Saturday, February 12, 2011

khabar dari kyoto













































cik tunang sangat sibuk 'bekerja' dikilang buat masa ini.hari-hari kena bangun awal pagi,sebab perlu masak untuk dibuat bekal semasa rehat.katanya memang dah jadi budaya kerja di kilang sana masing-masing bawak bekal.semestinya tiada budaya,'ilek lu,isap rokok dulu' ataupon 'jom pekena dulu' yang sangat feymes di negara kita.disebabkan,kyoto ni macam bandar tradisional jadi hari minggu banyak dihabiskan untuk membeli belah barang-barang cenderamata.































ini gambar dari rumah cik tunang.jumaat hari tu salji turun renyai-renyai di kyoto.walaupon sekejap katanya,tapi bagi gua dia dah merasa pengalaman salji..bila la gamaknya gua nak dapat main salji nih? haiishh..

#update hari isnin
hari ini cik tunang cakap salji lagi.katanya hari ni lagi panjang masa salji dia.punya la seronok dia cerita.siap up lagi gambar suruh letak kat sini.




























































ini antara gambar yang cik tunang bagi.gua pilih gambar yang ada banyak salji dalam dia.gambar last tu walaupon tak nampak muka,tapi gambar tu mengingatkan gua tentang lawak lama cik tunang masa belajar dulu.lawak mengenai hari hujan takde payung.gua malas cerita takut tak kelakar.

tapi kepada cik tunang.'payung takde, kenapa tak pakai helmet?' kehkehkeh...

3 comments: