sekarang ni musim bola,jugak musim judi di seluruh malaysia.hari-hari tengok dekat berita tv dan akhbar tentang pembongkaran dan penyelesaian kes judi bola sepak.setiap hari ada je bookie atau tauke yang kena tangkap kerana judi haram.ya,dekat malaysia ada judi haram dan ada judi halal.tapi kenapa bila musim piala dunia je baru kecoh-kecoh nak tangkap? kalau bukan musim tak ada pon operasi yang membanteras judi ni.
sebenarnya judi ni dah sebati dengan orang malaysia.sejak kecil kanak-kanak didedahkan dengan judi.tak percaya? korang pernah dak beli jajan plastik kaler hitam,dalam ada keropok kaler kuning pastu ada kad kecik.bukak kad kecik tu ada tulis menang apa atau tak dapat apa-apa.kadang-kadang hadiah yang nak menang tu tak logik langsung dengan tikam cuma 20sen.tapi, itulah ketagihan kanak-kanak zaman gua dulu.gua masih ingat,hadiah paling besar gua pernah menang ialah RM2.gua tikam masa bulan puasa.takut rasa berdosa,gua guna duit tu beli mercun.sebab dah sebati dari kecik,sebab tu la terbawak-bawak bila besar.
sebab tu la ramai orang malaysia suka dengan judi.sebab sejak kanak-kanak otak dah dididik dengan judi.kadang-kadang benda nampak senang dan kecil,tapi sebenarnya dari benda kecil tu yang membentuk masyarakat sekarang ni.kalau kita tengok suratkhabar pon ada buat judi.contoh,teka bola dalam satu surat khabar melayu.kumpul gambar,kemudian teka bola tu sepatutnya ada dekat mana.dengan teka kalau betul buleh menang duit ribu-ribu.bukan ke itu satu judi jugak? tapi tak pulak kena serbu oleh polis.sebab itu la tadi gua ada bagitau,dekat malaysia ada judi halal dan haram.satu contoh judi halal,yang dalam surat khabar la.
jadi tak payah la polis nak kalut-kalut banteras judi bola sepak world cup.sebab masa bukan musim bola,banyak lagi judi-judi yang tak dibanteras.epl,la liga pon gua rasa diorang dok main bet.tapi gua pikir polis ni mungkin nak tolong diorang cover balik silap bagi lesen judi itu hari.tak pon,pak menteri baru perasan judi tu haram..
No comments:
Post a Comment