dua ramadhan sebelum ini iaitu tahun 1994 dan 2008, terdapat kematian dalam keluarga gua.ramadhan tahun 1994, atuk sebelah bapak gua meninggal.ramadhan 2008,beberapa hari sebelum raya opah gua sebelah mak meninggalkan dunia ini.
jumaat lepas,satu lagi kematian terjadi.kali ini disebelah keluarga wife gua.wan (nenek) wife gua meninggal di pagi hari.pengalaman yang sama seperti ketika opah meninggal, ketika bangun kami dapat berita mengenai kematian tersebut.
alfatihah kepada kesemua arwah...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
berdasarkan kepada pengamatan, yang ketiga iaitu anak yang soleh adalah paling penting.ini kerana,dari anak yang soleh akan menghasilkan cucu yang soleh dan akan turut mengirim doa kepada arwah.
No comments:
Post a Comment