Wednesday, May 5, 2010

cinta umpama kurap

dulu waktu mula-mula masuk asrama,gua kena penyakit kurap.kejutan budaya untuk membasuh baju sendiri menyebabkan gua terkena kurap.gua memang malas nak membasuh baju.oh ya,di asrama gua kurap dipanggil songhkla.gua pon tak tau kenapa kurap buleh jadi songhkla.

fesyen duduk sekolah lelaki,segala benda dalam dorm adalah untuk kegunaan semua.
kain basahan mandi pon dikongsi satu dorm.kain basah perlu pakai waktu mandi sebab bilik air asrama gua stail takde pintu.nak mandi dengan pakai spender,takut kena tahan jubor dengan ustaz azemi lepas semayang depan surau.gua sekolah agama,pakai seluar pendek pon tak buleh.amalan perkongsian ini membuatkan penyakit songhkla berjangkit.masa gua dekat asrama,siapa yang tak kena songhkla dianggap tak true.gua percaya semua budak lelaki yang duduk asrama kat sekolah lain mesti kena kurap.kodi gila la kalo korang yang duduk asrama kata tak pernah pakai seluar rembat kat ampaian.

dalam batch gua,ada seorang yang legend dalam hal songhkla.namanya apit naum,naum dalam bahasa arab bermaksud tidur.naum ditambah kerana dia jugak legend dalam bab tidur.dia diangkat sebagai legend dalam songhkla sebab dia garu guna duit syiling.tak macam orang lain guna kuku.katanya,syiling yang bergerigi lagi sedap buat garu songhkla.selain itu,apit juga kadang-kadang menyimpan keruping songhkla dalam locker.dia cuba mendapatkan keruping yang besar.tapi yang membuatkan dia seorang legend ialah,di papan katil dia ada menulis sesuatu yang puitis..

"cinta umpama kurap,lagi digaru lagi sedap"

patutkan dia jadi legend?

No comments:

Post a Comment