realiti dekat malaysia ni rumah mahal nak mampos.kadang-kadang lokasi yang langsung tak ada apa,tapi harga sangat tinggi.gua selalu tengok harga rumah.gua terkejut bila tengok harga di kedah yang terletak dalam kawasan banjir lagi mahal dari harga di penang.rumah buleh kata lebih kurang,tapi harga sangat berbeza.harga yang tak terkawal ni menyebabkan orang muda macam gua ni susah untuk membeli sebijik rumah.rumah murah ada,tapi itu lebih sesuai untuk mereka yang kurang lagi kemampuan daripada golongan macam gua.
semua orang tahu,taraf gaji di malaysia masih ditakuk lama.walaupon taraf hidup,harga barang semua naik,tapi gaji pekerja-pekerja kat malaysia masih sama seperti 5-6 tahun dulu.semalam gua terkejut melihat slip gaji pekerja estet malaysia.gaji bersih yang dia dapat cuma RM400 lebih.nak makan apa satu keluarga dengan gaji banyak tu? paras gaji minimum pon belum dilaksanakan oleh kerajaan.
walaupon gaji yang agak selesa,tetapi orang macam gua ni menanggung hutang dan keperluan hidup yang perlu dibayar.hutang ptptn,hutang kereta,insuran,dan sewa rumah.itu saja sudah 1k lebih untuk sebulan gaji.itu belum lagi benda lain macam minyak kereta.kalo tolak-tolak berapa sangat yang tinggal? macam mana nak beli rumah?
mungkin setengah berpendapat,sapa suruh beli kereta? dalam negara yang sistem pengangkutan awam yang lemah,macam mana kita tak perlukan kereta? cuba lu bayangkan,gua nak naik bus pegi keje.tak buleh.satu takde bus masuk area rumah gua,kedua takde bus yang masuk area tempat kerja gua.jadi macam mana tak kena pakai kereta?
tapi malangnya kereta ni menyebabkan perlu hutang.hutang pulak jangka masa panjang.5-9 tahun sebab masa nak beli mana ada duit buat down payment.harga kereta pulak mahal.dulu gua dengar tahun 2011 harga kereta akan turun.tapi sampai sekarang harga makin mahal.harga kereta import melampau mahal.ini kerana kerajaan nak support kereta tempatan,kerta import dipaksa jual mahal supaya injineer macam gua ni tak drive honda civic tapi drive proton saga pegi kerja.tapi kalo check balik,harga proton yang diimport lagi murah daripada yang dijual disini.
sebenarnya orang muda macam gua ni boleh nak beli rumah.tapi disebabkan duit gaji yang banyak dipotong dengan hutang,kita tak boleh nak beri komitmen.tambahan pula dengan gaji yang masih ditakuk lama yang tak naik-naik.kalo dulu kerajaan sedar dan boleh predict perkara macam ini akan berlaku,sepatutnya sistem pengangkutan awam dititik beratkan.tak perlu ghairah nak bangun industri kereta.ini tak,sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak buat sistem pengangkutan awam.itu pon makin bermasalah sebab banyak tanah dah jadi lebuhraya dan perumahan.
golongan marhein macam gua kat malaysia ni memang susah untuk memiliki sebuah rumah.melainkan kalo gua kawen dengan anak orang kaya,atau gua makan rasuah.tapi selagi gua hidup sama macam sekarang,gua cuma boleh beli satu per satu dulu.kalo tak,orang kedah kata makan nasi dengan kuah saja lah.
No comments:
Post a Comment