tujuan lawatan nak mengharmoni hubungan antara jabatan kerajaan dan perusahaan swasta kot.macam tu la kot lebih kurang.dalam surat tu diletak la sekali borang keterangan mengenai kilang gua yang perlu diisi.
jadi pagi tadi gua pon ingatkan staff gua supaya bersihkan sikit kilang dan cuci apa-apa yang patut.gua pegi keje lambat sikit sebab nak pegi klinik ambik ubat dulu.masa kat klinik doktor tanya nak kerja atau tidak.tapi disebabkan gua teringat ada lawatan,gua cakap kat doctor nak kerja.gila lu,kalo penolong pengarah tu ada komplen apa-apa tak ke naya aku di kemudiana hari.settle jumpa doctor,tros aku pegi kilang.ngam-ngam lagi sejam sebelum penolong pengarah tu nak datang.
kalo ikut surat,dia nak datang jam 11 pagi.gua pon settlekan la borang,beli makanan untuk hidang dan kemas-kemaskan sikit.
bila jam tunjuk jam 11 gua dah mula redi.kitaorang semua tunggu.jam 11.20 masih belum datang.dalam hati gua dah mula panas.takpa,janji melayu memang macam ni.gua cuba sabarkan diri.11.30 masih tak sampai.gua dah mula geram.jam 12.00 masih tak nampak batang hidung.12.30 pon tak sampai-sampai lagi.celaka apa macam ni.bukan datang dari kl,pejabat dari alor setar.tak mungkin sesat.sampai jam 2.30 memang gua rasa dia dah tak kan datang.gila apa janji jam 11.00 tapi datang jam 3 petang.gua pon cakap kat staff,memang dia tak datang.jom kita makan benda yang dah dibeli.takut basi,bazir pulak.
gua memang geram bila orang buat janji macam ni.menyusahkan.kalo tak boleh datang pon,bagitau la.dah la gua sanggup tak ambik mc semata-mata lawatan korang.rm30 mee goreng staff gua belikan.tak ke membazir? kerja gomen ni,buat la professional sikit.nak datang punya beriya-iya dengan surat apa semua.nak cancel tak kan tak buleh nak talipon? dem btol.
Ko forwardkan blog ni kat PM ataupun hantar direct dekat Ketua Seitiausaha Negara..... biar dieorg zaskan terus pegawai tu.....
ReplyDeletetak nak la aku sampai ke situ.tapi memang geram la dengan cara kerja macam ni.langsung tak beretika.
ReplyDelete