Tuesday, September 21, 2010

ops sikap

wikend lepas gua drive penang-seremban-penang.naik highway utara selatan.musim-musim raya memang rancak ops sikap polis.gua tak tau la ops sikap ni apa tujuan dia.untuk speed trap,atau untuk buat catitan statistik je.

disebabkan operasi tengah rancak,gua tengok berlambak khemah polis kat tepi highway.boleh dikatakan dekat setiap R n R ada sebijik khemah biru putih.itu memang khemah polis,bukan khemah orang jual lemang.

disebabkan ada khemah,gua bawak slow bila lalu kawasan R n R.jadi gua memang buleh tengok aktiviti encik polis dalam khemah tu.tapi apa yang gua nampak?

encik polis tengah gayut/maen henset..

encik polis tengah baca paper..

encik polis tengah berborak dua tiga orang..

encik polis tengah mengeteh..

jadi,tak hairan la ops sikap ni memang tak berkesan setiap tahun.gua harap tahun depan sepatutnya ops sikap ni bukan untuk driver.tapi untuk abang-abang polis..

No comments:

Post a Comment