hari ini 30 jun 2010,bermakna dah separuh tahun 2010 berlalu.kalau nak disamakan dengan bola sepak,ini bermakna separuh masa pertama sudah abes.waktu rehat untuk pemain dan manager,untuk menyusun semula strategi dan menaikan semula semangat.macam kat kilang gua,arini sebok dengan 'stok take' pertengahan tahun.semua benda perlu dikira berapa yang tinggal.tengah gua golek-golek dalam surau (musim bola,gua banyak tido dalam surau waktu rehat),terpikir benda-benda yang gua dah buat sepanjang 2010.
tak banyak benda menarik yang berlaku sepanjang 2010 bagi gua.yang paling menarik gua rasa bila gua dapat bonus bulan empat lepas.sepanjang hidup gua,tak pernah gua dapat duit seketul banyak tu.gua bersyukur kepada tuhan.tapi benda yang lain-lain,gua rasa biasa je.gua rasa hidup macam bosan,setiap hari buat benda sama.same old,same old.pagi bangun,pegi kerja,balik kerja,tengok tv pastu tido.esok sambung buat benda sama jugak.duduk kokdiang,tak banyak benda yang gua buleh buat.wayang takde,kedai makan best-best takde.sebab tu,setiap kali balik kepala batas gua entertain diri sendiri.pegi tengok wayang sorang-sorang macam loser,beli makanan yang sedap-sedap,balik rumah.gua jadi hepi.
masuk second half 2010,maknanya usia gua naik lagi setahun.hidup gua dah suku abad bulan 12 ni.umur macam gini gua kena pikir untuk naik lagi satu 'step of life' iaitu kawen.member-member gua dah ramai dah berkelamin.tahun depan semua dah ambik gilir.tak buleh jadi,gua kena berusaha.jadi kelmarin gua suruh makwe sweet buat satu benda,pegi tanya kos member gua yang baru kawen itu hari.malam tadi makwe sweet terang satu-satu "hantaran 10k,baju 3k,khemah 780,yada,yada...semua sekali busuk-busuk rm30k"...."gulp" gua telan air liur banyak sekaligus...sambil memandang diluar jendela.....tak buleh jadi,gua kena buat macam gua plan itu hari.getus hati nurani gua...
No comments:
Post a Comment