Sunday, April 25, 2010

perangai orang kita yang gua tak suka

bila pegi sembahyang jumaat,satu benda yang gua suka tengok ialah masa tabung masjid mula bergerak.tak kira la,sebelum khutbah ke,semasa khutbah ke,atau selepas selepas selesai sembahyang.kadang-kadang dekat setengah masjid macam masjid hillpark atau usj diorang tak guna tabung.ada orang yang berjalan sambil bawak kantung isi duit.mungkin masjid-masjid dekat kl tak percaya dengan sistem tabung.

yang gua nak cerita kat sini ialah,bila tabung tu bergerak gua tengok tak semua jemaah masukkan duit dalam tabung tu.bagi gua,walaupon derma tu bukan sesuatu yang wajib,tapi tolong lah sedar sikit.kita datang masjid,kita guna air untuk wuduk dan istinjak,elektrik untuk kipas dan sistem mikrofon.letrik dan air semua tu kan berbayar.masjid pulak,sumber kewangan bukan nya ada yang tetap.mana lagi nak dapat duit kalau bukan dari sumbangan jemaah yang datang.

masa belajar dulu gua selalu sembahyang jumaat dekat masjid PPUM.gua kadang-kadang rasa malu bila sembahyang kat sana.yang datang sembahyang jumaat bukan kepalang orang.semua doktor-doktor,dress up atas bawah semua jenama bukan main.dekat tangan siap dengan PDA apa semua.tapi bila tabung lalu depan,slumber je tolak kat orang tepi.tak kan la RM1 pon tak buleh nak hulur? apa la sangat nak banding RM1 dengan gaji doktor yang beribu-ribu.

jumaat hari tu lagi gua rasa malu.sebelah kanan gua orang melayu kita,sebelah kiri gua mat bangla yang badan berbau mungkin lepas kerja tak sempat mandi,teros datang sembahyang jumaat.masjid kokdiang tabung bergerak lepas bagi salam sembahyang.bila tabung sampai kat orang kita,dia tolak teros kat gua.lepas habis turn,gua tolak sebelah kat mat bangla ni.sampai dekat mat bangla ni,terkial-kial dia cari duit.seluk poket baju tak jumpa,kemudian seluk poket seluar depan blakang.ada la terselit duit RM1 celah-celah kertas yang banyak dalam poket belakang seluar dia.gua senyum bila tengok dia sambil mengemas balik kertas-kertas dia yang melambak atas karpet.

tapi dalam hati,gua rasa malu sangat.mat bangla yang susah,merantau cari rezeki dekat negara orang pon buleh hulur kepada masjid.tapi orang kita,yang agak senang sekupang pon tak buleh nak hulur...

No comments:

Post a Comment