Thursday, June 10, 2010
harapkan pagar,pagar makan padi
gambar atas tunjuk aset atau inventori yang hilang daripada pihak polis sejak 2001.menurut menteri yang bertanggungjawab terhadap polis,senjata dan kenderaan merupakan dua kategori logistik PDRM yang sering berhadapan dengan masalah kehilangan.
gua tak terkejut dengan berita macam gini,sebab enjin jet yang besar pon boleh hilang,tak kan revolver yang sebesar tapak tangan tak boleh hilang kat malaysia ni.tapi bila berita macam ni keluar rakyat malaysia perlu risau.bila polis yang sepatutnya menolong rakyat membanteras kejadian curi,rompak dan samun tetapi dalam polis sendiri pon ada kecurian.lagi menakutkan,senjata yang dicuri jatuh ke tangan siapa? samseng? mafia? mob? senjata yang dibeli dengan duit rakyat (taxpayer money) akhirnya menembak rakyat semula.kesian betul rakyat malaysia.
dari tadi gua cuba buat simulasi macam mana pistol polis boleh hilang.mula-mula pistol tu disimpan di gudang atau kat mana-mana depot.katakan sarjan A (bukan A Galak) nak pakai pistol.arahan dikeluarkan oleh superior dia,untuk ambik pistol kat depot A.bila dekat depot A,sarjan A bagi surat arahan dan pihak depot akan keluar pistol.gua tak pernah godek pistol polis,jadi gua bayangkan pistol ada nombor siri masing-masing.pihak depot akan listkan pistol revolver,nombor siri AE39839IL,dan nama penerima.ini secara basic jela.lepas dapat pistol,sarjan A pergi buat ronda kawasan naik moto.pistol baru mesti kena show off.dah ronda separuh hari sarjan A lapar dan dahaga sebab hari panas terik.Sarjan A pon singgah la mapley untuk pekena sepinggan dua nasi.lepas dapat port baik,dengan ray ban masih melekat di mata anne dipanggil untuk ambik order.masa makan dia letak pistol atas meja.bagi nampak garang bila budak-budak tengok.tapi sarjan A cuai,masa basuh tangan lepas makan nasi kandar,pistol baru tadi dibiarkan atas meja.balik dari basuh tangan,pistol dah hilang kena curi.
sarjan A buleh buat dua benda,sama ada buat report atau terus tak balik kerja sebab takut superior marah.kalau dia buat report dengan jujur,dia buleh didakwa akibat cuai.atau kalau dia tak report,semasa stok take polis buleh detect pistol hilang dan siapa bagi hilang.jadi polis buleh tangkap dan bawa ke muka pengadilan.
yang gua buat simulasi ini sebab,walaupon hilang tapi kenapa tak ada seorang pon yang kena dakwa? takkan pistol hilang sebab tikus makan? atau hilang sebab ada toyol datang masuk depot.tahyul gila kalau polis pikir cam gitu.ada csi pon takkan la polis tak buleh nak detect pencuri.oh ya,kalo ikut menteri tu lagi sampai hari ni cuma 4 semi auto dan 24 revolvers je yang berjaya dijumpai.
ok,dulu gua kadet polis.gua masuk pon bukan sebab apa,sebab kadet polis selalu dapat pegi keluar training kawat dengan sekolah-sekolah lain.time training buleh la nak riki-riki budak convent green lane,tak pon budak sri mutiara.sangap punya pasal sekolah lelaki,ada je jalan nak tengok pompuan.gua masih ingat dengan cakap seorang polis yang mengajar kitaorang kawat, kata dia "korang tau tak kenapa perkataan polis mula dengan huruf P? sebab buleh jadi macam-macam Pencuri,Perogol,Penyangak dan macam-macam lagi". buleh percaya jugak dak?
berita gu petik kat sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment