sekolah gua dekat masjid negeri pulau pinang.setiap jumaat,kami beramai-ramai akan jalan kaki ke masjid.selalu dalam jam 1.00 dah gerak pegi masjid.tapi itu bergantung kepada warden yang bertugas.kalo kena yang bertugas abang mus,jam 12.45 jeritan 'alrite,boys....quickly,turun..make sure semua suis kipas tutup'.abang mus cikgu english sebab tu dia panggil campur-campur bahasa inggeris.
masa form 1-3,pergi sembahyang jumaat tak berapa seronok sangat.lagi terseksa adela.pegi mesjid kena pegi pakai baju melayu,dengan sampin.pastu kena bawak buku khutbah dan pen.masa khutbah kena salin isi khutbah sebab tak nak bagi tetidur.ini semua badan tertinggi pelajar(BTP) punya arahan.memang tak boleh tak tulis.sebab balik sembahyang,teros kena hantar untuk di check.nak tiru member pon tak sempat.kalo tak buat,nanti malam lepas isyak kena ketuk ketampi 100 paling kurang.masa mula,sekolah gua saja yang buat salin-salin khutbah.tak lama lepas tu,penang free pon mula buat salin khutbah.
bila naik form 4,dah mula longgar sikit.pegi mesjid pon tak payah salin khutbah.sebab BTP pon cuma tua setahun.tak kan nak suruh ketuk ketampi lagi kalo tak buat.pegi masjid pon jarang pakai baju melayu dan sampin lagi.kecuali kalo abg mus yang on duty,kami pegi masjid pakai kain pelikat.baru nampak senior sikit.pegi pon dah mula lambat-lambat.bukan apa,kalo pegi lambat sikit,buleh ushar-ushar awek sekolah convent green lane tunggu bus depan asrama sekolah gua.steady la,bila sekolah laki ushar sekolah pompuan.dua-dua plak sekolah sejenis.memang galak.tapi apa masalah tak tau la,ushar nak.nak pegi tegor kecut.
naik form 5,jadi senior lagi seronok.pegi masjid pakai tshirt dengan kain saja.balik masuk masjid,masuk dewan makan junior-junior tengok penuh kagum.otai betol senior diorang.masa tu,bukan main bangga kitaorang.yela,pakai macam tu warden pulak tak kata apa.tapi lagi seronok masa form 5,pegi masjid ada misi lain.abes sembahyang tempat yang dituju bukan asrama.tapi stesen minyak dekat dengan mesjid.masa tula,masa pegi beli rokok.walaupon stesen minyak menyimpang jauh dari jalan balik asrama.tapi takde hal.sebab sembahyang jumaat bukan outing.ade had masa.lepas beli rokok,lepak pulak makan cendol sebelah stesen minyak.beli rokok tak pernah kantoi.sebab dulu ade jual kotak 7batang.selit celah lipat kain pon tak perasan.hari jumaat makan dewan makan tak sedap.masak asam pedas ikan dengan kangkung masak air.gua memang tak berapa lalu.
oh ya,sekeliling mesjid negeri penang banyak sekolah yang berasrama.sekolah gua,penang free,teknik batu lanchang,dan teknik tarp.selalu kalo ada majlis apa-apa kat mesjid negeri,semua sekolah dijemput.masa form 5 memang bersemangat nak pegi kalo ada majlis.seronok sebab buleh ushar budak-budak sekolah teknik.masa form 1-3,tak buleh lagi.sebab tak sama umur.
ushar memang berani,tapi nak tegur semua kecut.seronok dulu pegi sembahyang jumaat masa sekolah.walaupon niat nak ke masjid tak berapa nak betol sangat,tapi setidak-tidaknya ada jugak la terasa nak ke mesjid.tapi walaupon gua dah banyak masjid gua sembahyang jumaat.ada satu uniknya sembahyang jumaat di mesjid negeri penang.sebelum azan,ada satu bacaan yang dialunkan oleh bilal.setakat ni, gua tak pernah dengar dialunkan di masjid lain.ada lagi ke tak sekarang gua tak tau.
No comments:
Post a Comment