilakukan oleh seorang american nama yusuf estes.

tapi satu video (dibawah) yang betol buat gua tersentuh ialah cerita lauren booth, sister in law kepada tony blair. tersentuh dengan cerita dia terutama tentang perjalanan dia semasa di palestin.cerita dia buat gua terpikir,how good palestinian people walaupon diorang hidup dalam kucar-kacir.



cerita-cerita dari convertor ni,banyak buat gua terasa insaf.yela, kita ni telah dilahirkan dalam islam.tak perlu nak susah payah mencari kebenaran di dalam agama.tapi, kita kurang bersyukur terhadap nikmat tersebut.mungkin dari kepayahan mencari kebenaran itu, para convertor lebih bersyukur.tapi kita walaupon sudah dilahirkan islam tapi kurang mempraktikannya.

dah macam ustaz pulak gua ni.dh gua nak layan youtube ni.assalamualaikum.