Monday, May 31, 2010

aktiviti hujung minggu

hujung minggu lepas gua jumpa macam-macam benda...

mula-mula makwe sweet datang kedah.naik keretapi tanah melayu dari KL Sentral.10 jam atas keretapi naik kematu bontot katanya kihkihkih..


petang tu kitaorang jumpa satu event kat alor star.cuba korang tengok benda apa tu? tengok betol-betol..



seronok betul tengok benda ni.first time plak tu tengok.dulu masa kat putrajaya gua teringin nak pegi tengok.tapi tetibe kat kedah ada jugak buat.
sanggup kitaorang tunggu dua jam nak tengok bendalah ni nak terbang..


kitaorang sampai kat event ni dalam jam 5 petang.tapi dah nak dekat maghrib baru nak berani terbang belon-belon ni.


sekarang musim kawen-kawen.sabtu gua pegi kenduri kawen classmate masa belajar UM dulu.


budak-budak kelas yang datang semua awek-awek je.gua sorang je laki yang datang.gua kena pegi sebab yang kawen orang satu kampung.sangat tak manis kalo gua tak pegi.tempat kenduri pulak cuma sebelah tempat gua jogging kalo balik kampung.

perghh,penat gua nak cerita pakai gambar.kalo nak cerita lagi memang banyak benda.belum lagi cerita lagi tempat-tempat kitaorang pegi makan.nasi kandar,sotong kangkung,apom lenggang.oh ya,makwe sweet baru tau apom lenggang.dia kata tak pernah makan dan tengok sebelum ni.sebelum balik KL makwe sweet cakap negeri-negeri sebelah utara paling best.sebab banyak sangat benda makan.gua setuju 100%..kalo tak,takde la dia buleh rambang mata bila gua bawak pegi pasar malam kepala batas.kihkihkih

Thursday, May 27, 2010

cerita bergambar


hai..nama gua Ardi Rizal.gua tinggal kat indonesia.umur gua baru dua tahun.sehari gua hisap 40 batang rokok.

gua cuma hisap surya.setiap hari bapak gua belikan.kalo bapak gua tak belikan,gua akan mengamuk hentuk kepala kat dinding rumah macam kartun Incredible Hulk.bapak gua pon takut dengan gua.sehari gua tak kena surya badan gua jadi lain.kepala gua jadi pusing.


rokok punya pasal,badan gua jadi naik dah serupa lelaki dah ada anak 4 orang.gua tak buleh jalan.nasib baek bapak gua belikan transport untuk gua.jadi, kalo ada saper2 nak lepak mapley pekena teh dengan surya,jangan lupa roger gua.nanti kalo gua dah jadi model untuk surya,jangan bagi alasan gua tak nak berkenalan pulak..

cerita gua rembat kat sini

Wednesday, May 26, 2010

cakap-cakap belakang

dua tiga hari ni gua sebok memanjang.siang hari sebok buat projek juta-juta,malam hari sebok nak jadi bintang bola.pagi pukul 8 keluar,tengah malam baru balik rumah.dia punya penat bukan kepalang.bila bangun pagi,badan rasa berat semacam je.

itu hari tengah lepak-lepak masa break meeting,sorang member gua bukak cerita.ada 3 0rang injineer yang selalu di cakap-cakap belakang di kalangan kakitangan yang veteran-veteran.sorang sebab kes parking,sorang lagi kes tak ngam dengan staf lain,lagi sorang gua.mula-mula dengar gua tak terkejut,sebab gua dah memang agak.tapi yang gua konpius kenapa nama gua naik.member gua lagi sorang cerita balik,dulu ada bos tegur gua masa kursus kata gua sombong,tak suka sangat bercakap dengan orang.

benda-benda macam gini gua memang tak ambik port.lantak la korang nak kata apa pon pasal gua,itu korang punya hak la.bila gua lepak-lepak pon gua kutuk-kutuk orang lain.lagipon ini dah memang nature gua,perangai gua dah memang tak suka nak bercakap,tambah-tambah dengan orang yang gua tak kenal.gua memang jenis tak kan tegur orang dulu.kalo awek lagi la,langsung gua tak kan tegur.tak percaya? tanya la makwe sweet.dia yang tegur gua dulu masa mula-mula kihkihkih.

