Wednesday, July 21, 2010

pengaruh hitler

dari minggu lepas gua dapat email tentang thesis mengenai adolf hitler pro islam.tak silap 2-3 orang yang forward email yang sama.gua baca sekali,kemudian yang lain gua terus delete.gua cuba ambik beberapa benda yang gua rasa tak perlu diagungkan.

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

memang zionisme kejam kerana kisah israel-palestin,akan tetapi Holocaust itu satu perkara yang tidak diterima dalam islam.nabi dah pesan dalam perang jangan dibunuh wanita,kanak-kanak,dan orang tua.tapi bagaimana dengan Holocaust? kalo korang tonton filem seperti the pianist atau lagi best schindler's list kita boleh lihat bagaimana kanak-kanak dan wanita yang ditembak dan dibakar.dalam satu scene dalam schindler's list abu mayat yahudi yang dibakar melayang jauh macam salji.benda ni pro islam ke? gua bukan pro yahudi,tetapi kita harus ingat tak semua yahudi adalah zionis.ada jugak yahudi yang menentang zionis.tetapi disebabkan hitler,perang dunia meletus.dan jangan lupa,tanah melayu jugak terlibat sama.dan ada nenek moyang yang terbunuh masa itu.kenapa orang islam malaysia nak agungkan hitler?

2. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

come on lah,siapa-siapa pon buleh petik ayat al-quran.tak kan korang dah lupa,macam mana wakil rakyat DAP guna ayat alquran tak lama dulu,bukan main melenting golongan serban dekat malaysia ni.abes,bila hitler ada orang kata dia guna ayat alquran nak di agungkan pulak.sepatutnya kita perlu risau,bagaimana dari dulu lagi terdapat manusia yang sanggup menggunakan ayat alquran untuk mendapat sokongan orang islam.pengaruh alquran cuma dalam ucapan,bukan dalam hidup Hitler.nak sibuk kan hitler dipengaruhi alquran,padahal yang kita ni.alquran nak baca sehari sekali pon liat.

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

ini lagi kelakar,tak kan la sebab tak minum arak buleh nak claim dia pro islam? banyak lagi orang bukan islam tak minum.abes yang jenis vegetarian tak makan babi pro islam jugak ke? pendek sangat la pemikiran orang macam ni.yang artis malaysia,remaja muda-mudi yang lagi banyak tonggang arak tu lagi banyak perlu dipikirkan dari nak menyokong hitler yang tak minum arak.

jadi,tujuan gua tulis hari ini untuk menunjukkan macam mana fikrah sesetengah golongan terutama yang selalu pakai kopiah dan serban dekat malaysia ni.pemikiran terlalu mudah sangat dibeli dengan nama islam.asal ada nama islam je hebat,bagus.abes dosa yang menimbun dibuat hilang macam tu saja.kalo nak dikagumkan hitler dengan keberanian atau strategi perang tak apa lah.tapi kalau sampai nak dikaitkan dengan islam ni cari lah orang lain.ramai lagi orang islam yang buleh diceritakan.

1 comment:

  1. assalamualaikum... untuk pengetahuan tuan HOLOCAUST adalah propaganda & fitnah yahudi & talibarutnya untuk menjatuhkn pengaruh NAZI pada masa itu... haruskah kita mengagungkn dan mempercayai bulat2 fitnah mereka...!!! anda dipihak mana??? saya bukan menyebelahi NAZI Ataupun YAHUDI & TALIBARUTNYA... saya menpunyai akal untuk fikir yg mana benar & yg mana tidak... SESUNGGUHNYA 1 HARI NANTI PERBUATAN YG BAIK AKAN DIANGGAP JAHAT MANAKALA PERBUATAN JAHAT ITULAH YG DIANGGAP PALING BAI DIMATA MANUSIA... TUGAS IMAM MAHADI ADALAH MENYELAMATKAN UMAT YG TELAH SESAT... WALLAHUALAM...

    ReplyDelete