Tuesday, November 30, 2010

ekspo pertanian

sekarang tengah rancak dengan MAHA.gua tak tau nama penuh nya,tapi bahasa senang ekspo pertanian,ye dak? haa,kat penang memang ada ekspo pertanian setiap tahun.selalu buat di tapak ekspo dekat seberang jaya,tepi highway dekat tesco(dulu makro),dekat dengan roundabout carca merba seberang jaya-BKE-sunway.

bapak gua dulu kerja jabatan pertanian.memang setiap tahun bapak gua bawak kami adik beradik tengok ekspo.kadang-kadang teman dia kena jaga booth jabatan pertanian.ekspo tu memang seronok bagi gua time tu.tengok binatang,pokok-pokok,ada funfair.oh ya,gambar gua jugak biasa masuk paper sebab ekspo pertanian tu.gua saja enterframe masa timbalan ketua menteri penang(Ibrahim Saad time tu) cukur bulu biri-biri.gua berdiri sebelah kambing tu.esoknya beli paper ada kuar gambar ibrahim saad tengah cukur kambing dengan gua berdiri sebelah.tapi paling terbaik bila malam ada konsert.zaman tu scene rock funfair tengah up.setiap malam ada band rock datang main.XPDC,May,Search,Wings yang lain gua tak ingat.tak silap pak man telo pon pernah buat show.tak kenal pak man telo? pegi tanya lebai google.

setiap kali ekspo,mesti ada pertandingan hasil pertanian.sampai sekarang pon pertandingan still on.setiap tahun bapak gua mesti masuk dengan belimbing dia.rambutan pon pernah masuk.bapak gua punya belimbing memang ekselen.tak pernah miss nombor 1,2,3.kiranya belimbing bapak gua memang top dari dulu sampai sekarang.

tapi tadi tengah gua baca pasal MAHA,gua terpikir.bapak gua setiap tahun menang,tapi tak pernah pon ada jabatan pertanian ke,FAMA ke datang rumah gua tengok dan belajar macam mana bapak gua buat.datang buat kajian ke,buat buku panduan menanam belimbing.baru la buleh berkembang industri pertanian ni.gua tengok MAHA dah macam pesta untuk petani-nelayan datang dengan rombongan untuk seronok-seronok.balik MAHA,semangat dua tiga bulan untuk bercucuk tanam,pastu pudar.

Monday, November 29, 2010

cupcakes (post stail blog awek-awek)

tadi tengah gua meeting henfon dalam poket seluar gua gegar..ade mesej dari cik tunang.

"checkout sweetlittlethings-zaitgha.blogspot..ada pics cuppies kita"

balik ofis gua terus bukak..senyum sorang..cuppies akak ni buat memang sedap.gua memang tak minat krim cake.tapi yang akak ni punye krim tak manis sangat.gua buleh jadi suka.bawah dia carrot cake.sangat sedap.kali kedua gua makan carrot cake.dalam peti ais rumah gua ada lagi dua bijik cuppies ni.cuppies yang ada tulis nama.rasa sayang nak makan..ni gua kopipes pic cuppies dari blog akak tu..


cute kan? kihkihkih

Sunday, November 28, 2010

CELCOM

CELCOM memang faking.gua tak tau sumpah apa yang kena dekat taman gua sejak dua menjak ni.elok gua lap masuk taman,mesti line jadi macam pundek.cakap 20-30 saat,dah orang sana tak dengar suara gua.kadang-kadang baru cakap hello,dah call failed.nak kata henpon gua yang celaka idak jugak.kalo gua keluar dari taman,pegi ke pekan kokdiang atau arau ke elok je gua buleh cakap.dekat kilang gua cakap lancar je.macam celaka..

itu talipon.belom lagi broadband.berokband lagi macam celaka.nak bukak google pon 10minit.perghh,wikend ni keje gua menyumpah CELCOM saja.dulu takde mende.2-3minggu je baru jadi.CELCOM ni takde ke nak check-check line.


ini lah wilayah celcom,my ass

#update:petang semalam gua tepon CELCOM buat report.gua cerita pum-pang-pum-pang kat operator tuh.sekali dia jawab "encik cuba tukar henpon,tengok dalam 24 jam.tengok jadi lagi atau tak".mak aih time tu gua rasa operator tu macam semut je.picit mati.gua injineer,jangan la nak kelentong tahap gitu.dekat makcik-makcik kokdiang buleh la nak suruh buat gitu.tapi,dengan berhemah gua mintak operator tu buat repot kat technical.apa pon CELCOM ni bagus jugak.ini hari diorang dah ambik tindakan.dah dua tiga kali CELCOM call tanya pasal area rumah dengan problem line tempat gua.takpe,gua tunggu seminggu.

