Tuesday, August 31, 2010

merdeka ke kita?

bagi gua,selagi surat khabar,televisyen atau radio,nak lagi mudah media massa di malaysia ni banyak melaporkan tentang politik kepartian,selagi tu kita tak merdeka...

bila kita baca surat khabar luar negara.diorang takde report tentang parti politik.diorang tulis tentang tax payer money,global warming, dan benda-benda yang patut rakyat tahu.lebih kepada memberi pengetahuan.

tapi malaysia? pasal pm bik mama turun pasar malam pon nak bagitau.bagi nama anak kucing pm pon nak report.itu belum lagi cerita 1malaysia dan iklan bodek satu page.

lagi teruk,tak ada kritikan untuk kerajaan di dalam berita.bila ada yang kritik dikatakan parti pembangkang.we should leave perkataan parti semasa election saja.abes election jangan la sebut pasal parti itu ini.kita bukan tahun hidup tahun 50 an nak cerita pasal parti.

malaysia dah merdeka 53 tahun.tapi negara masih tak boleh operate macam seorang berumur 53 tahun.

come on malaysia.grown up sikit...

"ape bende yang merdeka,jilat bontot depa" ~ tentang-tentang butterfingers

Monday, August 30, 2010

mabuk

jalan-jalan...

beli-beli barang...sampai penat,20 minit tunggu waktu berbuka rasa macam 20 jam...

melahap buffet kedai arab sampai boncit...

hidup gua kembali ceria balik...sensor pon dah off balik..

yippa..


Wednesday, August 25, 2010

nikah gantung

tadi dekat fesbuk ada member gua sorang letak link 'nikah gantung tangani kemaruk nafsu,buang bayi'..nak baca klik sini.

sebagai seorang lelaki-teruna-yang-gatal-nak-kawen, gua tak berapa nak sokong idea cam gitu.memang niat murni nak kurang benda-benda negatif macam seks bebas,anak luar nikah,buat seks rakam dengan henfon,dan macam-macam lagi.memang bagus.

tapi yang menjadi masalahnya,bakal-bakal mak mertua tu nak ke kawen jenis gitu.uisshh,sekarang ni lu nak kawen jangan buat main-main.hantaran ribu-ribu,kenduri pulak nak yang vast aje.ada ke mak mertua yang nak nikah gantung ni?

lagi satu,dah kalo terberanak pulak macam mana nak sara keluarga.takkan nak pakai duit ptptn.berapa la sangat? masa gua belajar nak pakai makan pon tak berapa nak cukup.ini pulak nak sara keluarga.takkan nak bagi anak orang makan megi? lagipon,tak silap gua syarat wajib kawen mesti ada kemampuan.tak mampu buleh ke nak kawen?

lagipon kawen gantung ni tak thrill langsung.kire tak jantan la.apa barang ambik shortcut weh? cuba rilek,kerja dulu,struggle kumpul duit dulu.macam gua sekarang ni.baru la banyak cabaran.iye dok? bila banyak cabaran,baru la nanti rasa berbaloi bila kawen.tahan le sikit.nabi pon dah pesan,kalo tak mampu nak kawen bawak-bawak la puasa.

benda-benda nak elak buang bayi ni banyak lagi jalan penyelesaian.tak semestinya kawen.satu nya,cuba tengok trend buang anak,kebanyakan kes jadi bulan 4-5 dan 8-9.kenapa? sebab bulan lapan ada malam merdeka,bulan satu malam new year.itu belum kira lagi malam-malam sambutan yang ada kat malaysia lagi.tak kan la korang tak paham-paham lagi...

Monday, August 23, 2010

benda yang gua takut terjadi..akhirnya terjadi...

internet dekat opis gua dah kena block.buleh online waktu rehat dan luar pejabat makna eh lepas waktu balik.saja je diorang ni.dengki.tak nak bagi gua tidur waktu rehat.kalo takde kerja,gua nak buat ape? dem...

Friday, August 20, 2010

1992-belajar puasa cara mak gua

1992.gua dah naik darjah satu.masuk bulan ramadhan,mak gua suroh belajar pose.gua turut je.hari-hari pertama pose,gua pose je macam orang lain.masa tu member-member semua tak pose.pegi sekolah gua bukan main jadi hero.

tapi bila datang hari jumaat badan gua jadi lain.hari jumaat punya penat lain macam sikit.balik sekolah jam 12.gua kena mengayuh balik rumah.jam 1 pulak kena kayuh pegi mesjid.balik mesjid,jam 2.30 gua kena mengayuh balik pegi sekolah agama.masa tu,bapak gua keje dengan gomen lagi.kat rumah pulak takde sape yang buleh nak menghantar.gua terpaksa berkayuh.sekolah,mesjid,sekolah agama semua jauh.cuaca pulak panas terik serupa kat gurun.nak tuang sekolah agama,takut bapak gua libas dengan tali pinggang.bapak gua masa tu,garang bukan main.nak tak nak gua kena pegi jugak.

minggu pertama gua pose,hari jumaat gua pose separuh hari je.balik mesjid,badan gua lembik.lidah terjelir keluar.penat gile.tak tahan gua terus mintak kat mak gua nak minum.mak gua bagi.sekali dengan makan nasik sebeleum pegi sekolah agama.tapi masuk minggu kedua mak gua dah berubah.dia isi air satu cawan,letak dalam peti ais tingkat atas.sebelum pegi mesjid dia dah sound awal-awal,nak minum boleh.tapi satu cawan tu je yang boleh.pergghh,nak kata kejam,itu mak gua.gua taat sambil plan elok-elok.tak buleh nak gelojoh-gelojoh habiskan terus.gua minum separuh sebelum pegi mesjid,separuh lagi balik dari mesjid.

masuk minggu ketiga,mak gua buat tukar syarat lagi.kali ni buleh minum seteguk je.sekali lagi gua plan baik-baik.gua pilih balik mesjid untuk minum.ayat mak gua masa tu "kalo minum seteguk takpe,tak batal pose".masuk minggu last mak gua kata tak buleh minum.kena tahan.magiknya gua dapat tahan sampai waktu berbuke.

naik darjah dua,gua dah pose penoh.jadi macam tu lah mak gua mengajar gua pose.walaupon takde janji ganjaran duit raya,gua berjaya untuk belajar pose ikut cara mak...sampai hari ini..

Wednesday, August 18, 2010

malaysia circa 90 an - bola sepak

entri bersiri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan gua mengenai kehidupan semasa dekad 90.dimana kehidupan malaysia yang paling happening berlaku.

best gila layan bola sepak malaysia zaman 1990-2000.ya,gua dulu penyokong setia penang the black panther.dengan motto haria-penang-haria,rancak scene bola sepak malaysia masa tu.


gua masih ingat,dulu kalau ada home game hari sabtu untuk penang dekat stadium bandaraya,kat pulau sekali sekala gua akan pegi.pegi pulak dengan abang gua,selamba kami naik motor honda c70.masa tu gua dalam darjah empat atau lima.sebelum pegi mak gua siap kasi nasihat.duduk belakang motor jangan tidur.cuba bayangkan dari kepala batas ke pulau naik motor c70.jauh bukan main.tapi gua paling suka bila
lepak dalam stadium.zaman tu,stadium memang penuh.paling gua suka bila keluar chant "refree kayu".tapi paling gua kesal,setiap kali sebelum game mula player akan lempar jersi dan bola untuk penonton.sekali pon gua tak pernah dapat.itu kalo pegi stadium.

kalo tak pegi,gua dengar live dekat radio.gila mencabar dengar kat radio.sambil dengar sambil imagine scene atas padang.nasib baik bukan hasbullah awang yang jadi pengulas.kalo tak,tak terimagine gua game tu macam mana.paling berdebor bila pukul 10,tune pegi radio nasional kot time tu.kol10 ada siaran lapo
ran liga perdana.siaran tu akan call di setiap stadium untuk tanya keputusan dan ulasan ringkas.berdebor dengar setiap game,nak tau kedudukan liga.

pengetahuan gua tentang pemain pulak buleh tahan.player penang semua dalam kepala gua.tambah-tambah player import.bola sepak malaysia zaman 90 an memang rancak dengan player import.pemain import bukan jenis-jenis kutip.siap ada international caps.untuk penang paling feymes sudah tentu merzagua abderrazak.dia yang kasi penang trofi liga perdana untuk penang.siapa lagi? nama-nama macam john hunter,scott oleranshaw,alistair edward,ervin boban,jan janostak,olubumi adigun dan yang paling mahal tony cottee.semua jadi idola kanak-kanak termasuk gua bila main bola petang-petang.gua setiap petang nak jadi merzagua.


skuad mantap penang
dari kiri berdiri : Yong Woon Seang, Fabio Dasilva, Chee Wan Hoe, Abdul Rahim Hassan, Zaidi Mat Ail, Ahmad Sobri Ismail
duduk depan dari kiri : Ballamoudou Conde, Merzagua Abderrazak, Moey Kok Hong, Fauzi Soh, Ng Kok Heng.


memang meriah.setiap pasukan pulak ada lagu masing-masing.lagu yang masih melekat sampai hari ini mana lagi kalau bukan hijau kuning lagu kedah.zaman tu jugak malaysia tak perlu slogan 1malaysia atau jersi ada cop 1malaysia.setiap team memang dah satu malaysia.player penang macam ooi hoe guan,moey kok hong semua bangsa ada.


tapi sekarang? bola sepak malaysia dah tak segah macam dulu.stadium pon kosong.orang pon tak ambik pot dah.gua hari ni sorang player penang pon tak kenal.dekat mana silap pon tak tau.circa 90 an,bola sepak malaysia lagi bermasalah.kes rasuah,atur game,bakar bendera dan macam-macam lagi.tapi buleh bounce balik.sekarang bola sepak malaysia dah campur politik.semua lebih kejar pangkat,tapi kepala otak kosong takda idea.

kesian.kesian kepada budak-budak sekarang.dah takde lagi local hero dalam bola sepak.pengalaman bola sepak malaysia sekitar 1990 hingga 2000 memang seronok.walaupon team negara tak mantap,tapi sekurang-kurangnya scene liga malaysia bagi sumthing to cheer untuk kita ketika itu.harap-harap nanti kemeriahan tu muncul kembali.

Monday, August 16, 2010

bunyi dalam hati

"kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies dance
Silver moon's sparkling
So kiss me"~ kiss me


on laptop,buat kerja sambil pasang lagu..
buleh jugak nak sing along.
tapi bila keluar lagu atas..

terberenti sekejap kerja yang tengah buat.dengar sambil senyum.
ya,itu lagu jiwang feveret gua.
dalam hati gua "beep,beep,beep" asek berbunyi.
dah banyak hari asyik berbunyi.
makin hari makin kuat bunyi dia.
bukan.bukan penyakit.tapi itu bunyi gua punya "miss her" sensor.
ada dalam hati.
shit.
dah sebulan gua tak jumpa dia...

Sunday, August 15, 2010

kentut

pagi tadi sahur kami makan durian.
datang keje perut berangin.
atas bawah keluar angin.
celaka.
bila lapar puasa.semua benda jadi sedap.
angin bau durian pon sedap.

Thursday, August 12, 2010

berbuka hari kedua

jam 10 pagi mak telefon.
nak lauk apa berbuke.tanya mak.

dalam otak,senarai panjang.
daging masak merah.
ayam masak kicap.
ayam masak ros.
sotong masak merah.
sambal tumis ikan bilis.

keliru.
masak apa-apa pon tak kisah.gua jawab.

hari kedua.
berbuka dekat kepala batas.
jam baru 4 petang.
tak sabar.

Wednesday, August 11, 2010

param itu pasar ramadhan kepada yang tak tau

jenis bujang yang buta masak macam gua memang mengharapkan param untuk juadah berbuka.masuk tahun ni,tahun ke lapan gua kena ziarah param setiap petang pose.kerinchi,seksyen 17,seksyen 14,pantai dalam,terbaru kokdiang dan arau.membeli di param macam berjudi,kena mencuba nasib.kena gerai sedap,sedap le berbuka.kena yang macam dajey,dajey la mood buka pose.

kalo param kat kl,harga standard la tinggi sikit.tapi masa belajar dulu duit pon tak banyak.buka pon makan satu lauk dah cukup.kalo tak puas hati atau nak terasa makan lauk mewah.masjid kat kl banyak buat berbuka pose.budak um macam gua kemana lagi kalo tak ke mesjid tnb.tapi param kat kl ni bahaya jugak.yang awek datang pon,setengah tu pakai mak aih macam nak pegi konsert.buat nipis pahala pose je.

param kedah dan perlis ni pulak harga murah.tapi kadang-kadang rasa makanan boleh jadi hampeh.macam tak iklas diorang ni meniaga.kadang-kadang tu masak macam tak cukup rencah.tapi,jenis perangai gua,kalo dah dapat gerai yang sedap gua akan pegi je gerai tu sepanjang pose ni.senang.macam tahun lepas,sampai makcik jual tu pon dah kenal muka.gua datang je,dah siap nasik gua bungkus besar batu bata.gua bukan makan banyak,tapi nasi tu gua bahagi dua.separuh makan pose,separuh makan masa sahur.ape? korang ingat ada mapley ke kat kodiang ni? celah mana gua nak cari nasi pagi-pagi kat kodiang ni..