bos gua pon pernah tegur,banyak kali jugak la sebenarnya.kadang-kadang bila jumpa one by one dengan dia pon,dia suroh gua banyak cakap.kalo dalam meeting sampai dia paksa gua suroh cakap.gua bukan tak nak cakap.tapi bila gua duduk dalam meeting,yang banyak cakap selalunya benda-benda merepek.terkeluar tajuk,benda-benda tak penting,cakap pum-pang-pum-pang tapi result tak dapat jugak.masa zaman sekolah dulu,gua pernah jumpa satu quote dari siapa gua tak ingat.tapi bunyi dia lebih kurang macam ni "silent contain more wisdom".benda tu la yang melekat dan gua amalkan sampai sekarang.sebab tu bila sekali gua cakap dalam meeting,semua akan terpegun.

tapi banyak cakap ke,kurang cakap ke yang penting kualiti kerja kita.omputih cakap "let works do the talking".bab kerja idola gua cuma paul scholes.gua nak jadi macam dia...

Thursday, May 20, 2010

benda yang menjengkelkan di astro

semalam petang sementara nak tunggu maghrib gua tertido depan tivi.bila gua tersedar,gua tengok tivi tengah tunjuk drama bersiri 'fatimah juling'.tengah mamai,gua mencarut.apa punya gampang la cerita-cerita malaysia sekarang.dah macam takde idea lain dah.itu hari keluar 'halimah jongang',ini fatimah juling pulak.sudah-sudah la,cari la idea lain sikit.

bagi gua nak buat cerita macam gitu tak salah.yang itu hari orang bising-bising pasal jongang pon,sekejap je.sekarang dah sejuk,dah takde yang nak kecoh-kecoh sampai penuh satu muka surat paper.persoalannya,kenapa nak banyak-banyak kan cerita macam gini.jalan cerita memang gua berani jamin mesti 70-80% dekat sama.mesti cerita awek yang-sifat-badan-tak sempurna ,pastu minat dekat balak hansome,tapi ada mamat tak hensem busuk suka dekat awek yang-sifat-badan-tak sempurna tu.kalo drama tu bertujuan kelakar,bagi gua langsung tak kelakar.drama macam gitu kalau nak jadi kelakar pon lebih kepada nak membodohkan penonton je.cukup la kita ni dah dibodohkan dengan drama lawak bodoh melayu yang lain.

cerita macam 'fatimah juling' ni memang tak salah.di hollywood pon ada diorang buat cerita macam gitu.siapa yang tak tonton filem 'forrest gump'? tengok macam mana jalan cerita digarapkan supaya seseorang yang 'retarded' bertukar menjadi penyelamat,'national hero' kepada seseorang dan juga negara.itu yang patut ditunjukan,bukan tunjuk kebodohan bila dia.tapi apa yang menjengkelkan gua semalam,cerita pasal juling tapi kenapa awek tu berlakon jadi macam orang buta? lu tak tau ke beza antara juling dan buta? sangat menjengkelkan bila tengok benda-benda macam gini.

itu baru satu,lagi satu yang gua rasa sangat menjengkelkan kat tivi sekarang ni,iklan world cup astro.yang tunjuk orang timang bola sambil tunjuk kaki.wth,yang astro nak tunjuk sebenarnya.iklan pasal bola,tunjuk la bola betul-betul.ini manusia celah mana diorang kutip, lepas tu buat gaya yang sangat menjengkelkan.tertekan gua tengok iklan tu.kepada astro,tolong la cari idea lain buat iklan.tak kan astro takde tim kreatif? sampai buleh buat iklan menjengkelkan serupa gitu...dah la akademi fantasia sememangnya menjengkelkan.tolong jangan cuba nak meng'akademi fantasia'kan world cup pulak.serius menjengkelkan...

"stupid is as stupid does"-Mrs Gump

Wednesday, May 19, 2010

random

gua sebok arini dari pagi sampai petang.training injineer baru kat kilang lagi satu.sebelum ni gua jaga dua kilang.keje jaga dua kilang memang pening dan tak menang tangan.omputih kata kerja macam 'headless chicken'.tadi gua ngajar dengan semangat macam cikgu-cikgu gomen.dari proses sampai admin gua ajar.buleh tahan pening jugak dia dengar gua ngajar.gua harap injineer baru ni lekat le kerja dengan kompeni gua.gua dah tak larat nak ngajar lagi sekali.tahun lepas memang ada sorang masuk,tapi dua bulan dah lari...

ini hari internet kompeni gua macam celaka lagi.hq gua pindah dari pj gi kl,sebab tu internet tak buleh pakai.banyak benda gua tak setel lagi..ini pon gua pakai brokband..dok kodiang brokband cuma dapat 128kb je.nak online banking memang tak buleh.youtube lagi la,memang tak lepas.haihh,bila la kokdiang ni nak maju...

Tuesday, May 18, 2010

rima fakih


'It's beauty that captures your attention, personality which captures your heart.'-rima fakih

kepada rima fakih gua memang respek lu.lu tunjuk kepada dunia,untuk buat sesuatu buat dengan sepenuh hati...

"i had heart, and i know without heart you cannot play"- pesan cantona

nak kenal siapa rima fakih..klik sini

Monday, May 17, 2010

berakhlak mulia

Jumaat hari mulia..Jumaat penghulu segala hari..Jumaat hari orang banyak buat kebaikan..Jumaat lelaki pegi sembahyang jumaat di masjid..memang hari Jumaat segalanya berkaitan dengan kebaikan....
sebab hari jumaat jugak la,gua buleh ucap terima kasih kat mesin ATM bank islam lepas cucuk duit pagi jumaat aritu..insan kamil kan gua? kihkihkih

Sunday, May 16, 2010

hari guru dan piala thomas

dulu gua sekolah agama (SMKA) dekat jalan air itam,penang.walaupon sekolah agama,tapi guru-guru yang bukan beragama islam turut mengajar di sekolah tu.gua respek dengan cikgu-cikgu ni,walaupon bukan se-agama tapi diorang tetap mengajar dengan sepenuh hati.waktu perhimpunan,bila kitaorang nasyid asma-ul-husna atau ada bacaan quran diorang tetap rilek dengar sampai abes.

tapi yang paling gua respek ialah dua orang cikgu.sorang mr chin dan sorang lagi mrs selvam.mr chin ajar fizik,mrs selvam ajar matematik.dengan mr chin gua memang tak buleh nak jadi hero.setiap kali ujian bulanan,kalau tak dapat markah yang dia suroh bagi dapat,automatik akan kena jurus getah-gam-pistol di tapak tangan.kuantiti libasan bekadar terus dengan jumlah gandaan sepuluh markah fail.dia punya sakit macam celaka,rasa patah dua tapak tangan lepas kena.rekod yang gua biasa kena ialah lima kali.dekat seminggu jugak gua perit nak basuh berak.mr chin jugak terkenal dengan nama chin kolam.ini kerana semua kolam-kolam ikan dalam sekolah bawah jagaan dia.siapa berani kacau ikan-ikan dalam kolam dia,selambe dia panggil masuk dalam bengkel kena tarbiah.oh ya,setiap kali hujung kelas mr chin akan keluar ayat penamat iaitu "tu dia la kan,masa tak mengizinkan"...

mrs selvam pulak seorang penganut kristian yang alim.tak silap gua,suami dia seorang paderi.tapi selambe dia ngajar sekolah agama islam.mrs selvam punya tabiat serupa mr chin jugak.tapi jurus dia lain sikit,lebih kepada body contact.dia punya cubit-pulas perot paling gampang sakitnya.kuku mrs selvam selalu panjang sebab nak letak kutex kaler merah kilat.yang mana punya lemak berlebihan di perot macam budak kelas gua nama leman lembu,memang akan dapat lebam seminggu.tapi gua steady,masa sekolah gua ada six pack kihkihkih..

tapi,sebab mr chin dan mrs selvam la gua jadi injineer sekarang.kalo tak sebab diorang gua tak kan suka subjek fizik dan maths,dan gua tak kan skor A dalam SPM...Selamat Hari Guru kepada cikgu berdua..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

gua kecewa tengok piala thomas semi final hari tu.player tak bersungguh-sungguh,gugup lemah semangat.berbeza bila gua tengok final piala uber semalam.situasi dia sama macam malaysia.tapi player korea tenang,main rileks-rileks.tapi malaysia bila lawan china? haiiiaaahhh...
tapi gua rasa malaysia kalah sebab balasan tuhan.lawan time maghrib,penonton 10 ribu.yang sembahyang maghrib berapa kerat je gua rasa..bik mama rosmah sembahyang tak? teeettt..tteett...