Wednesday, November 24, 2010

jiwang tak patut (2)

disebabkan gua baru lepas bertunang,gua nak tulis romentic-romentic.tapi rasa macam geli la plak nanti kalo orang baca.ya gua pon macam tu.gua memang geli bila baca orang tulis romentic-romentic dengan awek dia.especially kat status fesbuk.

semalam gua ada terbaca status yang maha geli.ada sorang awek ni, dia tulis dekat wall balak dia."ma windu nak jumpe b,windu nak maen bowling dgn b,windu nak makan dgn b,windu nak karok dgn b.."watdehel lah tulis macam gini.tak geli ke? tolong la,benda-benda cam gitu simpan dua orang la wey.

gua bukan jeles atau apa.tapi menyampah la.bagi gua,lu nak cakap tepon ke,mesej-mesej yang ada sayang-sayang atau love-love tolong la jangan nak tunjuk depan orang ramai.benda tak salah,tapi tolong la behave sikit.gua tengok orang yang dah kawen takde pon nak tulis cam gitu.rilek-rilek sudey..

------------------------------------------------------------------------------------------------

tapi apa-apa pon gua memang nak tulis sumthing yang romentic kepada tunang sweet gua.to celebrate benda hepi gua nak letak beberapa kerat lirik lagu romentik untuk yu.lagu-lagu ni semua gua selongkar dalam laptop gua.

"But I see your true colors
Shining through
I see your true colors
And that's why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colors
True colors are beautiful,
Like a rainbow" ~ cyndi lauper (true colors)

"And can you feel the love tonight
It is where we are
It's enough for this wide-eyed wanderer
That we got this far
And can you feel the love tonight
How it's laid to rest" ~ elton john (can you feel the love tonight)

“If I lay here If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?” ~ Snow Patrol, (Chasing Cars)

Monday, November 22, 2010

the e session



syukur kepada tuhan,segalanya berjalan dengan lancar.gua sangat hepi.tapi mula sampai umah diorang jantung gua bukan maen berdebor.takut kena rejek.gila lu,mana lagi gua nak cari.jenis tak reti nak ngorat awek-awek macam gua ni bukan senang.tak macam adik laki gua.awek punya ramai.
hati gua maseh berbunga-bunga lagi.tak renti-renti gua belek gambor ini hari.kerja pon haram tak buleh nak buat.
majlis semalam sangat seronok.walaupon tak de hype macam sesetengah orang (gua tengok setengah ada yang buat pelamin siap pakai baju melayu sepasang),majlis kitaorang simple ikut cara kampung tapi sangat meriah pada pandangan gua.kedua-dua femly sangat mesra.paling meriah bila majlis makan.lauk tradisional negeri sembilan masak lemak daging salai memang super duper sedap.mau tak sedap abang gua melahap dekat tiga pinggan.mak sedare gua pulak makan ulam sepinggan.dari dapur mak tunang gua bawak pulak masak perut dengan rebung.bertambah-tambah pulak pakcik gua makan.memang seronok.
dengan cuaca yang sangat sempurna,bright and sunny day.gua sangat bersyukur di dalam hati.
gua nak ucap terima kasih kepada semua,femly gua,femly tunang yang berjaya menghasilkan majlis yang sungguh sempurna.



terima kasih semua

Saturday, November 20, 2010

Tuesday, November 16, 2010

aidiladha 1431



Selamat Hari Raya Aiduladha 1431 dari gua dan lembu ni.

gua tengok lembu ni steady je lagi.padahal nak kena korban jumaat ni...

Monday, November 15, 2010

never say die

"at 2-0 down,man utd woke up and fought for sumthing to bring home.

at 2-0 down,at home wif 38min to play.chelsea melt down.and let in another goal."

ayat atas adalah komen yang gua tulis dalam komen ulasan tentang aksi terbaik pemain man utd minggu ini dalam blog sokernet.

gua memang tak minat langsung tengok game chelsea.tapi malam tadi bila nak tarik selimut tido terdetik hati gua bukak tv tengok game chelsea lawan "manchester united B team"atau sunderland.bila tengok chelsea kena tapau 2 gol,masa gua tengok minit ke 60.kira ada lagi setengah jam untuk main.

macam deja vu,sehari sebelum tu man utd kena tapau 2 gol jugak tapi game tinggal 14 minit.gua tunggu,kalo chelsea buleh buat comeback macam man utd walaupon dalam hati gua suka tengok chelsea kalah.tapi malang, gua tengok chelsea bukan man utd.chelsea tak ada semangat.tak rasa nak fight back.lagi teruk kena lagi sebijik atas kesilapan player sendiri.

inilah perbezaan mentaliti sebenarnya.satu team feymes dengan never die spirit.tapi satu team lagi lebih kepada cepat mengalah.usaha ada,tapi tak cukup.tak bersungguh-sungguh.itulah sebabnya gua suka man utd.they famously doing that. kadang-kadang gua lagi suka tengok man utd kena sebijik gol dulu,baru diorang maen betol-betol.

mentaliti macam man utd ni sebenarnya dah banyak contoh kat sekeliling kita.terpulang kepada kita nak mencontohi atau tak.bercakap tentang mentaliti never-say-die ni gua ada satu movie yang plotnya berkenaan never-say-die attitude.cerita kelakar.


dalam movie ni cerita tentang seorang loser yang cuba dapat balik wife dia.dia cuab bukti kepada ex wife yang dia bukan seorang loser dengan compete marathon dengan husband ex wife.dia gemok lari tak kuat.tengah pertandingan dia nak give up.dalam cerita ni siap ada bayangan ada tembok tinggi depan dia.malas gua nak cerita panjang-panjang.korang beli la dvd atau donlod kat internet.

Sunday, November 14, 2010

qoutes of the day (2)

"Two little mice fell into a bucket of cream. The first mouse quickly gave up and drowned, but the second mouse, he struggled so hard that he eventually churned that cream into butter and he walked out."

catch me if you can 2002

Thursday, November 11, 2010

cinta monyet

pagi tadi tengah gua sebok buat keje..henpon gua bunyi..
toongg..bunyi sonar..mesej masuk..
gua belek mesej..
lama gua belek..

"saya menjemput menghadiri majlis perkahwinan saya dan ....pada 12/12/2010..

nak kad,reply alamat...

-xxxx-"

gua belek...lagi..gua tak percaya campur kecewa..
awek tadika yang jadi partner maen kawen-kawen dah nak kawen betul-betul..

tak sangka dia ada nombor gua..nyesal gua tak seriyes..kihkihkih...

Wednesday, November 10, 2010

thank you 20legend



thank you ole for all your 126 goals.for wait patiently on bench.for creating supersub role.and above all for 'that goal' in nou camp 99.for the treble.thank you.come home soon,ole.

"and solksjaer has won it"- i still got the goose bump bila tengok 'that goal' berulang kali kat youtube...

Tuesday, November 9, 2010

AC Mizal dengan gelang yang buleh menyihatkan badan

itu hari masa gua kursus dekat penang dengan bekas director GLC tu,kami terpikir tentang satu persoalan.how on earth AC Mizal buleh beli kereta bentley?.ini kerana tuan director tu pon ada kereta bentley,dan kalo ikut kata dia kalo buat loan nak beli bentley,monthly installment at least RM9k selama 9 tahun.tapi macam mana AC Mizal yang baru start kompeni buleh beli bentley sebijik.tuan director tu takpe la,ada firm saham yang modal saje dah RM 33 juta.

tapi tadi tengah gua online cari pasal ogsm untuk buat presentation,gua buleh terjumpe pulak blog Aidid Mu'addib ni.akhirnya terjawab macam mana AC Mizal buleh beli bentley yang harga RM1 juta tu.bila gua baca,dengan komen-komen gua tergelak.terasa macam bodoh benar bangsa melayu ni.yang susah nak kaya cepat,yang kaya nak menipu.menipu pulak yang susah ni.paling bangang dah la nak menipu,letak pulak ayat ultramelayu nak tolong bangsa.wadefak.

kepada AC Mizal,nak bisnes elok-elok la.serius.ini maen kopipes je.bulat-bulat pulak tu.ape bodoh benar.



tengok,sebijik-sebijik perkataan diorang kopipes.ini bisnes seorang badut.menurut blog aidid tu lagi harga sebenar gelang tu cuma USD25 tapi kat sini diorang jual RM1000.kalo ikut skim bisnes dia pulak pulangan 43%.tengok la macam mana ultramelayu ni menipu.memang la buleh dapat 43% kalo dah jual harga berlipat kali ganda dari harga modal.kalo ikut fesbuk dia kata kos laen tak kire lagi.bongok la,kos lu bukan kos untuk satu gelang.lu beli dalam bundle,jadi bahagi-bahagi balik berapa la sangat kos-kos tu.

dan bila baca komen-komen pulak ada jugak yang menyokong.yang menyokong ni gua tak tau la dalam otak diorang dok pikir ape.benda ni logik akal je.lu jual gelang tak sampai 3 tahun,tapi dah buleh pakai bentley.mana lu cekau duit.dah tu,siap menayang-nayang lagi.yang bingai-bingai ni pon apa lagi,hari-hari berangan nak beli bentley.paling gua geli,bila ada penyokong siap bagi gelaran dato' kat AC.shit ah.lu tipu melayu lu nak bagi dato'.

tapi yang gua paling geram bila nak libatkan dengan alquran.melayu ni,bila nak menipu suka benar pakai alquran.kenapa? ooo,dalam bisnes baru nak rujuk-rujuk quran.dalam hal-hal lain takde la pulak nak bukak alquran.dah la lu menipu.lepas tu menyusahkan melayu lain pulak.nak masuk bisnes dia siap buleh bagi pinjaman.gua percaya,melayu yang otak senteng dia akan buat pinjaman.gua ada pengalaman.ada member gua,sanggup menipu kata keluarga kena bencana pastu nak pinjam duit.tapi bila dah masuk bisnes siap bulih beli kereta.sampai hari ini hutang pon tak bayar lagi.ada ke dalam alquran ajar macam tu?

kepada orang melayu,jangan la nak pikir cepat kaya je.bumi allah ni luas,rezeki ada mana-mana.carilah.itu yang tuhan ajar kita.banyak mana yang kita usaha,banyak tu la kita dapat.jangan pikir nak kaya cepat.kepada manusia macam aidid ni,keep on.tolong bukak lagi cerita pasal-pasal MLM yang banyak sangat menipu orang melayu.

#update:gua tengok dari tengah hari tadi beriya-iya orang serbu fesbuk ac mizal mintak explaination.siap ada grup anti dia.lagi banyak menipu,siap sangkut dengan mark&spencer dan maybank.lu orang nak join kutuk pegi r.gua malas.yang menjawab tu macam bengap.mintak penjelasan dok putar alam.

Sunday, November 7, 2010

politik banjir

tengah gua lepak-lepak tengok orang menjala ikan petang semalam,datang satu konvoi bantuan banjir.dari jauh gua tengok pick up dengan lori datang.tapi belakang lori,ada bendera parti.dalam hati gua kata,takpe lah janji orang dapat bantuan dan ada orang nak tolong.

lama lepas tu,lalu lagi satu konvoi.kali ni siap bawak sampan belakang pick up.lagi sekali belakang lori ada bendera parti.tapi bila gua tengok trend macam gini,gua rasa lain macam.kenapa kena bawak bendera parti nak tolong orang? kenapa? nak bagitau parti ini tolong,parti ni tak tolong.kenapa jadi sampai macam ni..

