Tuesday, June 1, 2010

huh,pantang ditegur sikit

ok,hari ini keputusan exam SPA keluar.walaupon dalam surat kata keputusan keluar 17/05/2010, tapi baru hari ni buleh check.gua tak tau la orang SPA ni kerja macam mana.jauh benar lari tarikh nya.itu kalo kerja dengan kompeni besar,mampos kena pecat.kecewa dengan perangai SPA,hari ni gua check.berjaya mencapai jangkaan awal,gua gagal.mak aih,first time dalam hidup gua gagal exam.eh,eh second time.first time dulu exam lesen kereta.itu pon sebab jpj yang celaka.gua tengah nak gerak dari tengah bukit,tetibe jpj sorang ni panggil nama gua.kaki terlepas clutch,kereta gua mati.pundek betol,tak pasal-pasal gua kena bayar RM50 nak repeat test.

berbalik kepada exam SPA,gua memang syak tak lulus.gua tak percaya buleh lulus sebab jawapan dalam soalan esei bahasa melayu gua.dalam jawapan,gua selambe hentam kerajaan.mari kita tengok balik apa yang gua jawab.soalan dia lebih kurang gini,"macam mana Malaysia hendak mengurangkan kebergantungan import barangan makanan dari luar".mula-mula tengok soalan gua dah rasa idea datang bertubi-tubi.gua cuma terpikir dua benda,gua nak jawab stail noh omar atau hishamuddin rais.gua konpius,gua pilih jadi kedua-duanya.

isi pertama esei gua ialah kerajaan langsung tak menjaga kawasan pertanian.gua cakap benda betul.tak percaya korang datang tengok kat kedah ni.macam mana tanah bendang banyak dibiarkan ditambun untuk buat TESCO,buat taman-taman perumahan,buat projek-projek tak faedah.jadi macam mana nak bagi produktiviti lebih? benda simple je untuk dipikir,bukan rocket
science pon.isi kedua yang gua bagi,kerajaan tak peka kehendak penduduk.korang tengok bila hari raya,sebelah utara buat ketupat palas guna beras pulut.kuih muih yang mengisi tembolok kita semua banyak guna pulut.tapi ada kerajaan suruh petani tanam padi pulut? kalau ada pon,terlalu sikit di terengganu berbanding permintaan pengguna.kerajaan tak nampak ke semua tu.dahla tanah pertanian makin sikit,variasi pon tak ada.jadi macam mana nak kurangkan import? pastu gua hentam lagi kerajaan cuma lebih banyak buka tanah untuk pembangunan berbanding pertanian.yada,yada...

makin lama tulis makin sedap gua hentam kerajaan.gua langsung tak jadi noh omar,yang pasti akan memuja setiap langkah-langkah kerajaan.tapi bagi gua,apa yang gua tulis tu betul.sebab gua sendiri berada dalam industri makanan malaysia.dah hampir tiga muka surat gua goreng ayat baru gua sedar.gua patut puji kerajaan kalau nak kerja dengan gomen.sebagai balasan langsung tak meng'up' kan kerajaan gua gagal exam tersebut.jadi harini gua dapat satu pengajaran berguna.dem btol.tak dapat gua nak kerja dressing smart-smart masuk kerja pukul 8 pastu pekena teh sampai pukol 10...



No comments:

Post a Comment