Thursday, May 13, 2010

13 mei

gua memang seorang yang tak suka baca tentang sejarah malaysia.masa sekolah setiap kali kelas sejarah gua memang kena halau tak pon denda belajar sambil berdiri sepanjang kelas.waktu kelas sejarah gua jenis tidur tak henggat sampai air liur basi tumpah atas buku teks.gua mengaku masa PMR gua dapat A dalam sejarah,itu pon sebab gua meniru naseem-budak-bahas.gua bukan tak suka sejarah,tapi gua bosan nak baca sejarah malaysia.bosan sebab gua rasa apa yang ditulis dalam buku teks buleh diragui kesahihan dia,rasa macam sejarah tu ditambah-tambah supaya buku teks tu cerita dia macam buku 'bedtime story'.cuba lu semua baca buku teks sejarah,langsung takde cerita-cerita tentang rasuah,salah laku kuasa pemimpin,hubungan sulit,politik wang dan benda sensasi yang lain.gua jadi pelik,orang malaysia selalu suka benda sensasi macam harian metro tapi dalam buku sejarah langsung takde benda-benda sensasi.

tak minat sejarah punya pasal,sampai umur gua sekarang masih tak tau apa sebenarnya cerita tentang 13 Mei.hari ni gua tanya google tentang 13 Mei 1969.ada banyak versi cerita yang keluar.ada yang kata konspirasi UMNO,tak puas hati tentang pilihanraya,cubaan pengulinggan kuasa.pening sampai gua pon tak tau mana satu yang betul.ini lah jadinya bila sejarah tak direkod dan dicerita sebenar-benarnya.

dah masuk 41 tahun lepas peristiwa 13 Mei 1969.bagi gua,peristiwa tu masih jadi misteri dan perlu diceritakan semula oleh orang yang betul-betul tau atau terlibat dalam mencetuskan perkara tersebut.13 Mei 2010,pagi ni gua tunggu kot-kot ada lagi rusuhan.gua tunggu kat mana ada rusuhan tentang kerajaan lulus lesen judi piala dunia.mana ibrahim ali? gua suka tengok ibrahim ali dengan PERKASA dia tu.selalu sangat enterframe berita buat benda-benda tak patut.tapi kali ni takde pon.gua generasi muda nak le jugak tengok repeat 13 Mei...kali ni tak kan nak diam je kot....

Wednesday, May 12, 2010

marah dalam rindu (cirit betol tajuk cam gini)

ini hari makwe sweet takde kat malaysia.kompeni dia suroh pegi chiang mai,thailand jumpa customer sebab ada claim dari sana.gua jadi sangat jeles.gua jeles sebab kompeni gua tak pernah pon kata nak bawak gua pegi oversea.paling jauh yang kompeni gua pernah suruh pegi ialah peringat kat kelantan.itu pon sebab nak kena belajar operasi kilang.tapi tadi gua baca paper Najib suruh kompeni malaysia bukak mill padi dekat myanmar.mintak-mintak kompeni gua bukak mill kat sana,buhsan-buhsan duduk kodiang buleh jugak gua mintak nak berjalan kat myanmar kihkihkih.lagi satu gua jeles,dia dapat naik flight.sepanjang hidup gua,sekali pon tak pernah gua dapat naik flight.

ini hari gua jadi tak ketahuan buhsan.internet opis gua serupa gampang.nak bukak google pon tak buleh.tadi pulak,konon ada lawatan supplier machine dari china datang mill gua.datang memang datang,tapi yang datang china betul-betul kampung.nak cakap omputih langsung tak buleh.sebab tak buleh nak bercakap,lawatan diorang dah jadi macam orang bawak kereta singgah kat 'R n R' sebab nak kencing.tak sampai 15minit dah nak blah.cirit betol,yang gua punya la prepare steady-steady macam sultan nak datang jenguk.

nak mesej atau tepon makwe sweet ini hari memang tak buleh.gua jadi sunyi je dari siang tadi.selalu kalau gua balik training futsal,gua akan tepon dan bukak loudspeaker dari kuala sungai sampai kokdiang.baru gua tak takut bila masuk jalan sanglang-kokdiang.tapi tadi,gua drive rasa lain.sunyi,rasa macam ada orang pulak duduk kat seat belakang.celaka,naik bulu roma gua nak tengok cermin blakang.gua perah minyak kuat-kuat bagi cepat sampai kokdiang.gua pasang cd butterfingers,bukak volume kuat-kuat...

"diri ini lengkap kembali,bila bersama dengan nya..
dengan nya rasa cukup selesa,
tak mungkin ada selain nya" butterfingers

perghh..serius gua jadi rindu..dem btol,jiwang jugak gua ni...

