Thursday, March 31, 2011

masalah anak muda

masa lepak dan mengeteh dengan member kerja,kitaorang banyak borak pasal macam mana nak survive hidup kat malaysia ni.orang muda macam gua,mesti menghadapi masalah macam mana nak merancang hidup selesa di malaysia dalam masa 10-20 tahun akan datang.selalu benda yang jadi masalah ialah macam mana nak beli rumah.

realiti dekat malaysia ni rumah mahal nak mampos.kadang-kadang lokasi yang langsung tak ada apa,tapi harga sangat tinggi.gua selalu tengok harga rumah.gua terkejut bila tengok harga di kedah yang terletak dalam kawasan banjir lagi mahal dari harga di penang.rumah buleh kata lebih kurang,tapi harga sangat berbeza.harga yang tak terkawal ni menyebabkan orang muda macam gua ni susah untuk membeli sebijik rumah.rumah murah ada,tapi itu lebih sesuai untuk mereka yang kurang lagi kemampuan daripada golongan macam gua.

semua orang tahu,taraf gaji di malaysia masih ditakuk lama.walaupon taraf hidup,harga barang semua naik,tapi gaji pekerja-pekerja kat malaysia masih sama seperti 5-6 tahun dulu.semalam gua terkejut melihat slip gaji pekerja estet malaysia.gaji bersih yang dia dapat cuma RM400 lebih.nak makan apa satu keluarga dengan gaji banyak tu? paras gaji minimum pon belum dilaksanakan oleh kerajaan.

walaupon gaji yang agak selesa,tetapi orang macam gua ni menanggung hutang dan keperluan hidup yang perlu dibayar.hutang ptptn,hutang kereta,insuran,dan sewa rumah.itu saja sudah 1k lebih untuk sebulan gaji.itu belum lagi benda lain macam minyak kereta.kalo tolak-tolak berapa sangat yang tinggal? macam mana nak beli rumah?

mungkin setengah berpendapat,sapa suruh beli kereta? dalam negara yang sistem pengangkutan awam yang lemah,macam mana kita tak perlukan kereta? cuba lu bayangkan,gua nak naik bus pegi keje.tak buleh.satu takde bus masuk area rumah gua,kedua takde bus yang masuk area tempat kerja gua.jadi macam mana tak kena pakai kereta?

tapi malangnya kereta ni menyebabkan perlu hutang.hutang pulak jangka masa panjang.5-9 tahun sebab masa nak beli mana ada duit buat down payment.harga kereta pulak mahal.dulu gua dengar tahun 2011 harga kereta akan turun.tapi sampai sekarang harga makin mahal.harga kereta import melampau mahal.ini kerana kerajaan nak support kereta tempatan,kerta import dipaksa jual mahal supaya injineer macam gua ni tak drive honda civic tapi drive proton saga pegi kerja.tapi kalo check balik,harga proton yang diimport lagi murah daripada yang dijual disini.

sebenarnya orang muda macam gua ni boleh nak beli rumah.tapi disebabkan duit gaji yang banyak dipotong dengan hutang,kita tak boleh nak beri komitmen.tambahan pula dengan gaji yang masih ditakuk lama yang tak naik-naik.kalo dulu kerajaan sedar dan boleh predict perkara macam ini akan berlaku,sepatutnya sistem pengangkutan awam dititik beratkan.tak perlu ghairah nak bangun industri kereta.ini tak,sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak buat sistem pengangkutan awam.itu pon makin bermasalah sebab banyak tanah dah jadi lebuhraya dan perumahan.

golongan marhein macam gua kat malaysia ni memang susah untuk memiliki sebuah rumah.melainkan kalo gua kawen dengan anak orang kaya,atau gua makan rasuah.tapi selagi gua hidup sama macam sekarang,gua cuma boleh beli satu per satu dulu.kalo tak,orang kedah kata makan nasi dengan kuah saja lah.

