Monday, June 7, 2010

world cup

piala dunia datang lagi tahun ini.untuk lebih tepat,minggu ini piala dunia secara rasminya akan berlangsung.bagi gua,piala dunia bagaikan virus yang untuk semua umat manusia.semua orang akan ditimpa virus bila piala dunia berlangsung.yang tak pernah tengok bola,yang langsung tak tau pasal bola sepak pon tiba-tiba mula sibuk cerita pasal bola.awek-awek yang tak kenal Ricardo Izecson dos Santos Leit pon tetiba bubuh nama kaka dekat hujung nickname facebook (semalam gua dengar hot.fm ada dj pompuan ni bubuh nama kaka hujung nickname dia).tapi pedulikan,bagi gua cuma sukan dapat menyatupadukan semua manusia.tak percaya? tengok apa jadi kepada afrika selatan masa piala dunia ragbi 1995? agama pon belum tentu dapat satukan sesuatu umat.jadi marilah kita semua meraikan fiesta yang cuma datang sekali setiap empat tahun.

semalam bila gua tengok berita sukan tv3,ada ditemuramah pemain-pemain bola malaysia tentang pasukan pilihan.kembar 2 orang yang lagi banyak berita di urtv daripada segmen sukan suratkhabar tu pilih brazil,sorang lagi yang gua langsung tak kenal pilih spain.gua dah agak jawapan diorang.orang malaysia memang berfikiran standard, suka sangat benda-benda popular.gua percaya,ramai orang malaysia pilih brazil sebab diorang menang lima kali.yang pilih england pon ramai,sebab setiap minggu tengok epl.tak pon beranggapan salah,'gua sokong chelsea,jadi gua kena sokong england sebab ada fat lampard dan cashley cole".yang pilih spain pulak,sebab dulu suka ronaldo,sekarang ronaldo main la liga,automatik suka s
pain.walaupon ronaldo tu main untuk portugal.tambah pulak spain baru menang euro 2008.semua itu sangat 'malaysia'.

tapi gua bukan macam orang lain.walaupon gua peminat separuh mati man utd,gua langsung tak sokong england.kenapa? sebagai seorang pengikut
republik of mancunia,sememangnya semangat united>england sangat tinggi.ini kerana,setiap minggu semasa perlawanan liga,penyokong lawan akan memanggil rooney sebagai 'ogre' atau'fat bastard'.semasa sambutan memperingati munich 1958,penyokong pasukan lain akan boo upacara tersebut.jadi kenapa perlu bersama hipokrit untuk menyokong england? brazil pulak bagi gua,terlalu sempurna untuk setiap edisi piala dunia.gua percaya ramai yang lebih suka tengok game brazil kalah daripada tengok mereka menang.spain pulak, terlalu diva sangat selepas menang euro 2008.



pasukan pilihan gua tak lain tak bukan die nationalmannschaft, Germany.iya,jerman adalah dimana bola sepak dimainkan secara ikhlas dan jujur.jika epl berdasarkan untung dan rugi,la liga yang penuh dengan primadona dan galaticos,serie A penuh dengan skandal.tetapi tidak di bundesliga.bola sepak jerman lebih kepada sukan untuk rakyat.harga tiket bola sepak jerman adalah yang termurah,dan walaupon semua perlawanan disiarkan secara langsung,stadium sentiasa penuh.ikatan antara pemain dan penyokong sangat kuat,sebab itu kalau selepas setiap perlawanan para pemain akan melakukan gerakan HUMBA,sebagai menghargai sokongan penyokong. disebabkan kejujuran dan keikhlasan bola sepak inilah,jerman dikurniakan begitu ramai pemain-pemain yang boleh mewakili pasukan kebangsaan.tengok saja barisan penyerang,kem england terkial-kial mencari partner untuk rooney,tapi jerman selamba boleh ada enam orang penyerang.banyak lagi yang buleh dicerita pasal pasukan jerman.gua pon ada second team,argentina.world cup yang lepas gua letak argentina first team,germany second.tapi tahun ni team les albicetes gua musykil sket.team lain kalut-kalut buat friendly,diorang satu pon tak buat.entah-entah diorang tengah khusyuk buat usrah dengan tabligh-tabligh maradonista.

Steht auf, wenn ihr deutsche seid...Steht auf, wenn ihr deutsche seid.....







No comments:

Post a Comment