banjir apa semua ni national crisis.bila gua tengok berita malam bila gua tak ingat,lagi rasa hangat hati.ada satu menteri ni,datang melawat ke perlis.lepas tu kata kerajaan negeri lain lembap,tak buat apa-apa.menteri tu melawat perlis pon mungkin sebab parti dia memerintah negeri perlis.tapi kalo buleh datang melawat ke perlis,kenapa tak buleh datang ke kokdiang yang sekangkang dari perlis? 1malaysia la sangat.

kenapa benda-benda macam ni pon nak ada politik.berapa kali gua tulis,biar politik masa pilihanraya saja.dah abes pilihanraya,fokus jela dengan kerja.kalo dah menteri kabinet malaysia,tanggungjawab lu kepada semua rakyat malaysia.jangan la nak memilih.korang nak gaduh-gaduh politik,yang dapat susah rakyat marhein macam gua ni.itu belum lagi cerita pasal songlap benda-benda sumbangan.

malaysia ni baru kena banjir sikit,tapi yang orang politik dah gaduh-gaduh.kalo ada gunung berapi macam kat indon,tak tau la macam mana nasib rakyat.walaupon gua tak kena pindah,tak kena duduk ramai-ramai kat sekolah,tak rosak harta rumah tapi kerja gua dekat dengan masyarakat.diorang banyak bercerita.ahli politik mana yang datang,yang jenguk.semua diorang tau.apa yang gua tulis ni pon terbit dari sembang-sembang kedai kopi dengan orang kampung.

gua rasa kesian.itu baru cerita rumah masuk air,belum lagi padi yang tenggelam dek banjir.upah menanam padi yang kena cari semula untuk tanam balik padi.dan malangnya,mereka cuma hanya pikir wakil rakyat dan agensi kerajaan dapat menolong.wakil rakyat pulang asyik nak berpolitik.

Thursday, November 4, 2010

dilema tak buleh nak balik kampung

mula-mula highway changloon-alor setar tutup..

lepas tu,jalan jitra-alor setar tutup..

hari ni jalan jerlun-alor setar tutup..

hujan dah tiga hari berenti..

banjir makin banyak..setiap hari kawasan baru banjir..

mana datang air banyak-banyak ni?

freak betol kedah ni..

tak dapat gua nak balik penang kalo cam gini....

Monday, November 1, 2010

p.ramlee

malam tadi gua tengok bio tentang p.ramlee kat history channel.sebelum ni gua tak pernah baca tentang bio atau cerita lengkap tentang p.ramlee.dekat media-media atau rtm sendiri pon tak pernah buat dokumentari lengkap tentang manusia yang digelar seniman agung malaysia.yang kita tau,p.ramlee seniman yang berbakat,beliau buat banyak filem dan lagu.

tapi malam tadi,gua dapat tahu serba lengkap tentang p.ramlee,cerita hidup,kontroversi,kejayaan dan kemahsyuran beliau.tapi apa yang gua terkejut,ialah tentang macam mana seniman agung tu dilayan oleh orang malaysia kita.dalam dokumentari tu ada dikisahkan,bila mana p.ramlee pulang dari singapore beliau dicemuh dan dikritik.filem-filem dikutuk.dan lebih teruk beliau jugak diboo apabila buat persembahan.dan lagi sedih,bila ada yang mengisahkan dihujung nyawanya, beliau hidup sebatang kara.tak hidup mewah macam artis-artis sekarang.gua terkesima bila dapat tau kisah sebenar beliau.

dibandingkan kalo di hollywood atau bollywood,manusia seperti p.ramlee diangkat dan dijulang.karya-karya mereka dijadikan rujukan bukan cemuhan.tapi bila tengok malaysia ini pelik.artis-artis yang pakai seksi lebih cucuk botox sana sini diberi penghargaan.siap diberi pingat.tapi tidak kepada yang betul-betul berkarya.p.ramlee cuma dapat tan sri selepas meninggal.begitu jugak dengan sudirman.beginilah realiti di malaysia ni.

tapi kepada kita semua,jangan la terlalu mengangkat artis-artis yang lebih jual tubuh daripada karya.dan hargailah penggiat seni yang betul-betul memperjuangkan hasil seni kerana seni.bukan kerana duit.bak kata afdlin dalam dokumentari p.ramlee
"kita kena mati dulu baru orang akan hargai"..malangnya,itulah yang terjadi pada p.ramlee..