Thursday, July 5, 2012

nikmat

Sejak lately ni,masa rehat gua kat opis gua banyak melayan youtube.dah kurang tido kat surau.kebanyakan video yang gua tengok adalah mengenai agama.entah sejak bila gua dapat hidayah.kalo tak sebelum ni kot bukak youtiub kira nak layan lagu saja.

video tentang islam yang gua tengok kebanyakan mengenai muslim yang convert atau mungkin boleh dipanggil islam convertor kot.most of the video cerita tentang macam mana diorang boleh jumpa islam.terlalu banyak cerita dan cara diorang dapat hidayah.ada yang secara tak sengaja macam ada seorang tu dia tertarik dengan cara orang islam duduk,makan di restoran dia.dan ada yang membuat kajian secara serius tentang agama.bukak bible yang ada berbagai jenis,kemudian compare pulak dengan alquran.itu dilakukan oleh seorang american nama yusuf estes.

tapi satu video (dibawah) yang betol buat gua tersentuh ialah cerita lauren booth, sister in law kepada tony blair. tersentuh dengan cerita dia terutama tentang perjalanan dia semasa di palestin.cerita dia buat gua terpikir,how good palestinian people walaupon diorang hidup dalam kucar-kacir.



cerita-cerita dari convertor ni,banyak buat gua terasa insaf.yela, kita ni telah dilahirkan dalam islam.tak perlu nak susah payah mencari kebenaran di dalam agama.tapi, kita kurang bersyukur terhadap nikmat tersebut.mungkin dari kepayahan mencari kebenaran itu, para convertor lebih bersyukur.tapi kita walaupon sudah dilahirkan islam tapi kurang mempraktikannya.

dah macam ustaz pulak gua ni.dh gua nak layan youtube ni.assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment