Monday, May 31, 2010

aktiviti hujung minggu

hujung minggu lepas gua jumpa macam-macam benda...

mula-mula makwe sweet datang kedah.naik keretapi tanah melayu dari KL Sentral.10 jam atas keretapi naik kematu bontot katanya kihkihkih..


petang tu kitaorang jumpa satu event kat alor star.cuba korang tengok benda apa tu? tengok betol-betol..



seronok betul tengok benda ni.first time plak tu tengok.dulu masa kat putrajaya gua teringin nak pegi tengok.tapi tetibe kat kedah ada jugak buat.
sanggup kitaorang tunggu dua jam nak tengok bendalah ni nak terbang..


kitaorang sampai kat event ni dalam jam 5 petang.tapi dah nak dekat maghrib baru nak berani terbang belon-belon ni.


sekarang musim kawen-kawen.sabtu gua pegi kenduri kawen classmate masa belajar UM dulu.


budak-budak kelas yang datang semua awek-awek je.gua sorang je laki yang datang.gua kena pegi sebab yang kawen orang satu kampung.sangat tak manis kalo gua tak pegi.tempat kenduri pulak cuma sebelah tempat gua jogging kalo balik kampung.

perghh,penat gua nak cerita pakai gambar.kalo nak cerita lagi memang banyak benda.belum lagi cerita lagi tempat-tempat kitaorang pegi makan.nasi kandar,sotong kangkung,apom lenggang.oh ya,makwe sweet baru tau apom lenggang.dia kata tak pernah makan dan tengok sebelum ni.sebelum balik KL makwe sweet cakap negeri-negeri sebelah utara paling best.sebab banyak sangat benda makan.gua setuju 100%..kalo tak,takde la dia buleh rambang mata bila gua bawak pegi pasar malam kepala batas.kihkihkih

No comments:

Post a Comment