Tuesday, March 29, 2011

kenapa budak sekarang tak nak ke sekolah/tadika?

setiap pagi gua selalu dengar kanak-kanak menangis tak mahu ke sekolah/tadika.pagi-pagi tengah gua sedap berak tak pon tengah bersiap nak gi kerja mesti dengar."tak mau pi sekolah huhuhu" "nak dok rumah huhuhu".pelik la gua dengan budak sekarang.bagi gua,sekolah la tempat paling seronok untuk pergi.kenapa?

dekat sekolah boleh main macam-macam.gambar tepuk,main tuju kasut,aci ligan duduk (ini main paling feymes masa sekolah),main tudung tin.

pegi balik sekolah banyak aktiviti sampingan.terjun parit tangkap ikan,makan askerim malaysia,race basikal.

kalo nak dibuat list memang banyak.tapi itu la antara sebab kenapa gua ke sekolah/tadika dulu.15-20 tahun yang lalu,gua pikir rumah gua bosan.yup,rumah gua tak macam budak-budak lain.rumah gua takde video game,takde tape player,takde gameboy,takde kereta control dan tiada mainan yang cool dan up masa tu.benda-benda tu takde sebab bapak gua tak bagi beli.dia lebih suka belikan buku dan lego.sebab bagi dia,benda-benda macam tu sangat memberansangkan otak dan buat gua lebih banyak berfikir.

sebab tu la gua enjoy bila ke sekolah.gua tak suka sakit,sebab tak dapat pegi ke sekolah.masa tu sekolah atau tadika jadi escape route untuk gua berseronok dan ada game lain untuk main.

tapi zaman sekarang dah berubah.rumah sekarang ada astro ceria,playstation,ada laptop,mak bapak plak ada iphone/ipad.rumah dah menjadi semakin cool.game angry birds lagi happening dari main aci ligan duduk.sekolah pulak mungkin masih sama macam 15-20 tahun dulu.sebab tu budak-budak tak seronok nak pegi.even anak sedara gua yang umur 3-4 tahun cakap,nak ke sekolah nak pakai laptop.

sekolah/tadika mungkin kena berubah sikit sekarang.bagi budak-budak seronok balik nak ke sekolah.sekolah patut menjadi tempat yang eksited.tak pon ajar balik game macam aci ligan duduk,atau main ligan tiang dekat budak-budak.cikgu-cikgu sekarang pon banyak lebih kurang sebaya dengan gua je.tak kan tak tau mainan happening masa sekolah dulu.c'mon cikgu-cikgu.

No comments:

Post a Comment