Sunday, July 18, 2010

kata-kata kerajaan

sepanjang minggu lepas,dua benda yang menarik perhatian gua tentang kerajaan.pertama pasal harga gula naik dan yang kedua cubaan untuk menjadi tuan rumah piala dunia.gua tak tau la apa kena dengan kerajaan kita sekarang ni,gelabah semacam dan suka buat lawak.ok kita pergi ke isu pertama,isu harga gula.

kalo dilihat tajuk-tajuk akhbar,sekarang ni dah tak tulis tajuk harga naik,tapi diubah kepada pengurangan subsidi,pelarasan subsidi.adakah untuk mengaburkan mata rakyat atau nak elak rakyat marah? selepas harga dinaikkan,mula pulak timbul isu harga gula naik bantu rakyat hidup sihat.gua tertanya dengan harga naik 25sen buleh ke bantu? sampai semua pengawai-pengawai berkaitan kesihatan kena buat statement tentang naik harga satu langkah yang bagus.rokok yang setahun 4-5kali harga naik tak buleh pon nak bagi perokok berenti.kebanyakan yang menghidap penyakit,bukan berpunca daripada gula semata-mata.gula juga buleh terhasil daripada makanan itu sendiri.

cara kerajaan yang konon nak membantu rakyat lebih sihat memang kelakar.dah macam ketam ajar anak dia berjalan.sepatutnya,nak bagi rakyat sihat bukan naik kan harga gula.rakyat akan lebih sihat kalau persekitaran tempat tinggal yang bagus.ini tak,tanah semua di gondol buat perumahan,padang-padang atau tempat rekreasi sangat kurang.macam mana rakyat nak lagi hidup lagi sihat.dan sebab menggelabah sampai kerajaan ni lupa,bahawa terdapat jugak rakyat yang memerlukan gula untuk lebih sihat terutama yang kekurangan dalam badan? buleh lagi sihat ke kalau harga gula naik.

benda kelakar kedua yang kerajaan buat ialah kononya cuba menganjurkan piala dunia 2026.gua bukan nak kata malaysia tak buleh,tapi cuba la tengok keadaan malaysia dulu.menteri ni ntah pernah pegi tengok bola malaysia ke ntah le.cuba bayangkan kalau malaysia anjur piala dunia dan layak selaku tuan rumah,satu kumpulan dengan jerman.england dan argentina pon kena titik 4bijik.malaysia? memang la lambat lagi,kira-kira 16 tahun lagi.tapi tengok keadaan persatuan bola malaysia buleh ke buat macam jerman? ya,jerman bermula selepas kegagalan piala dunia 1998 dan euro 2000 untuk mencipta skuad piala dunia 2010.

apa la yang menteri ni pikir kat opis dia? apa dia ingat nak anjur piala dunia murah ke? kos penganjuran di afrika selatan ialah sebanyak $3.7 billion.cuba bayangkan bila tahun 2020 nanti berapa kos dia melambung.celah mana malaysia nak cari duit? stadium kat malaysia ni pon mana buleh pakai.cukup la pak menteri woi.cuba-cuba la fikir benda logik dan membina sikit.cuba fikir macam mana nak elokan bola sepak malaysia.macam mana nak kembangkan bakat-bakat,cari bakat terpandam dan paling penting meningkatkan mutu liga bola sepak tempatan.setidak-tidaknya jadi la juara piala asia dulu baru mimpi nak main piala dunia.ini setakat baru menang pingat emas sukan sea,dah berangan nak anjur piala dunia.cheeiitt...

No comments:

Post a Comment