yang pencen,seorang yang dah khidmat sungguh lama.sejak kilang gua ni bukak kalo gua tak silap.tapi yang gua percaya dia dah bekerja selama 20 tahun lebih.tapi,kalo nak diikutkan memang semua staff kat kilang gua macam tu.semua dah bekerja lebih dari 15 tahun.umur masing-masing semua 40 tahun ke atas.gua paling muda.yang ada muda pon tak silap gua umur lewat 30 an.awek langsung la.tak ade sorang pon.gua ni kalo diikutkan generasi kedua selepas kompeni diswastakan.sebelum ni kompeni gua kepunyaan gomen.
staff kilang gua kebanyakan bermula dari bawah.ada yang bermula dari pekerja bergaji hari.ada yang sudah bekerja belasan tahun baru dapat jawatan tetap.tapi diorang tetap setia bekerja sampai hari ini.gua ada terpikir mengenai perkara ni sebaik tamat majlis.setelah gua pikir dan analisa segala kemungkinan,didapati terdapat beberapa perkara yang membuatkan staff gua kekal bekerja sehingga puluhan tahun.tapi salah satu daripada perkara tersebut ialah rawatan kesihatan yang diberikan.
kompeni gua memberikan rawatan kesihatan percuma kepada pekerja serta keluarga termasuk ibu bapa.peruntukan bernilai puluhan ribu ringgit disediakan bagi setiap pekerja setiap tahun.sebab itu,kebanyakan pekerja atau keluarga yang sakit dapat menerima rawatan dari salah satu hospital terkemuka di kedah ni.kalo ke hospital tersebut boleh dikatakan pekerja kompeni gua mesti ada.
jadi bagi gua,benda inilah penyebab paling kuat semua pekerja dikompeni gua bertahan begitu lama.gua tak ada anak mungkin tidak terasa sangat.tapi sesetengah tu,yang ada anak dibedah kerana appendiks,dibedah kerana tonsil semua secara percuma.semuanya kerana ditanggung oleh majikan.sebab tu gua dah berazam,kalo nak cari atau tukar kerja baru.cari kompeni yang besar,yang bagi kemudahan macam kompeni gua sekarang.
tapi apa-apa pon gua tertarik dengan satu quotes yang gua jumpa kat mana tak ingat.
'love your jobs,not your company.because you never know when your company not love you anymore'
No comments:
Post a Comment