piala dunia kali ni paling pelik.sebab tv tak berbayar tak tunjuk live game.kalau ada pon rtm.itu pon bukan semua game diorang ambik.game yang diorang ambik pon,game yang tak berapa nak sedap.kalau 2006,gua ingat lagi game gilir-gilir antara rtm dan tv3.tapi 2010 takde dah.lagi gua kesian,berita sukan tv3 pon cerita world cup tunjuk gambar je,highlight pon tak beli.apa punya kedekut la stesen tv.promote bagai nak rak,tapi game live tak ambik pon.
hujung minggu aritu gua balik kepala batas.sebabkan rumah mak bapak takde astro,gua terpaksa layan bola dekat mamak.sejak gua kerja,ini la kali pertama budaya lepak mamak sambil tengok bola hidup balik dalam aktiviti hidup gua.sebenarnya,budaya ni ada dalam hidup gua bermula masa gua kat asasi UM.yang introduce kat gua budaya ni ialah member gua nama batek.gua masih ingat,first time lepak masa game epl man utd lawan newcastle.game debut untuk cristiano ronaldo masa tu.kami berdua lepak dekat mamak kat bangsar.batek cakap,"duduk kl,tengok bola kat mamak ramai-ramai.baru bujang.ada stail".gua yang baru nak kenal hidup kolumpo masa tu teros setuju,tambah-tambah kiri kanan gua penuh dengan lelaki yang datang lepak dengan awek-awek pakai hot pants.
bila sambung belajar,gua duduk rumah sewa.kitaorang ada astro,jadi budaya lepak mamak gua terhenti balik.tapi kadang-kadang terpaksa lepak jugak,sebab bil astro yang tak dibayar.final world cup 2006,kami satu rumah tengok kat kedai makan simpang tiga bukit angkasa,kerinchi.tapi bila hidup kat kl,jenis hidup duit tak berapa banyak,makan kat mamak tempat paling murah.cuba bayang nak makan malam dekat kerinchi,kalau pegi kedai sup makan nasi goreng sama air dah RM5 lebih.tapi kalo pegi mamak,roti canai dua dengan air baru RM3.kalau megi goreng pon sepinggan baru RM2.50
bila kita tengok balik,kat mana-mana sekarang ni mesti ada kedai mamak.dengan modal skrin besar dan lcd,mamak membuatkan orang yang tak mampu langgan astro tengok bola.meja dibuka di tempat parking,walaupon makan kat tempat gelap mamak tetap jadi tempat paling sedap nak tengok bola selepas rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment