gua jumpe banyak tattoo..laki pompuan semua banyak tattoo..palik gua suka corak tradisional sarawak.kalo tattoo halal,gua ingat nak angkat satu.
gua jumpa banyak booze.mungkin sebab banyak etnik,booze dah jadi macam biasa di sana.gua pegi rainforest music festival terkejut tengok ramai minum booze.pak arab pon selambe.gua ingat kalo rainforest buat dekat perlis atau perak,mau melompat ibrahim ali dengan nik aziz.
gua jumpe rumah panjang.paling gua suka rumah panjang etnik orang ulu.sebab ada corak ni.dari dulu gua memang suka corak sarawak ni.kalau ada orang pegi sarawak gua tak pesan kek lapis atau gambir,gua cuma pesan baju corak sarawak.
ini gambir sarawak,melambak jual dikaki lima kedai.gua tak tau apa guna gambir ni.tapi orang cakap,nak bagi kuat 'barang'.
ini laksa sarawak dan teh c.makan kat sarawak kena rilek.nama kedai cina,tapi dalam gua tak tau.nak makan punya pasal,gua telan.memang sedap.
ini di seriken,dekat sempadan sarawak-indon.lebih kurang wang kelian di perlis.sini jual barang-barang indon yang sangat murah.makwe sweet beli tikar dekat gerai makcik ni.makcik ni sangat jujur dan baik,kami mahu beli guni dia RM50 dia tak nak.takut bos marah.tengok gaya kami beli tikar,macam datang rumah sedara.
ini di kedai kek lapis dayang salhah.mencuba makan macam datang beraya.makan sampai kenyang,sampai tak tau nak beza rasa setiap kek lapis.gua tak tau apa hebat kek lapis dayang salhah ni.masa gua balik,mak gua melompat gembira tengok plastik bag dayang salhah.
tempat beli ikan terubuk masin ni gua tak tau apa nama dia.makwe sweet memang tak tau langsung tentang terubuk masin.dia ingat ikan tu macam ikan kering.
sehari sebelum pegi gua mimpi buruk.gua dengan makwe sweet kena tinggal flight.tapi mimpi tu memang bengong sebab nak ke klia kena merentas paya.masa merentas tu kitaorang terlepas flight.orang tua kata mimpi mainan tidur.tapi kali ni tidak,mimpi jadi realiti cuma bukan kena dekat gua.kena dekat orang lain.kihkihkih...
kesimpulannya trip ini sangat seronok.tapi gua masih tak puas hati,sebab tak jumpa lagi dengan burung kenyalang dengan bujang senang.trip jadi tak lengkap,macam pegi kedah tak jumpa sawah padi,pegi penang tak jumpa char koew tiaw,pasemboq,sotong kangkung,laksa penang,mee udang ok gua dah melalut.....
kesimpulannya trip ini sangat seronok.tapi gua masih tak puas hati,sebab tak jumpa lagi dengan burung kenyalang dengan bujang senang.trip jadi tak lengkap,macam pegi kedah tak jumpa sawah padi,pegi penang tak jumpa char koew tiaw,pasemboq,sotong kangkung,laksa penang,mee udang ok gua dah melalut.....
No comments:
Post a Comment