Wednesday, December 21, 2011

nasihat seorang loser

zaman remaja gua dibesarkan di asrama sebuah sekolah mubaligh islam yang semua lelaki.disebabkan sekolah mubaligh islam,jadi bercakap serta bergaul dengan golongan awek seolah-olah harom.kerana ia perkara maksiat.syaiton nir rajim senang nak dekat.

disebabkan gua begitu tekun menuntut ilmu-ilmu islam,jadi pembesaran zaman remaja gua sedikit terbantut terutama dari segi bergaul dengan awek-awek.sampai hari ini,gua masih tak buleh serta tahu macam mana nak tegor perempuan yang tak kenal.

pernah jugak la gua cuba-cuba jugak nak ngorat awek.yang gua ingat dua kali kalo tak silap.sorang awek satu kumpulan masa kursus btn.sorang lagi awek kadet polis sekolah convent green lane.dua-dua bila gua dah dapat nombor telefon dari member,gua haram tak telefon langsung.segan dan takut.apa? lu ingat macam sekarang ke ade henfon buleh sms je.dulu tepon rumah tahu tak? nak telefon,belum bubuh syiling dalam public phone asrama dah ketar lutut ni,takut bapak awek tu angkat.

dah abes sekolah,masuk asasi um gua berkawan dengan jenis sekepala.jenis yang langsung tak reti nak tegur awek.dalam bilik semua sembang kencang,tengok awek tu cun la,nak tackle awek itu ini.tapi bila jumpa depan-depan semua kecut telor.jadi,memang bab-bab awek ni gua agak loser.tak percaya tengok friend list fesbuk gua.berapa kerat je awek.

so,macam mana lelaki macam gua ni boleh berkawen?

jawapan dia senang je,hati dan tuhan.bila hati ni dah berkenan sangat dengan sumone,mintak pada tuhan banyak-banyak.gua percaya sikit demi sikit tuhan akan buka jalan dan hati masing-masing.tapi yang penting,kena tetapkan hati dan jangan gatal dengan banyak pompuan.gua tulis ni berdasarkan pengalaman.


*dulu gua pernah terpikir,kalo masuk umur 28 masih tak kawen,gua nak suroh mak gua cari cikgu buat calon.cikgu sejarah.sebab nanti kalo anak tanya pasal sejarah,dia buleh ajarkan.gua lembap sejarah.

No comments:

Post a Comment