malam tadi chelsea jadi champion epl.walaupon tak menang,gua tetap bangga dengan man utd.berlawan sehingga hari terakhir.tidak macam liverpool yang semangat macam team bola liga super malaysia.Arsenal punya semangat lebih kurang macam man utd.macam tu yang kita mau.bagi gua,chelsea menang bukan setakat penuh dengan luck,tetapi jugak dengan kehebatan pemain baru mereka iaitu offside.pemain bernama 'offside' paling terkenal bila berjaya menjaringkan gol kemenangan bila menentang man utd.oh ya,malam tadi jugak 'offside' menjaringkan gol yang pertama chelsea.
musim ni gua cipta rekod,semua game man utd gua berjaya tengok kecuali game lawan burnley.itupon sebab tak ade live.gua cuba cari sebab kenapa man utd tak menang liga
1. hilang dua pemain berkelas dunia tanpa pengganti iaitu c.ronaldo dan c.tevez.cuba bayangkan chelsea hilang lampard dan drogba,liverpool hilang torres dan stevie me atau arsenal hilang fabregas dan almunia(bintang kelakar).gua rasa senang-senang je team macam hull city nak titik diorang.
2. krisis kecederaan yang terukjugak melanda man utd.gandingan pertahanan ferdinand-vidic cuma dapat main 10perlawanan liga musim ni.dan lagi teruk bila pertengahan musim man utd cuma ada seorang pertahanan sehinggakan fletcher dan carrick terpaksa main sebagai center back.cuba bayangkan lampard dan ballack main center back.buleh chelsea nak menang liga?
benda dah lepas usah dikenang."musim depan man utd akan jadi lebih kuat" kata SAF selepas game malam tadi.jadi gua nak buat jangkaan apa yang buleh kita tengok musim depan
selepas membeli c.smalling (defender) dan j.hernandez (striker) gua rasa SAF akan beli sekurang-kurangnya dua pemain.pertama seorang pemain tengah yang berkaki kiri.ya,kalau dilihat man utd mula bermain seperti era 90-an dimana r.giggs dan beckham beroperasi di kiri dan kanan.oleh kerana z.tosic yang berkaki kiri itu tidak mempunyai fizikal yang sesuai,maka seorang pemain baru akan dibeli.dan gua rasa david silva mungkin akan menjadi pemain tersebut.david silva bukan setakat buleh bermain di sebelah kiri,tapi buleh jugak bermain dibelakang striker atau ditengah padang.
selain itu,goalkeeper mungkin akan dibeli oleh SAF untuk menggantikan van der sar.calon yang gua rasa paling steady untuk ganti vds ialah manuel neuer dari schalke atau igor akinfeev dari cska moscow.
musim depan jugak gua rasa man utd akan menggunakan lebih banyak pemain muda seperti da silva,gibson dan macheda.bukan menjadi kebiasaan untuk SAF menjual pemain-pemain kecuali yang bermasalah disiplin dan juga pemain yang memang mahu keluar kerana tamak duit macam c.tevez.jadi gua rasa yang mungkin dijual z.tosic dan ben foster.
gua rasa musim depan man utd akan jadi team yang lagi kuat.mungkin musim depan jugak adalah musim terakhir untuk pemain 'class of '92'.abes liga,sekarang otak gua dah tune pegi world cup.nanti gua cerita team world cup gua pulak..
No comments:
Post a Comment