hidup bujang kena kreatif.kalo tak susah nak hidup.tapi kreatif pon bley jadi masalah.pagi tadi gua sahur makan megi bubuh telur masak pakai microwave.gua campak megi,telur,air paip dalam mangkuk,masuk microwave..lambat gile telur tu nak masak...terpaksa gua masak megi 7 minit.hasilnye megi jadi bubur..dem ah..

gua terpikir kadang-kadang nak sambut pose kat amerika.gua nak berbuka makan macam Adam Richman dalam Man vs Food.tobat gua sengkak nak terawih....

Tuesday, August 10, 2010

kurang kasih sayang

baca blog akak gua ada cerita pasal puasa.kenangan puasa kat kepala batas.gua pon jadi terkenang.bila berbuka makan masakan mavelous mak gua.berebut tempat duduk bila nak berbuka.tamak nak makan lebih especially bila mak gua buat murtabak.itu belum lagi kenangan bapak gua marah-marah bila waktu bebuka sebab gaduh.

memang macam tu la bila femly punya ramai anak.macam-macam perangai.tambah-tambah masa anak-anak bila nak membesar.tadi bila teringat puasa di kepala batas,gua ada buat matematik sikit.gua congak,dalam semua adik beradik,gua la paling kurang berbuka di kepala batas.gua jugak la yang paling kurang makan masakan mak gua.ok,gua nak buat matematik tu balik.semua perkiraan bermula setelah masuk sekolah menengah.

kakak no 1 : sek men (k.batas).universiti (kl).kerja (k.batas)

abang no 1 : sek men (n.sembilan & k.batas).universiti (kl).kerja (k.batas)

abang no 2 : sek men (penang).universiti (us).kerja (kl & k.batas)

kakak no 2 : sek men (k.batas & perlis).universiti (uk).kerja (kedah)

kakak no 3 : sek men (k.batas).universiti (melaka).kerja (kl)

gua : sek men (penang).universiti (kl).kerja (kl & kedah)

adik no 1 : sek men (k.batas).universiti (kedah)

adik no 2 : sek men (k.batas).universiti (kl)

sedih dow.terasa macam kurang kasih sayang pulak.dari umur 13 tahun tak pernah lekat kat rumah.patut la kalo makan mak gua masak,gua pulun banyak.tahun ni pulak masuk kali ke tiga gua puasa kat kedah.berbuka makan nasi bungkus lagi.haiisshh,penat dah la gua asek makan nasi bungkus param je bila berbuka puasa.dah la kadang-kadang param ni jual lauk macam-macam rasa ada.terpikir la jugak,bila lagi la gua nak berbuka ada orang masak kan.kihkihkih....

"selamat berpose kepada semua.pose la dengan iklas.jangan la tergolong dalam golongan yang balut rokok daun di siang hari" (gua bukan nak fitnah,tapi tahun lepas kat kedah ramai gile yang balut rokok siang-siang hari)

Monday, August 9, 2010

balas dendam amalan setan

hari ni ada student masuk praktikal tempat gua.awek.anak staff.sebabkan dia student inijn,automatik dia repot bawah gua.first time gua dapat student praktikal.okay bukan sebab first time,tapi sebab awek.gua jadi blur.praktikal pulak sampai 4 bulan.dalam otak gua asyik terpikir nak suruh dia buat apa.

tapi memandangkan dia datang arini pon dressing macam nak gi tengok wayang.langsung tak kena dengan tempat kerja gua yang kotor,berhabuk.jadi hari ni gua suruh dia khatam mpo dengan nota serba sikit tentang industri gua.tapi gua rasa macam baik pulak suruh dia lepak-lepak membaca dalam pejabat.sebab gua terpikir masa gua buat praktikal dulu.tahun 2007...

gua praktikal dekat kilang spark plug paling feymes kat malaysia.gua dapat pon pakai kabel.elaun rm750 sebulan,paling mahal antara kosmate gua.bangga macam gampang gua bila tunjuk offer letter kat member-member gua.masa hari first day report,hr letak gua bawah manager production.nama apa gua dah lupa tapi biar kita ganti dengan nama bala.bala ada pakai cincin bentuk kepala gajah.memang freak.gaya usah dikenang memang belagak gila.lepas dia bawak gua keliling production floor,dia suruh gua ikut sorang injineer ni.tapi injineer ni sibuk bukan main.tak silap gua dia sorang je injineer kat kilang tu.sebab dia sibuk,dia suruh gua lepak dengan operator dekat satu line,tengok proses assembly spark plugs bagi paham.hari pertama gua soronok tak ingat,elaun besar,keje lepak je.cukup time,gua rempit balik rumah.

pagi esok nya gua datang dengan hati senang.bunyi loceng gua masuk kilang.elok gua masuk,bala lambai gua dari jauh."hari ni u pegi jaga line nombor dua,ada problem u panggil supervisor" bala sound.perghh,baru tengok line sehari,teros kena jaga line.sejak hari tu,status sebagai seorang pelajar praktikal dah tukar jadi operator kilang.setiap pagi gua cuma tunggu arahan bala je pegi line mana.dari assembly,plating,sampai la bukak kotak untuk packing.semua gua kena buat.tapi paling celaka,bila bala tu latu gua.dia suruh gua bersih cyclone benda kotor,kutip kotak terbuang.tapi paling gampit ada ke patut dia suruh gua tonyoh kotor dekat lantai pakai tangan.celaka btol.dah serupa hamba suruhan je gua keje.

tapi bila supervisor universiti gua datang melawat,dia kencing macam-macam.bala terang semua benda injineering dia suruh gua buat.supervisor gua pon percaya la.masa dia komplen report gua,bala ni bukan main api-apikan supervisor gua.nasib baik praktikal 2 bulan je.abes praktikal memang gua sumpah,takde pasal la gua nak kerja kat kilang ni lagi..

tapi bila ada budak praktikal ni masuk,gua terasa nak jadi macam bala.gua nak suruh dia panjat dryer,main dengan habuk,betulkan blower.bagi rasa susah,macam gua kena dulu.ada benda bisik kat telinga suruh gua buat macam tu.tapi naluri gua ni memang baik.takde nak buat cam gitu.gua tak nak jadi bala.dahla tak hensem,bermisai.gila geli gua...

Sunday, August 8, 2010

ramalan musim bola 2010/2011

dah lama gua tak tulis pasal bola.memandangkan musim bola dah mula minggu ni, setiap liga dengan pembuka tirai masing-masing.epl dengan community shield,bundesliga dengan super cup.gua nak ramal sikit tentang musim yang nak mula nih.

macam biasa man utd akan start dengan community shield lawan chelsea.disebabkan england lingkup masa world cup gua harap semua pemain england kena boo musim ni.rooney kena boo gua tak kesah,sebab rooney bila main dengan man utd,bukan rooney main untuk england.

walaupon musim ni pak alex tak membeli sakan player baru macam city,tapi gua percaya dengan pemain muda yang masing-masing makin menaik.termasuk javier hernandez.gua tengok masa maen untuk mexico,gaya dia memang sedap.especially masa dia skor lawan argentina.

panjang cerita pon tak guna...jadi tahun ni gua ramal mu menang liga.

tapi gua nak komplen pasal jersi man utd untuk musim ni.gua dah 2-3kali belek nak angkat.tapi,gua rasa macam tak berbaloi.design memang hancur,simple dan langsung tak retro.dah tu kain macam baju padang besar.shit r nike ni.takde idea sangat ke.gua tengok jersi away lagi la,design dah rupa baju untuk sukaneka pemuda umno je.sejak nike sponsor ni gua rasa design langsung tak smart.kecuali yang musim lepas.pernah masa awal-awal sponsor dulu,design dengan kelab lain lebih kurang je.cuma tukar kaler,tukar lambang..nah,siap..

gua lagi suka bila umbro sponsor dulu.design banyak,untuk liga pakai lain,untuk champion league design rupa lain (contoh tahun trebel 1999).sayang,time tu gua tak berduit lagi.kalo tak,dah banyak jersey gua.

kepada designer nike,kalo buleh tu jangan la terlalu kreatif sampai menghancurkan design.tapi gua rasa ni la akibatnya kalo ambik pekerja yang otak asek baca buku.tak kreatif..

Saturday, August 7, 2010

orang tua-tua cakap,bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian

semalam gua buat benda yang dah lama gua tak buat.merempit dalam hujan.sejak dok kedah dan berkereta,gua dah tak banyak merempit.kalau ada pon cuma datang kilang sekali sekala atau ke arau.

petang semalam gua pegi pasar malam arau,separuh jalan hujan turun lebat.gua saja angkat visor.air hujan tajam kena badan,mata merah masuk air.gua seronok.semua benda tu buat gua rindu bila kat kl dulu.pegi keje merempit,balik selalu hujan.redah hujan lebat-lebat dekat federal.kadang-kadang dari shah alam sampai kerinchi hujan lebat.kalo tak kejar masa,kadang-kadang pekena lepak bawah flyover dulu.pernah sebab merempit hanset gua masuk air.tapi paling sedih,baju,seluar,boxer sekali dengan kasut basah lencun masa merempit nak pegi interview.selamba gua masuk bilik interview dengan air menitik dari baju dan seluar.itu belum cerita lagi tengah-tengah merempit dalam hujan lebat,moto gua mati sebab spark plug masuk air.

perghh,nostalgik gila bila pikir balik.apa,ingat senang ke nak hidup senang?

Wednesday, August 4, 2010

coretan separa jiwang

kadang-kadang gua rasa susah jugak nak paham pompuan ni.kenal lama macam mana pon,tapi bila datang angin tak betul dia,memang buat kita tak tenteram dan tertekan.

mula-mula gaya dan perangai macam anak kucing.cakap bukan main manje.comel je,rasa geram nak terkam je.tapi tak sampai 10minit boleh bertukar jadi macam mak singa yang nak terkam kita.itu belom lagi bila pms.benda sikit pon boleh jadi huru hara.bila kita lelaki diam diorang marah,kita bising lagi menyinga marah diorang.

dan selalunya pompuan akan minta kita paham.tapi bila diorang buleh buat magic dari kucing jadi singa,macam mana lelaki nak paham? bagi gua,pompuan ni suka sangat simpan dalam.gua bagi contoh,bila keluar jalan-jalan dia cakap nak makan mcd.bila kita saja tanya balik,dia akan jawab ikut suka u lah.cuba kalo kita lelaki yang jenis patuh,dan tak paham dia akan bawak pegi makan mapley.tak ke runsing lelaki tu.dah elok patuh dengar cakap "ikut suka u lah",tapi tetap last-last kena marah.

pompuan ni objek misteri sebenarnya.misteri pompuan ni bukan misteri yang senang-senang dapat diselesaikan.sebab tu ramai lelaki yang cepat beruban dan botak sebab cuba menyelesaikan misteri tersebut.

maap lah,gua tengah demam kura ni.bila nak demam cam gini gua jadi rindu sama dia...bila rindu gua jadi jiwang...dah gua nak layan lagu tangkap leleh eddie hamid..

Tuesday, August 3, 2010

musim datang lagi

lori-lori dah mula beratur nak masuk kilang...


pelanggan pulak kalut nak tau hasil..ada yang puas hati,ada yang tidak...


asap sekam mula terbau dalam kilang...sedap jugak bau asap nih...


wap-wap dari dryer buat mata jadi pedih...kadang-kadang dengan wap tu gua buat sauna satu badan.kasi berpeluh..


badan dah mula gatal-gatal..dah dua tahun kerja badan gua masih tak immune..


masing-masing dah mula tak menang tangan...


ya,musim menuai dah datang..


gua dah sibuk kembali...

Monday, August 2, 2010

apa gua buat hujung minggu lalu?



kanak-kanak bersama opah mereka.ini waktu pagi muka pon bersih.badan pon masih bau bedak dan belum berpeluh.


apa yang tak kena dengan gambar ini? ya,seorang budak lelaki dengan muka penuh bedak foundation yang gua syak mak dia punya.yang perempuan memakai skirt dan bertudung labuh.kihkihkih..


yang baju merah itu bukan kanak-kanak.tetapi bapa saudara yang bergaya lebih kurang kanak-kanak.oh,gua lupa nak tangkap gambar bila si bapa saudara sedang membuat "tumbukan nakal" kepada kanak-kanak...


inilah gaya kanak-kanak zaman sekarang bila nak bergambar.nak stailo-stailo aje.tak macam zaman gua.ambik gambar sopan,kaki rapat-rapat.

gambar-gambar ni ambik masa kenduri naik rumah abang gua semalam.kanak-kanak ni bila jumpa gua,takde benda lain mesti nak main aje.angkat-angkat,smackdown,panjat-panjat pagar,semua suruh gua buat.walaupon masing-masing gedik dan nakal,tapi main dengan diorang memang gua tak pernah penat.