Sunday, May 16, 2010

hari guru dan piala thomas

dulu gua sekolah agama (SMKA) dekat jalan air itam,penang.walaupon sekolah agama,tapi guru-guru yang bukan beragama islam turut mengajar di sekolah tu.gua respek dengan cikgu-cikgu ni,walaupon bukan se-agama tapi diorang tetap mengajar dengan sepenuh hati.waktu perhimpunan,bila kitaorang nasyid asma-ul-husna atau ada bacaan quran diorang tetap rilek dengar sampai abes.

tapi yang paling gua respek ialah dua orang cikgu.sorang mr chin dan sorang lagi mrs selvam.mr chin ajar fizik,mrs selvam ajar matematik.dengan mr chin gua memang tak buleh nak jadi hero.setiap kali ujian bulanan,kalau tak dapat markah yang dia suroh bagi dapat,automatik akan kena jurus getah-gam-pistol di tapak tangan.kuantiti libasan bekadar terus dengan jumlah gandaan sepuluh markah fail.dia punya sakit macam celaka,rasa patah dua tapak tangan lepas kena.rekod yang gua biasa kena ialah lima kali.dekat seminggu jugak gua perit nak basuh berak.mr chin jugak terkenal dengan nama chin kolam.ini kerana semua kolam-kolam ikan dalam sekolah bawah jagaan dia.siapa berani kacau ikan-ikan dalam kolam dia,selambe dia panggil masuk dalam bengkel kena tarbiah.oh ya,setiap kali hujung kelas mr chin akan keluar ayat penamat iaitu "tu dia la kan,masa tak mengizinkan"...

mrs selvam pulak seorang penganut kristian yang alim.tak silap gua,suami dia seorang paderi.tapi selambe dia ngajar sekolah agama islam.mrs selvam punya tabiat serupa mr chin jugak.tapi jurus dia lain sikit,lebih kepada body contact.dia punya cubit-pulas perot paling gampang sakitnya.kuku mrs selvam selalu panjang sebab nak letak kutex kaler merah kilat.yang mana punya lemak berlebihan di perot macam budak kelas gua nama leman lembu,memang akan dapat lebam seminggu.tapi gua steady,masa sekolah gua ada six pack kihkihkih..

tapi,sebab mr chin dan mrs selvam la gua jadi injineer sekarang.kalo tak sebab diorang gua tak kan suka subjek fizik dan maths,dan gua tak kan skor A dalam SPM...Selamat Hari Guru kepada cikgu berdua..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

gua kecewa tengok piala thomas semi final hari tu.player tak bersungguh-sungguh,gugup lemah semangat.berbeza bila gua tengok final piala uber semalam.situasi dia sama macam malaysia.tapi player korea tenang,main rileks-rileks.tapi malaysia bila lawan china? haiiiaaahhh...
tapi gua rasa malaysia kalah sebab balasan tuhan.lawan time maghrib,penonton 10 ribu.yang sembahyang maghrib berapa kerat je gua rasa..bik mama rosmah sembahyang tak? teeettt..tteett...

No comments:

Post a Comment