Tuesday, March 29, 2011

kenapa budak sekarang tak nak ke sekolah/tadika?

setiap pagi gua selalu dengar kanak-kanak menangis tak mahu ke sekolah/tadika.pagi-pagi tengah gua sedap berak tak pon tengah bersiap nak gi kerja mesti dengar."tak mau pi sekolah huhuhu" "nak dok rumah huhuhu".pelik la gua dengan budak sekarang.bagi gua,sekolah la tempat paling seronok untuk pergi.kenapa?

dekat sekolah boleh main macam-macam.gambar tepuk,main tuju kasut,aci ligan duduk (ini main paling feymes masa sekolah),main tudung tin.

pegi balik sekolah banyak aktiviti sampingan.terjun parit tangkap ikan,makan askerim malaysia,race basikal.

kalo nak dibuat list memang banyak.tapi itu la antara sebab kenapa gua ke sekolah/tadika dulu.15-20 tahun yang lalu,gua pikir rumah gua bosan.yup,rumah gua tak macam budak-budak lain.rumah gua takde video game,takde tape player,takde gameboy,takde kereta control dan tiada mainan yang cool dan up masa tu.benda-benda tu takde sebab bapak gua tak bagi beli.dia lebih suka belikan buku dan lego.sebab bagi dia,benda-benda macam tu sangat memberansangkan otak dan buat gua lebih banyak berfikir.

sebab tu la gua enjoy bila ke sekolah.gua tak suka sakit,sebab tak dapat pegi ke sekolah.masa tu sekolah atau tadika jadi escape route untuk gua berseronok dan ada game lain untuk main.

tapi zaman sekarang dah berubah.rumah sekarang ada astro ceria,playstation,ada laptop,mak bapak plak ada iphone/ipad.rumah dah menjadi semakin cool.game angry birds lagi happening dari main aci ligan duduk.sekolah pulak mungkin masih sama macam 15-20 tahun dulu.sebab tu budak-budak tak seronok nak pegi.even anak sedara gua yang umur 3-4 tahun cakap,nak ke sekolah nak pakai laptop.

sekolah/tadika mungkin kena berubah sikit sekarang.bagi budak-budak seronok balik nak ke sekolah.sekolah patut menjadi tempat yang eksited.tak pon ajar balik game macam aci ligan duduk,atau main ligan tiang dekat budak-budak.cikgu-cikgu sekarang pon banyak lebih kurang sebaya dengan gua je.tak kan tak tau mainan happening masa sekolah dulu.c'mon cikgu-cikgu.

Saturday, March 26, 2011

tuhan itu adil

masa kecil lepas dilahirkan,kita tak boleh berjalan,
bila kita dah tua,kita kembali tak boleh berjalan.hanya baring...

masa kecil kita tiada gigi untuk mengunyah,
bila tua,gigi luruh satu per satu kita kembali tiada gigi untuk mengunyah...

masa kecil makan minum kita disuapkan,
bila tua dan tiada upaya,kembali kita makan dan minum besuap...

begitulah hidup kita di dunia ni.sebenarnya,begitulah bagaimana tuhan mencipta kita dan kehidupan.bagaimana kita bermula,begitu jugalah kita akan berakhir..adil kan?

gua menulis selepas menziarah staff kompeni gua meninggal semalam.al fatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita..

Wednesday, March 23, 2011

sudah-sudah lah...

gua tulis ni bukan sebab menyokong anwar ibrahim atau pakatan rakyat.ingat ya,gua daftar undi pon tidak.gua tulis ni sebab rasa bengong dan keliru hidup dalam negara ni.gua bengong dengan kes-kes anwar ibrahim yang tak habis-habis.

sejak 1998,mula dengan kes liwat,pastu dua-tiga tahun kebelakangan ni kes liwat saiful juburi.minggu ni keluar pulak kes seks dengan pelacur.sebagai rakyat negara ni,gua memang dah mual dan jelak la dengar dan baca benda-benda macam ni.kenapa tak habis-habis orang nak jatuhkan dia? kenapa tak puas hati sangat dengan dia? woit,ramai lagi la geng-geng pembangkang.kenapa tak buat video untuk nik aziz? lim kit siang ke atau karpal singh.kenapa semuanya anwar? cerita mani kat spender la,kes dna yang tak selesai,ni pulak keluar cerita layan pelacur.tak habis-habis.sudah la.kenapa nak buat imej yang begitu buruk kepada anwar? malu la sikit.yang lagi menyedihkan,yang buat ni semua orang melayu.islam pulak tu.

tolong la,kalo nak bersaing dalam politik bersaing la secara betul.video-video seks ni benda lama la.sekarang ni orang dah maju.nak buat jahat pon pikir la dulu.serius gua nak tergelak bila ada setengah blog ada print screen twitter dan fesbuk anwar ibrahim yang sama dengan waktu rakaman video seks tu.woit,bongok la.tak kan tengah buat seks buleh pulak buat status kat fesbuk dan tweeter.gila multitask anwar ibrahim.lagi satu yang gua heran,umur anwar ibrahim tak silap dah 60 lebih.kuat lagi dia buleh nak layan amoi cina...

