Sunday, July 4, 2010
england sayur,argentina lagi sayur
perlawanan jerman lawan england dan argentina bagi gua,adalah permainan tercantik,serta paling taktikal dalam piala dunia kali ini.walaupon perlawanan paling terbaik bagi gua adalah uruguay lawan ghana,sangat dramatik dan paling penting jelmaan 'hand of god' kembali.tapi permainan jerman yang buat gua terpesona dan berfikir.kenapa jerman sangat berdisiplin? apa strategi yang buatkan england dan argentina dititik?
persetankan pundit-pundit di astro starsport.dari sebelum mula piala dunia mereka dah 'write off' jerman.paul mccesfield (pundit espn,ejaan nama gua tibai),awal-awal lagi kat "sorry germany,you can pass england".sebab tu gua tak pernah tengok diskusi sebelum perlawanan.sebab mereka berat sebelah,lebih memihak kepada pasukan yang ada bintang-bintang epl atau la liga.
apa pon,kepada yang terpesona kepada perlawanan jerman,kita patut berterima kasih kepada perang dunia kedua.kenapa gua kata cam gitu? kalo tengok korang suka tengok dokumentari tentang perang di national geographic,discovery atau history channel kat astro,ada satu taktik perang jerman telah diaplikasi di oleh die nationalmannschaft atas padang bola.ia dipanggil 'blitzkrieg'.
"Blitzkrieg was named so because it included surprise attacks, "Lighting fast" rapid advances into enemy territory, with coordinated massive air attacks, which struck and shocked the enemy as if it was struck by lightning. The German military in World War 2 achieved most of its great victories with the Blitzkrieg tactic."
kesemua gol jerman lawan argentina adalah serangan balas dan bermula disebelah kanan padang argentina.kalo diikutkan 'blitzkrieg' bertujuan untuk menyebabkan barisan pertahanan 'off balance',tak seimbang dan goyah supaya sukar untuk respon secara efektif.itu yang telah digunapakai oleh pasukan jerman.pertahanan sebelah kanan argentina otomendi nama dia,awal-awal perlawanan dah goyah.ditambah pula dengan argentina yang bermain tanpa taktik yang padu,jurulatih yang lebih mengharapkan dan percayakan keajaiban tasbih dari percaturan strategi menyebabkan dengan mudah argentina hancur.
joachim loew bukan seorang saja jurulatih yang mengaplikasikan taktik perang dalam strategi bola sepak.sir alex ferguson pon guna sun tzu 'art of war' dalam perancangan pasukan sepanjang musim.sebab tu dia boleh bertahan dekat sebuah kelab gergasi selama 24 tahun.
inilah sebenarnya bola sepak,ia bukan setakat permainan sepak bola dan lari.paling penting ia jugak memerlukan otak dan fikiran.kalau jerman atau man utd tak gunakan taktik perang sebagai inspirasi,mungkin pemain akan bermain macam pemain malaysia.sepak jauh-jauh,kejar-kejar tak dapat,bola keluar padang,lepas tu 'thumb up' dekat pemain yang sepak tu.kelakar kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment