Monday, November 1, 2010

p.ramlee

malam tadi gua tengok bio tentang p.ramlee kat history channel.sebelum ni gua tak pernah baca tentang bio atau cerita lengkap tentang p.ramlee.dekat media-media atau rtm sendiri pon tak pernah buat dokumentari lengkap tentang manusia yang digelar seniman agung malaysia.yang kita tau,p.ramlee seniman yang berbakat,beliau buat banyak filem dan lagu.

tapi malam tadi,gua dapat tahu serba lengkap tentang p.ramlee,cerita hidup,kontroversi,kejayaan dan kemahsyuran beliau.tapi apa yang gua terkejut,ialah tentang macam mana seniman agung tu dilayan oleh orang malaysia kita.dalam dokumentari tu ada dikisahkan,bila mana p.ramlee pulang dari singapore beliau dicemuh dan dikritik.filem-filem dikutuk.dan lebih teruk beliau jugak diboo apabila buat persembahan.dan lagi sedih,bila ada yang mengisahkan dihujung nyawanya, beliau hidup sebatang kara.tak hidup mewah macam artis-artis sekarang.gua terkesima bila dapat tau kisah sebenar beliau.

dibandingkan kalo di hollywood atau bollywood,manusia seperti p.ramlee diangkat dan dijulang.karya-karya mereka dijadikan rujukan bukan cemuhan.tapi bila tengok malaysia ini pelik.artis-artis yang pakai seksi lebih cucuk botox sana sini diberi penghargaan.siap diberi pingat.tapi tidak kepada yang betul-betul berkarya.p.ramlee cuma dapat tan sri selepas meninggal.begitu jugak dengan sudirman.beginilah realiti di malaysia ni.

tapi kepada kita semua,jangan la terlalu mengangkat artis-artis yang lebih jual tubuh daripada karya.dan hargailah penggiat seni yang betul-betul memperjuangkan hasil seni kerana seni.bukan kerana duit.bak kata afdlin dalam dokumentari p.ramlee
"kita kena mati dulu baru orang akan hargai"..malangnya,itulah yang terjadi pada p.ramlee..

No comments:

Post a Comment