tolong la semua politician.berenti-berenti la buat benda macam gini.korang ingat rakyat macam gua ni suka ke nak baca dan dengar benda-benda macam begini.politician should speaks for us.bukan cakap benda-benda megepek,yang langsung tak ada faedah kepada masyarakat.nak gaduh pasal politik tunggu pilihanraya.sudah-sudah la.jangan sampai malaysia ni jadi macam negara-negara arab.

Tuesday, March 22, 2011

taman gua kena sumpah ke?

setelah beberapa minggu gua pikir baik buruk dan kelebihan kelemahan.wikend lepas gua tukar line henpon.sebelum ni gua guna celcom.sebabkan setiap bulan bil gua kena charge pakai internet,walaupon gua tak pakai dan line celcom yang selalu takde kat rumah kodiang gua ni.gua tukar.sebelum celcom,gua dah pakai maxis.maxis pon tak buleh pakai mahal.

jadi gua tukar kepada digi pulak.cuma digi gua tak try lagi.jadi tengah berjalan-jalan,gua dengan cik tunang singgah ke digi centre.selepas bincang kitaorang setuju tukar.ntah nafsu apa yang tiba-tiba merasuk badan,bukan setakat line tepon, dengan tepon-tepon kitaorang tukar sekali.yeah,kami pakai iphone sekarang! mula pakai memang sedap.internet laju,memang puas hati.yela,dok kl.memang le laju ye dak?

tapi yang celaka bila gua bawak balik kokdiang.gua memang syak line internet macam 3g,edge atau hdpa tak kan dapat.tapi ni apa cerita line tepon pon takde? geram betol.gua ingat celcom je ada perangai macam ni.sama macam celcom,bila gua korner masuk taman mesti line takde.tapi bila keluar dari taman ada line balik.gua heran la dengan taman gua ni.kena sumpah apa gamaknye?

kalo ikut otak sains gua,rasa-rasanya rumah gua ni terletak dalam blindspot network.tapi tak kan semua line ada blindspot yang sama.lagi satu kalo blindspot pon,gua rasa bukan ada benda yang halang.dahla,malas la gua nak pikir panjang-panjang.

Friday, March 18, 2011

quran pon malas baca,nak baca kitab lain

sekarang ni kecoh tentang bible dalam bahasa melayu.seperti biasa kat malaysia ni,bila ada sentuh sikit pasal melayu ramai la nak naik tunjuk hero.gua tak tau apa cerita sebenar,jadi disebabkan gua baru baca hari ini,jadi gua dapat tahu la serba sikit mengenai kes bible dalam bahasa melayu ni.

kes jadi sebab ada rampasan bible yang datang dari indonesia.disebabkan badan terjemahan indonesia memang aktif berbanding malaysia,diorang dah translate ke bahasa diorang.kalo ikut apa yang ditulis,sebab-sebab hero melayu ni marah,bila dalam terjemahan tu perkataan tuhan diterjemahkan Allah,dan terjemahan isa anak tuhan jadi isa anak allah.gua malas nak komen benda-benda agama ni.itu pikir sendiri la.tapi sebab yang ketiga ialah takut ramai orang islam malaysia murtad.

gua bukan nak kata benda ni impossible,tapi gua pelik.orang islam malaysia ni yan kebanyakan melayu terkenal dengan tahap malas nak membaca.kalo benda free macam paper the sun pon tak ramai yang ambik baca.ini pulak nak membeli bible bahasa melayu,dan baca bersungguh-sungguh sampai boleh murtad.walaupon possible,tapi gua tak percaya boleh terjadi banyak kes murtad sebab baca bible bahasa melayu.

selain tu pulak,ini termasuk gua la.tafsir alquran berlambak dijual.tak kira la bahasa apa,tapi banyak dijual.dekat kebanyakan rumah mungkin ada senaskah dua.tapi ada ke kita baca? gua mengaku cuma kadang-kadang je gua selak.tengok makna atau cerita ayat-ayat yang selalu pak imam baca.itu je.nak kata baca dari mula sampai abes tak pernah lagi gua buat.jadi,ade ke orang melayu yang umur lebih-lebih kurang gua nak pegi baca bible tu? gua pon malas.

