sabtu lepas gua pegi exam "memasuki perkhidmatan awam gred 41".gua punya jawatan kalau ikut surat jemputan pengawai tadbir dan diplomatik.sebab gua terasa nak kerja dekat kedutaan Malaysia kat dubai atau amsterdam gua stadi bersungguh-sungguh.tempat exam bukan calang-calang tempat,dekat MRSM Balik Pulau.lepas subuh gua dah keluar rumah,semangat memang berkobar-kobar orang kata.sampai awal gua ada borak-borak sikit dengan orang yang datang,bagi mood periksa datang.tapi sembang-sembang buat gua sakit hati,celakak rupa-rupanya dekat kepala batas pon ada exam.tapi kenapa SPA tak letak nama gua exam kat sana? takde gua susah payah nak panjat bukit balik pulau pagi-pagi.memang kes sabotaj nak lemahkan semangat gua.
soalan exam gua jawab dengan ekselen.karangan bahasa melayu memang sedap gua goreng.tapi yang gua tak berapa nak buleh skor soalan pemahaman bahasa melayu.dia punya soalan jenis bahasa karam singh walia.pepatah satu haram gua tak pernah dengar.pilihan jawapan pon buat gua konpius,rasa macam exam untuk mat bangla memohon kerakyatan Malaysia pon ada.abes jawab semua paper gua blah.terasa hati nak pusing komtar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
dah 8 tahun gua tak masuk komtar.time sekolah,ada duit atau tak setiap minggu mesti datang bila outing.terkejut gua tengok komtar hari ni.dah tak happening macam dulu,dah serupa pekan rabu gua tengok kedai-kedai dalam komtar.keluar komtar gua masuk satu kedai kamera.orang ramai kat dalam,tapi kedai tu kecik je.gua belasah masuk,sempit-sempit campur bau badan orang pon gua redah.pum-pang-pum-pang dalam sejam dengan tokei kedai.gua keluar kedai dengan hati berbunga.
masa konvo gua takde gambar,bersunat kecik-kecik dulu pon gua takde gambar.gua tak nak nanti kawen pon gua takde gambar.so gua angkat satu kamera..
No comments:
Post a Comment