itu hari masa gua kursus dekat penang dengan bekas director GLC tu,kami terpikir tentang satu persoalan.how on earth AC Mizal buleh beli kereta bentley?.ini kerana tuan director tu pon ada kereta bentley,dan kalo ikut kata dia kalo buat loan nak beli bentley,monthly installment at least RM9k selama 9 tahun.tapi macam mana AC Mizal yang baru start kompeni buleh beli bentley sebijik.tuan director tu takpe la,ada firm saham yang modal saje dah RM 33 juta.
tapi tadi tengah gua online cari pasal ogsm untuk buat presentation,gua buleh terjumpe pulak blog Aidid Mu'addib ni.akhirnya terjawab macam mana AC Mizal buleh beli bentley yang harga RM1 juta tu.bila gua baca,dengan komen-komen gua tergelak.terasa macam bodoh benar bangsa melayu ni.yang susah nak kaya cepat,yang kaya nak menipu.menipu pulak yang susah ni.paling bangang dah la nak menipu,letak pulak ayat ultramelayu nak tolong bangsa.wadefak.
kepada AC Mizal,nak bisnes elok-elok la.serius.ini maen kopipes je.bulat-bulat pulak tu.ape bodoh benar.
tengok,sebijik-sebijik perkataan diorang kopipes.ini bisnes seorang badut.menurut blog aidid tu lagi harga sebenar gelang tu cuma USD25 tapi kat sini diorang jual RM1000.kalo ikut skim bisnes dia pulak pulangan 43%.tengok la macam mana ultramelayu ni menipu.memang la buleh dapat 43% kalo dah jual harga berlipat kali ganda dari harga modal.kalo ikut fesbuk dia kata kos laen tak kire lagi.bongok la,kos lu bukan kos untuk satu gelang.lu beli dalam bundle,jadi bahagi-bahagi balik berapa la sangat kos-kos tu.
dan bila baca komen-komen pulak ada jugak yang menyokong.yang menyokong ni gua tak tau la dalam otak diorang dok pikir ape.benda ni logik akal je.lu jual gelang tak sampai 3 tahun,tapi dah buleh pakai bentley.mana lu cekau duit.dah tu,siap menayang-nayang lagi.yang bingai-bingai ni pon apa lagi,hari-hari berangan nak beli bentley.paling gua geli,bila ada penyokong siap bagi gelaran dato' kat AC.shit ah.lu tipu melayu lu nak bagi dato'.
tapi yang gua paling geram bila nak libatkan dengan alquran.melayu ni,bila nak menipu suka benar pakai alquran.kenapa? ooo,dalam bisnes baru nak rujuk-rujuk quran.dalam hal-hal lain takde la pulak nak bukak alquran.dah la lu menipu.lepas tu menyusahkan melayu lain pulak.nak masuk bisnes dia siap buleh bagi pinjaman.gua percaya,melayu yang otak senteng dia akan buat pinjaman.gua ada pengalaman.ada member gua,sanggup menipu kata keluarga kena bencana pastu nak pinjam duit.tapi bila dah masuk bisnes siap bulih beli kereta.sampai hari ini hutang pon tak bayar lagi.ada ke dalam alquran ajar macam tu?
kepada orang melayu,jangan la nak pikir cepat kaya je.bumi allah ni luas,rezeki ada mana-mana.carilah.itu yang tuhan ajar kita.banyak mana yang kita usaha,banyak tu la kita dapat.jangan pikir nak kaya cepat.kepada manusia macam aidid ni,keep on.tolong bukak lagi cerita pasal-pasal MLM yang banyak sangat menipu orang melayu.
#update:gua tengok dari tengah hari tadi beriya-iya orang serbu fesbuk ac mizal mintak explaination.siap ada grup anti dia.lagi banyak menipu,siap sangkut dengan mark&spencer dan maybank.lu orang nak join kutuk pegi r.gua malas.yang menjawab tu macam bengap.mintak penjelasan dok putar alam.
No comments:
Post a Comment