sebelum ni gua ada cerita pasal budak-budak yang gua jumpa kat danau kota.yang bertindik merata,bertatu apa bagai.budak macam tu belum murtad (gua harap la),tapi perangai dan fizikal dah macam orang murtad.sebenarnya tak payah tunggu bible bahasa melayu untuk jadi sebab melayu murtad.banyak lagi benda yang boleh pengaruh budak-budak muda sekarang ni.

daripada sibuk nak bising-bising pasal bible bahasa malaysia yang datang dari indonesia ni,kenapa badan terjemah malaysia tak buat satu terjemahan yang bahasa melayu yang proper.nabi pon dah cakap tiada sekatan untuk beragama.jadi kenapa tidak buat terjemahan untuk orang kristian terutama di sabah dan sarawak.tak semua orang sabah dan sarawak pandai bahasa inggeris.

gua setuju macam cursing malay tulis.kenapa bible jadi isu,tapi majalah hiburan macam mangga tak jadi isu.gambar pompuan mengangkang,baju basah tepi kolam gua rasa lagi senang nak pengaruh anak muda dari bible yang tak ada gambar.tak percaya? tengok la dalam mangga ada gambar apa.

gambar gua ambik dari beautifulnara

Monday, March 14, 2011

FLOM Said The Darndest Things!


"apa-apa pembangunan perlu relate kepada climate change dan green technology" wth,apa kena-mengena climate change dan green technology dengan gempa bumi dan tsunami? seismologists dari dulu sampai sekarang pon tak boleh nak predict pasal gempa bumi.ada pulak yang cakap lebih daripada orang bijak pandai.malu malaysia kalo orang negara lain tengok.

Sunday, March 13, 2011

surat khabar melayu bangang

ketika ini satu dunia bersimpati dengan nasib malang menimpa jepun akibat tsunami terbesar dalam seratus tahun lebih.gua memanjatkan kesyukuran yang panjang kerana cik tunang pulang seminggu sebelum tsunami melanda.PM kita najib razak dengan simpati telah menghantar pasukan penyelamat dari malaysia untuk beri bantuan.dengan keselematan dan kesihatan penduduk di jepun masih menjadi tanda tanya kerana kebocoran loji tenaga nuklear.penduduk di kawasan power plant tersebut hidup dalam ketakutan.depercayai mungkin iodin akan diberi untuk mengelak kanser sekiranya betul terjadi kebocoran.memang menakutkan kalo diri kita berada di sana.

tapi di malaysia masih ada golongan bangang yang cuba mempersendakan nasib malang rakyat jepun.dan yang menyedihkan ia ditonjol oleh surat khabar utama,ajen rasmi kerajaan malaysia.

ini yang keluar dalam surat khabar berita harian hari ini.


tengok betapa bangang surat khabar malaysia.benda ni bukan benda lawak.gua tak tau la macam mana editor surat khabar ni.bodoh benar.langsung tak pikir perasaan dan keadaan kat sana.langsung tak sensitif.bagi gua surat khabar ni harus mintak maaf dan editor patut resign.bangang nak mampos.

the best part is,cerita ni dah masuk dalam CNN. tak percaya korang klik sini.


sape nak jawab ni?

bangang.bangang.bangang.gua malu malaysia macam ni.

Thursday, March 10, 2011

1998-2002 sehari sebelum cuti sekolah

memandangkan esok cuti sekolah dah mula kat kedah ni.gua teringat masa zaman sekolah.especiali masa duduk asrama.

kalo esok hari jumaat,last day sebelum cuti sekolah.lepas prep gua dengan member teros naik katil,tarik selimut dan tidur laju-laju.tak ada sessi lepak-lepak makan biskut cecah milo dewan makan atau lepak bawah kipas makan nasik bungkus yang ko-op jual.alasan tidur awal supaya,masa berlalu rasa lebih cepat.yela,pejam mata bangun-bangun dah pagi jumaat.eksited gila nak balik kampung.

tapi malam last jugak buleh bertukar jadi malam celaka.malam last jugak la,malam budak-budak senior nak sepak terajang junior.tambah-tambah cuti hujung tahun.yang brader nak ambik spm, time tu jela nak pukul terajang.pasni tak jumpa dah junior.malam-malam pukul tak ingat,walhal lepas isyak tadi bersalam mintak maaf bukan main sampai nangis-nangis.gua cerita betol ni,sebab gua pernah kena,dan pernah jugak buat...