Monday, May 10, 2010

season wrap up

malam tadi chelsea jadi champion epl.walaupon tak menang,gua tetap bangga dengan man utd.berlawan sehingga hari terakhir.tidak macam liverpool yang semangat macam team bola liga super malaysia.Arsenal punya semangat lebih kurang macam man utd.macam tu yang kita mau.bagi gua,chelsea menang bukan setakat penuh dengan luck,tetapi jugak dengan kehebatan pemain baru mereka iaitu offside.pemain bernama 'offside' paling terkenal bila berjaya menjaringkan gol kemenangan bila menentang man utd.oh ya,malam tadi jugak 'offside' menjaringkan gol yang pertama chelsea.

musim ni gua cipta rekod,semua game man utd gua berjaya tengok kecuali game lawan burnley.itupon sebab tak ade live.gua cuba cari sebab kenapa man utd tak menang liga

1. hilang dua pemain berkelas dunia tanpa pengganti iaitu c.ronaldo dan c.tevez.cuba bayangkan chelsea hilang lampard dan drogba,liverpool hilang torres dan stevie me atau arsenal hilang fabregas dan almunia(bintang kelakar).gua rasa senang-senang je team macam hull city nak titik diorang.
2. krisis kecederaan yang terukjugak melanda man utd.gandingan pertahanan ferdinand-vidic cuma dapat main 10perlawanan liga musim ni.dan lagi teruk bila pertengahan musim man utd cuma ada seorang pertahanan sehinggakan fletcher dan carrick terpaksa main sebagai center back.cuba bayangkan lampard dan ballack main center back.buleh chelsea nak menang liga?

benda dah lepas usah dikenang."musim depan man utd akan jadi lebih kuat" kata SAF selepas game malam tadi.jadi gua nak buat jangkaan apa yang buleh kita tengok musim depan

selepas membeli c.smalling (defender) dan j.hernandez (striker) gua rasa SAF akan beli sekurang-kurangnya dua pemain.pertama seorang pemain tengah yang berkaki kiri.ya,kalau dilihat man utd mula bermain seperti era 90-an dimana r.giggs dan beckham beroperasi di kiri dan kanan.oleh kerana z.tosic yang berkaki kiri itu tidak mempunyai fizikal yang sesuai,maka seorang pemain baru akan dibeli.dan gua rasa david silva mungkin akan menjadi pemain tersebut.david silva bukan setakat buleh bermain di sebelah kiri,tapi buleh jugak bermain dibelakang striker atau ditengah padang.
selain itu,goalkeeper mungkin akan dibeli oleh SAF untuk menggantikan van der sar.calon yang gua rasa paling steady untuk ganti vds ialah manuel neuer dari schalke atau igor akinfeev dari cska moscow.

musim depan jugak gua rasa man utd akan menggunakan lebih banyak pemain muda seperti da silva,gibson dan macheda.bukan menjadi kebiasaan untuk SAF menjual pemain-pemain kecuali yang bermasalah disiplin dan juga pemain yang memang mahu keluar kerana tamak duit macam c.tevez.jadi gua rasa yang mungkin dijual z.tosic dan ben foster.

gua rasa musim depan man utd akan jadi team yang lagi kuat.mungkin musim depan jugak adalah musim terakhir untuk pemain 'class of '92'.abes liga,sekarang otak gua dah tune pegi world cup.nanti gua cerita team world cup gua pulak..


Sunday, May 9, 2010

police story



gua memang tabik spring kalo jumpe polis yang gigih macam mamat ni.korang tengok gambar dia kat tengah-tengah pekan key el.selambe dia maen kejar-kejar pakai kaki serupa budak-budak kat kampung maen polis sentri.kat tangan ade pistol,tapi sekali pon tak tembak.gua memang suka polis stail gini.memang semangat kepolisan yang betul-betul true.tak macam polis kita,tembak berterabur.budak-budak tak cukup umur pon nak ditembak.gua rasa polis kita banyak sangat tengok cerita gerak khas yusof haslam tu,tak tengok cerita jackie chan.

Thursday, May 6, 2010

sekali sekala layan gossip artis



cuba korang tengok gambar belah kiri.tengok betol-betol,tangan lelaki tu.

cuba kalau budak-budak tak cukup umur tengok gambar ni.lepas tu dia buat benda sama dekat pompuan dalam LRT.kena tangkap dia cakap."eh,saya tengok artis buat buleh je? tak salah pon..."

agak-agak siapa yang salah dalam hal ni?

tetibe gua terasa nak jadi artis kihkihkih...

