Thursday, March 10, 2011

1998-2002 sehari sebelum cuti sekolah

memandangkan esok cuti sekolah dah mula kat kedah ni.gua teringat masa zaman sekolah.especiali masa duduk asrama.

kalo esok hari jumaat,last day sebelum cuti sekolah.lepas prep gua dengan member teros naik katil,tarik selimut dan tidur laju-laju.tak ada sessi lepak-lepak makan biskut cecah milo dewan makan atau lepak bawah kipas makan nasik bungkus yang ko-op jual.alasan tidur awal supaya,masa berlalu rasa lebih cepat.yela,pejam mata bangun-bangun dah pagi jumaat.eksited gila nak balik kampung.

tapi malam last jugak buleh bertukar jadi malam celaka.malam last jugak la,malam budak-budak senior nak sepak terajang junior.tambah-tambah cuti hujung tahun.yang brader nak ambik spm, time tu jela nak pukul terajang.pasni tak jumpa dah junior.malam-malam pukul tak ingat,walhal lepas isyak tadi bersalam mintak maaf bukan main sampai nangis-nangis.gua cerita betol ni,sebab gua pernah kena,dan pernah jugak buat...

No comments:

Post a Comment