bagi gua,hari valentine day ni hari yang mengarut.cuma cara geng kapitalis untuk buat duit.harga coklat,bunga,dan benda-benda lagha laen pasti meningkat.ini kerana,masa ini saja lah benda-benda tersebut laris dan permintaan tinggi.setengah website ada mengatakan jualan kad ucapan semasa valentine kedua tertinggi selepas krismas.lu orang tengok la betapa banyak duit boleh dibuat oleh golongan kapitalis.
gua tak pernah sambut.dan gua tak pernah larang pon siapa-siapa nak sambut.sebab bagi gua,semua orang ada pikiran dan boleh berpikir kewajaran menyambut valentine day.tak silap gua majlis fatwa ada keluar fatwa haram.tapi sama je macam rokok.ada fatwa,tapi orang tak ikut pon.
tapi tadi masa gua tengok berita ada tunjuk jawi,jais buat tangkap basah merata tempat.banyak jugak melayu-melayu yang kena cekup.tapi yang gua heran,kenapa geng-geng ni cuma serbu hotel-hotel murah? memang la melayu ni tak banyak duit.tapi gua rasa yang geng-geng dato' ramai je yang menyontot kat hotel-hotel mahal.tak pegi serbu pulak?
lagi satu yang gua heran,kenapa masa valentine je buat serbu besar-besaran.padahal,gua rasa malam-malam lain pon ramai je yang buat maksiat.malam tahun baru contohnya.gua pernah je tengok awek pakai bra berjalan kat klcc malam tahun baru.itu belom kira sambutan-sambutan lain.macam st patrick's day,octoberfest dan lain-lain lagi.berapa ramai melayu yang mabuk-mabuk? kat fesbuk pon buleh tengok.
jadi kepada semua,tak salah sekiranya nak meraikan cinta pada hari-hari tertentu.macam faisal tehrani,mencadangkan 1 zulhijjah sebagai hari meraikan cinta.tapi bagi gua,setiap hari perlu diluahkan rasa cinta tersebut.cinta pada tuhan kita luahkan dengan berzikir setiap hari.rindukan rasul selawat ke atasnya.cinta sesama manusia,lafazkan dengan kata-kata.jadi raikan la cinta anda,tika ia masih ada..
'all you need is love,all you need is love,all you need is love,love,love is all you need'~the beatles
Need You Now -Lady Antebellum
disebabkan lagu ni menang grammy,gua nak letak.sebab cik tunang pernah bagi kat gua lagu ni tak lama dulu.sweet kan?
No comments:
Post a Comment