pelan-pelan gua simpan.bila dah cukup,lebih kurang RM16 gua teros pecut lepas sekolah pegi pekan kepala batas.dalam otak cuma satu tempat je gua nak pegi,kedai kaset nyonya sebelah kedai orang tikam sport toto.masuk kedai gua dah nampak kaset krumania.tak pikir panjang gua capai kaset tu,teros pegi bayar.
sejak hari tu gua rasa,gua lah budak sekolah paling stailo.budak-budak lain semua bising cerita pasal power rangers putih dan merah,tapi gua tak layan semua tu.budak-budak sangat gua rasa,walaupon time tu gua belum akil baligh lagi.masa tu jugak gua ada syok dengan awek yang duduk sebelah gua dalam kelas.setiap masa,duduk sebelah dia gua nyanyi lagu 'janji tinggal janji' tak pon 'apa saja' konon ditujukan kepada awek tu.mak aih memang jiwang abis gua masa tu.penangan kaset KRU tu memang dahsyat.bukan setakat gua jadi jiwang tak patut, dalam karangan bahasa melayu pon gua ada selit lirik lagu KRU.
sebab jiwang berlebihan, gua rasa awek tu tak suka kat gua.gila apa darjah 6 nak paham jiwang-jiwang macam gitu.lepas gua masuk asrama,kaset tu tak tau ada kat mana.penat gua cari balik keliling rumah.jumaat hari tu masa lepak kat Mcd shah alam,gua teringat balik zaman sekolah rendah.sebab teringat gua download full album krumania tu.sampai hari ni gua dengar tak berenti.lepas ni kalau pegi karaoke gua nak test lagu KRU pulak.gua nak berduet-duet lagu 'janji tinggal janji'.'getaran jiwa' pon sweet kan? kihkihkih...
No comments:
Post a Comment