Monday, March 7, 2011

tikam belakang

minggu lepas gua kursus sepanjang minggu.pada hari last,gua dengan member-member lain buat satu meeting dengan bos besar sektor kitaorang.tujuannya bukan apa,saja nak mintak pendapat,kongsi masalah,serta mintak up gaji.agak panjang meeting tu.dari kol 5 sampai malam.macam-macam yang didiskas.

tapi,di pertengahan meeting tu bos besar ada tegur gua.tengah dia cakap panjang lebar,tetibe dia pandang gua sambil cakap "haa,lu macam mana? dengar cerita lu tak reti buat kerja lah,apa lah" kata dia.gua terdengar,sambil senyum nipis.gua diamkan saja.gua tau dia cakap bukan seriyes,dan dia langsung tak percaya cakap-cakap orang macam gitu.kalo dia percaya cakap orang-orang,he is not fit to lead sector besar macam ni.tapi gua terkejut.

masuk kali ni dah 3-4 kali nama gua kena jadi sebutan.dulu kes gua sombong,pastu kes gua cakap lepas,kali ni pulak gua kena tuduh tak buat kerja.gua tak ambik port pon.tapi gua tau kerja siapa ni.gua takde hal la,kalo nak kata gua tak buat kerja atau tak pandai buat kerja.tapi tolong check rekod gua dulu sebelum tuduh apa-apa.nak kritik ke apa ke,gua boleh dengar.gua terima kritikan.tapi jangan la tikam belakang gua,cakap bukan-bukan.benda tak betol pulak tu.

benda-benda politik macam ni normal la.kat mana-mana tempat kerja pon sama jugak.tambah kalo syarikat melayu macam gua kerja ni.kepada yang suka tikam belakang member sekerja bawak-bawak la insaf.tak baik.buang masa je.just take care of your own ass.ini kerja sendiri tak tentu hala,nak sebok-sebok kerja orang lain.

No comments:

Post a Comment