Monday, March 7, 2011

tikam belakang

minggu lepas gua kursus sepanjang minggu.pada hari last,gua dengan member-member lain buat satu meeting dengan bos besar sektor kitaorang.tujuannya bukan apa,saja nak mintak pendapat,kongsi masalah,serta mintak up gaji.agak panjang meeting tu.dari kol 5 sampai malam.macam-macam yang didiskas.

tapi,di pertengahan meeting tu bos besar ada tegur gua.tengah dia cakap panjang lebar,tetibe dia pandang gua sambil cakap "haa,lu macam mana? dengar cerita lu tak reti buat kerja lah,apa lah" kata dia.gua terdengar,sambil senyum nipis.gua diamkan saja.gua tau dia cakap bukan seriyes,dan dia langsung tak percaya cakap-cakap orang macam gitu.kalo dia percaya cakap orang-orang,he is not fit to lead sector besar macam ni.tapi gua terkejut.

masuk kali ni dah 3-4 kali nama gua kena jadi sebutan.dulu kes gua sombong,pastu kes gua cakap lepas,kali ni pulak gua kena tuduh tak buat kerja.gua tak ambik port pon.tapi gua tau kerja siapa ni.gua takde hal la,kalo nak kata gua tak buat kerja atau tak pandai buat kerja.tapi tolong check rekod gua dulu sebelum tuduh apa-apa.nak kritik ke apa ke,gua boleh dengar.gua terima kritikan.tapi jangan la tikam belakang gua,cakap bukan-bukan.benda tak betol pulak tu.

benda-benda politik macam ni normal la.kat mana-mana tempat kerja pon sama jugak.tambah kalo syarikat melayu macam gua kerja ni.kepada yang suka tikam belakang member sekerja bawak-bawak la insaf.tak baik.buang masa je.just take care of your own ass.ini kerja sendiri tak tentu hala,nak sebok-sebok kerja orang lain.

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday My Love

you light the skies up above me,

a star so bright you shine on me,

happy birthday love,

on this day,i'll pray for the best

and for your wish to come true,

for you,for us till the rest.

happy birthday cik tunang..

Thursday, March 3, 2011

khabar dari kyoto-minggu terakhir

minggu ini adalah minggu terakhir untuk cik tunang berada di jepun.sabtu ni dia balik.gua dah tak sabar.rezeki siapa gua tak tau.kebetulan,minggu ni jugak gua ada kursus kat kl sampai esok.jadi gua boleh stay kat kl lepas kursus.hari sabtu boleh teros jumpa lepas dia touchdown.yippa! gua eksited gila. wikend lepas,dia pon membuat final shopping sambil menikmati japanese food di osaka.






salah satu benda yang cik tunang beli ialah takoyaki.gua memang suka benar dengan benda ni.katanya osaka la tempat asal takoyaki.kepada yang tak tau,takoyaki yang gua selalu makan cuma ade dekat jusco midvalley.memang sedap.lebih kurang macam begedil je benda tu.

pejam celik,dah dua bulan sejak cik tunang ke jepun.dah nak balik dah.pertama kali gua rasa masa lambat benor berjalan.habis,siapa selalu kata masa sekarang jalan cepat huh?

Wednesday, March 2, 2011

budak melayu kota

gua baru balik dari uptown danau kota.saja jalan-jalan dengan member kerja gua.first time gua pegi malam ni.gua tak berapa suka uptown-uptown ni.sebab gua tengok uptown mana-mana contoh macam shah alam,alor setar dan tempat lain sama saja.benda-benda yang jual pon sama.

tapi gua terkejut tengok budak-budak melayu dekat uptown tadi.fesyen dah la macam apa lagi.pelik-pelik gua tengok.

paling terkejut ramai yang bertindik.tindik hidung macam lembu,tindik kening,under lips.laki pompuan sama.ada pulak jenis tindik telinga pakai subang jenis ring.bajet macam brandon boyd,incubus.no,korang tak cool macam brandon.

tapi ada dua tiga orang yang bertatu.yes,malay wif tatu.ada yang sampai dua tiga.gua tak tau la,mungkin dia bukan islam.atau mungkin orang sabah sarawak.tapi bila gua rapat,curi dengar bunyi cakap.sah cakap macam gua.melayu lancar.

apa nak jadi dengan budak melayu sekarang ni?