Wednesday, May 5, 2010

cinta umpama kurap

dulu waktu mula-mula masuk asrama,gua kena penyakit kurap.kejutan budaya untuk membasuh baju sendiri menyebabkan gua terkena kurap.gua memang malas nak membasuh baju.oh ya,di asrama gua kurap dipanggil songhkla.gua pon tak tau kenapa kurap buleh jadi songhkla.

fesyen duduk sekolah lelaki,segala benda dalam dorm adalah untuk kegunaan semua.
kain basahan mandi pon dikongsi satu dorm.kain basah perlu pakai waktu mandi sebab bilik air asrama gua stail takde pintu.nak mandi dengan pakai spender,takut kena tahan jubor dengan ustaz azemi lepas semayang depan surau.gua sekolah agama,pakai seluar pendek pon tak buleh.amalan perkongsian ini membuatkan penyakit songhkla berjangkit.masa gua dekat asrama,siapa yang tak kena songhkla dianggap tak true.gua percaya semua budak lelaki yang duduk asrama kat sekolah lain mesti kena kurap.kodi gila la kalo korang yang duduk asrama kata tak pernah pakai seluar rembat kat ampaian.

dalam batch gua,ada seorang yang legend dalam hal songhkla.namanya apit naum,naum dalam bahasa arab bermaksud tidur.naum ditambah kerana dia jugak legend dalam bab tidur.dia diangkat sebagai legend dalam songhkla sebab dia garu guna duit syiling.tak macam orang lain guna kuku.katanya,syiling yang bergerigi lagi sedap buat garu songhkla.selain itu,apit juga kadang-kadang menyimpan keruping songhkla dalam locker.dia cuba mendapatkan keruping yang besar.tapi yang membuatkan dia seorang legend ialah,di papan katil dia ada menulis sesuatu yang puitis..

"cinta umpama kurap,lagi digaru lagi sedap"

patutkan dia jadi legend?

Tuesday, May 4, 2010

nak buat ayat stail MLM,gua tak reti

pagi tadi gua masuk opis,on laptop...

bukak internet banking,nak bayar ptptn yang serupa gampang tu...

sekali terpandang account summary...RM#####.##

humang ai,banyak bebenor duit...

nak kata menang judi,gua tak pernah tikam magnum..

gua tengok description,rupenye bonus dah masuk...

hati gua girang bukan kepalang...

gua mula berangan nak beli macam-macam,termasuk nak beli orang...

teros gua terlupa bayar ptptn yang serupa gampang tu...

gua tengah jadi orang berada sekarang.time banyak duit macam ni mesti ramai nak dekat.kepada awek-awek yang nak rapat selambe gua tepis dengan muka sombong.bukan ape,time gua takde duit takde sorang pon nak datang kihkihkih..



Monday, May 3, 2010

cave forget put title

pagi ni gua betol-betol geram.sampai opis,takde parking.gua kena park bawah pokok.masuk opis gua bukak laptop,cucuk lan gua tunggu laptop ready.lepas update anti-virus gua mula bukak internet.sekali gua bukak blog,semua tak buleh.gua punye anti-virus tak kasi.gua memang dari dulu anti dengan anti-virus ni.ntah ape punya anti-virus gua pon tak tau la trend micro ni.

tapi gua tak mengalah,semangat never give up macam man utd memang dah tersemat di hati gua sejak kecik.gua bukak google translate,gua taip url blog gua.yess! buleh bukak..memang otak gua geliga,buleh buat batu cincin.tapi google ni pon hancur jugak.gua baca blog gua dah serupa baca karangan budak tak betol...korang tak percaya? baca sendiri..kihkihkih
gua ingat nak apply job translator kat google ini macam...
------------------------------------------------------------------------------------------------
sabtu hari tu,gua jadi driver mak dan bapak pegi teluk buluh,perak.kitaorang pegi tengok kebun kelapa sawit yang nak kena tanam semula.first time gua masuk kebun kelapa sawit.memang sunyi dan redup,sedap-sedap untuk buat tempat tidur.tak macam sawah bendang.patut banyak 3gp buat dalam kebun kelapa sawit kihkihkih...
kelapa dan kelapa sawit dalam kebun


tanah bekas tapak rumah opah


ikut cakap bapak gua,dulu sepanjang jalan ni kiri kanan rumah sedara mara kami


sisa peninggalan rumah opah...selambe mak gua cakap itu jamban...