entri bersiri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan gua mengenai kehidupan semasa dekad 90.dimana kehidupan malaysia yang paling happening berlaku.
raya di zaman kanak-kanak dulu sangat seronok.di zaman yang belom ada astro,psp,blackberry dan segala mak nenek gajet.raya zaman gua kanak-kanak to be specific sekitar 90-an sangat true.raya memang betul-betul disamabut.
bagi gua,raya bermula bila hari ke 20 puasa.masa tu gua memang dah mula sibuk.bukan sibuk buat kueh.tapi sibuk pasang pelita.masa kanak-kanak gua memang rajin.memang langsung tak ada sape yang suruh.gua sendiri-sendiri.bapak dan adik gua langsung takde tolong.jadi gua la yang cari kayu,beli pelita,buat sumbu.kadang-kadang sampai tergolek gua sebab penat sehari buat panjut.mana maen tiga empat bijik pelita.paling koman 20 bijik.laman rumah gua besar.sebab tu kena banyak.bila malam je,tak sempat-sempat lepas buka pose teros pegi pasang.malam gua bukan main senyum puas.
dekat-dekat hujung pose.datng aktiviti baru.bakar mercun dan bunga api.dulu bulan pose bukan main simpan duit belanja sekolah.pegi sekolah mak kasi seringgit,balik sekolah pon ada seringgit dalam poket.mana buleh belanja,nanti lari bajet.zaman gua sekolah,mana berani nak mintak-mintak duit.kemuncak main mercun,bila malam raya dan pagi raya.malam raya macam orang gila main mercun.pernah sekali gua baling mercun masuk poket baju akak gua.pagi raya pulak lepas subuh,tengah gelap-gelap lagi gua pegi bakar mercun.kejut orang bangun hari raya.
hari raya dulu bukan macam sekarang.dulu mana ada astro.yang ada pon tiga channel je.tv memang tak menarik masa zaman kanak-kanak gua.sebab tu abes je sembahyang raya,teros pegi beraya rumah orang.dialog biasa bila pegi rumah orang "kami tak mau makan,nak beraya je".tak kira la rumah orang kaya ke miskin ke.penah jugak sekali tu pegi rumah mak cik tua.raya dia hidang teh o je.duit raya pon dia bagi 20sen.tapi dah perangai kanak-kanak.sebat jela.bukan nak reti kesian.
gua kira-kira tak silap duit raya yang gua kutip masa raya kanak-kanak tu ada dekat tujuh lapan ratus.tapi gua tak guna duit tu.bapak gua marah.dulu dia siap bukak bank pertanian untuk simpan duit raya yang dapat.gua masih ingat,masa mula-mula bukak dapat tabung bentuk kelapa,kaler hijau.sampai hari ini duit tu masih ada lagi selamat dalam akaun asb gua.nanti,kalau gua kawen ke,duit raya zaman kanak-kanak gua masih ada bagi sumbangan.
bila umur dah meningkat,gua pulak masuk asrama.satu-satu gua tinggalkan.dah tak ada panjut,dan pegi beraya.tapi main mercun masih gua amalkan.tapi kali ini lebih kepada melayan anak-anak buah gua.mana buleh pisahkan raya dengan mercun.
tapi hari ini,semangat raya dah jadi lain.technologies kill tradition.panjut dah diganti dengan lampu lip-lap.kad raya dah ganti dengan sms dan mms.mercun bunga api dah haram.diganti dengan playstation,psp dan xbox.ketupat dah ganti dengan nasi himpit plastik.dan lagi teruk raya tahun ni ada pulak pak haji lebai santa.silap-silap nanti baju kurung,baju melayu dah jadi macam baju astronaut.
tapi gua bersyukur,setidak-tidaknya gua telah berjaya melalui kehidupan di dalam dekad yang masih ada unsur-unsur tradisi.
No comments:
Post a Comment